بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Alhamdulillah... emak dan abah dah dapat 1st vaksin. Terima kasih adik dan Syahir yang tolong uruskan emak dan abah kat sana. Owe you both big time!
Emak sebelum ni takut-takut jugak sebenarnya. Nak nak bila emak tengok kat berita orang kena cucuk tu dengan jarum panjang. Banyak kali emak cakap "emak takut". Tapi tadi beborak dengan mak, mak kata "tak sakit langsung. Tau tau jer dah siap". Huhuhu... ok lah tu...
Tadi emak dapat vaksin Astra Zeneca kat PWTC. Senang dan cepat jer kata mak. Tak ramai orang. Second vaksin emak insya Allah selepas 14 minggu. Lama gak tu...
Abah pulak divaksin 27 Mei yang lepas. Abah dapat Sinovac. Insya Allah 2nd vaksin akhir bulan ni.
Emak dan ayah mertua kat Segamat pun memasing dah dapat 1st vaksin. Alhamdulillah...
Bersyukur sangat bila orang-orang tersayang dah dapat vaksin. Rasa lega. Nak-nak bila kiter duduk jauh, tak dapat nak jaga diorang depan mata.
Aku dan enche Neezam insya Allah akan divaksin hari Isnin depan. Alhamdulillah dapat tarikh cepat dan tempat vaksin pun dekat. Dapat vaksin sama-sama. Bersyukur sangat... Tapi dalam hati ni rasa nervous jugak nak kena suntik. Huhuhu...
Harap-harap adik-adik pun dapat vaksin cepat, seterusnya anak-anak dan anak-anak buah pulak.
Bilalah bebudak ni boleh dapat vaksin. Kalau dah dapat vaksin nanti, senang sikit hati nak lepaskan diorang gi sekolah. Sekarang ni susah hati jugak nak lepaskan anak-anak gi sekolah. Tapi PDPR kat rumah pun mak bapak rasa tension jugak. Huhu...
No comments :
Post a Comment