بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Alhamdulillah... selesai urusan vaksin 1st dose di klinik kesihatan pagi ni.
Masa dapat appointment dan tempat vaksin rasa seronok sangat. Klinik tempat cucuk pun hanya lebih kurang 2 km jer dari rumah.
Urusan pagi ni pun sangat cepat dan mudah. Orang pun tak ramai, lebih kurang 20 orang jer. Appointment pukul 8.30 pagi, jam 9.10 dah settle semua. Alhamdulillah...
Benda penting yang korang kena bawa untuk urusan suntikan vaksin ni ialah handphone yang korang install My Sejahtera dan kad pengenalan. Oooo dan juga pen, sebab ada borang yang perlu diisi.
Aku sangat bertuah sebab ada orang tolong isikan sekali borang aku. Huhuhu... thanks enche Neezam...
Lepas verifikasi, kitorang diberi nombor giliran.
Kemudian, dipanggil lagi untuk doktor terangkan jenis vaksin yang akan disuntik dan apa kesan-kesan yang berkemungkinan terjadi selepas vaksin dan apa yang perlu kitorang buat kalau ada side effect. Kitorang hari ni dapat vaksin jenis Pfizer. Alhamdulillah...
Tak lama lepas tu terus dipanggil untuk cucuk. Tak sampai seminit dan memang tak sakit langsung.
Lepas cucuk kena tunggu dalam 15 minit sebelum dibenarkan balik. Sebelum balik, kitorang diberi Kad Vaksinasi Covid-19 dengan tarikh temujanji untuk 2nd dose. Insya Allah dalam masa tiga minggu lagi untuk suntikan seterusnya.
Alhamdulillah... bersyukur sangat dipermudahkan urusan semuanya hari ni.
Sebelum balik enche Neezam belanja ais krim. Yey!
No comments :
Post a Comment