♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, November 17, 2014

#BigHero6

Salam uollssss...

Selamat hari Isnin.

Macam mana hujung minggu korang yang lepas? Mesti seronok dengan macam-macam aktiviti kan???

Hujung minggu lepas USIM tengah sibuk pesta konvo. Seronok tengok para graduan berjubah dok tangkap gambar sekitar kampus. Teringat masa aku konvo kat UTM lebih 10 tahun yang lepas. Ooooo... dah lamanyaaaa...

Hmmm... kat dalam USIM memang meriah... tapi kat sepanjang jalan masuk ke USIM pun tak kurang meriahnya! Ramai para peniaga yang mengambil kesempatan mencari rezeki lebih dengan jualan car boot sale, jual bunga dan bermacam-macam cenderamata lagi! Seronok tengok!

Tahniah para graduan USIM! ❤

So, hari Sabtu yang lepas, aku dan enche Neezam berkesempatan bawak Niesreena dan Naufal ke AEON Seremban 2. Tengok wayang!

Big Hero 6!

Niesreena dan Naufal pernah kata, nak tengok cerita ni bila keluar kat Astro First nanti. Tapi bila kitorang bawak tengok kat wayang, Niesreena dan Naufal excited sangat!

Nasib baik masih ada tempat kosong lagi. Tapi memang dah almost full!

So, best ker Big Hero 6 ni?

Yup! Memang best sangat! Berbaloilah bawak Niesreena dan Naufal. Diorang suka dan excited. Jalan cerita yang best, kelakar, kelakar, kelakar dan menghiburkan! Start jer dah kelakar!

Kalau nak banding, Big Hero 6 dengan Frozen, aku lebih suka BH6. Banyak adengan lawak dan menghiburkan. Tapi Frozen, lagu dia best-best!

Kalau tanya kat Niesreena dan Naufal. Niesreena tentulah suka Frozen! Gegurl sangat kan? Tapi Naufal, tentulah BH6!

So, kengkawan yang ada anak-anak tu, aku memang rekomen sangat BH6. Ia bukan sekadar kartun... aiseh... hehehehhe...

Apa kata layan trailer dulu...

Eh... jap jap... apa ni?

~Salah satu sedutan dalaM BH6~

Wanted! Prince Hans!

Frozen sangat kan...

\(^-^)/

1 comment :

Ain said...

Saya pun pergi bawak anak-anak hujung minggu lepas. memang cerita yg best. saya suami isteri pun suka.

-ain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top