Untuk kali ketiganya, mak menjejakkan kaki ke Dewan Sultan Ismail, UTM Skudai hari ni. Tujuan yang sama seperti mana mak duduk di dalam dewan tu dua kali beberapa tahun yang lalu.
Pertama kali mak masuk ke DSI dengan abah masa aku terima ijazah aku. Kali kedua masa adik aku, Joy, konvo untuk diploma dia. Dan hari ni mak sekali lagi duduk di DSI untuk tengok Joy terima ijazah dia pulak. Insya Allah, tiga tahun lagi, mak akan sekali lagi duduk di dewan yang sama untuk tengok adik pulak terima ijazah dia, sementelah adik pun sedang study kat UTM.
Yup! Ketiga-tiga adik beradik aku sambung belajar kat UTM. Termasuklah hubby aku. Hehehhehhe…
Hari ni abah tak ikut untuk tengok Joy konvo sebab kaki abah yang masih belum sembuh. So terpaksa berehat kat rumah jer. Masa Joy konvo diploma dulu, abah datang tapi tak masuk ke dewan. Abah bagi peluang untuk adik masuk (sebab 2 orang untuk satu family jer yang boleh masuk ke dewan konvo) dan tengok abang dia naik ke pentas untuk terima diploma. Kononnya sebagai perangsang untuk adik aku yang masa tu masih sekolah lagi supaya dia dapat ikut jejak langkah abang dan kakak dia ni lah kononnya. Dan alhamdulillah adik dapat jugak masuk U dan kat U yang sama plak tu. Tak berkembang langsung. Hehehehhehe…
Konvo Joy kali ni mak masuk sorang jer, tak berteman memandangkan abah tak dapat nak ikut. Actually adik pun berada di dewan yang sama gak tapi dia ikut okestra, main piano yang mengiringi sepanjang upacara konvokesyen. So, dia duduk kat tingkat atas dewan tu.
Aku dapat jugak tengok Joy pakai jubah dan mortar board dia masa adik call melalui 3G tadi. Tak sangka dapat jugak tengok Joy yang segak dengan jubah dia. Nampak happy jer dia. Mak pun nampak happy sangat. Mana tak nya… tu lah yang dia harap-harapkan dari kitorang adik-beradik selama ni – ‘belajar biar sampai masuk universiti, genggam ijazah, so, tak der orang akan pandang rendah pada kita’. Tu lah kata-kata perangsang mak selama ni.
Joy, nasib memang menyebelahi dia. Dia tak susah-susah cari kerja tapi kerja yang datang cari dia. Company cina yang Joy pernah kerja sebelum dia sambung belajar dulu offer dia kerja semula. Seminggu selepas habis jer final exam, Joy dah mula kerja dengan gaji yang memang best untuk fresh graduate. Dapat kereta dan laptop company dan beberapa elaun termasuklah elaun untuk topup handphone. Giler ar… Aku dulu 6 bulan nganggur sebelum dapat kerja tetap dengan gaji best. Huhuhuhu…
Apa-apapun aku gembira untuk Joy. Aku harap dia berjaya dalam hidup dia. Aku tahu… Satu kenangan pahit dalam hidup dia dulu telah mengubah hala tuju dia ke destinasi yang sekarang ni. Dan aku juga berharap hasrat dia untuk mendapat gelaran IR akan terlaksana suatu hari nanti. Aku jugak berdoa agar adik dapat menghabiskan pengajian dia dengan baik dan bertahan dengan dean list dia hingga ke akhir semesta nanti.
Amin…
Dan untuk diri aku! Aku tak nak berhenti belajar setakat ni jer. Insya Allah kalau ada rezeki aku masih bercita-cita lagi untuk sambung master dan kalau ada rezeki lagi, kalau panjang umur aku jugak nak sambung PhD macam hubby aku. Semuanya bergantung pada usaha, masa, duit dan yang penting doa. Betul tak? Buat masa ni aku terpaksa kuburkan dulu hasrat untuk sambung belajar sebab nak tumpukan perhatian untuk puteri kitorang yang sorang tu. Insya Allah bila sampai masanya, akan ku kerah otak aku untuk bekerja supaya tak terus tepu seperti sekarang ni!!!
1 comment :
Tahniah…untuk adik kak julie..
Post a Comment