♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 5, 2007

8 bulan si Niesreena

Esok Niesreena akan masuk 8 bulan. Dah besar kan? Kejap jer rasa dah 8 bulan dah si kecik nie. Banyak perkembangan terbaru Niesreena dalam sebulan dua ni.

First sekali, as I wrote in my post before, Niesreena dah ada gigi pertamanya! Dan sekarang ni, sebatang lagi gigi Niesreena sedang nak tumbuh, menyebabkan gums Niesreena bengkak sekali lagi. Tapi alhamdulillah, setakat ni Niesreena tak demam dan meragam teruk. Cuma kengkadang tu Niesreena nangis sekejap-sekejap, mungkin bila terasa gums dia sakit. Sejak-sejak ada gigi ni lagi ligat Niesreena nak mengigit-gigit. Dah tu gigit geram pulak tu. Kelakar bila tengok muka dia yang tengah geram tu. Beria-ria dia gigit.

Niesreena jugak dah pandai bergerak ke depan ketika meniarap dan juga berjalan. Laju pulak tu gerak dia. Lebih-lebih lagi kalau aku buka pintu, laju jer Niesreena gerak ke pintu, nak keluar.

Niesreena pantang kalau orang ambil barang yang sedang dia pegang. Terutamanya kalau rampas jer. Nanti mesti dia jerit. Kalau mintak elok-elok, insya Allah, Niesreena akan bagi…

Kalau tak suka atau tak nak, Niesreena akan geleng kepala. Begitu jugak kalau ayah atau mama kata ‘tak nak’, nanti Niesreena akan geleng jugak. Kalau ayah atau mama kata ‘aaaa ayah’ atau ‘aaaa mama’, Niesreena akan sua tangan dia kat mulut ayah atau mama. Konon-konon nak suaplah. Tapi yang paling aku tak tahan bila tangan dia dah sampai kat mulut kitorang, nanti dia cekau pulak. Sakit tuuuuu…

Makin kuat membebel. Ntah apa-apalah yang dia bebel. Pagi-pagi lagi bila dia dah bangun, terus jer membebel. Kengkadang tu tak bukak mata lagi dah bebel. Mungkin Niesreena nak ikut jejak langkah ayahnyer yang suka membebel dan kerja pun membebel gak. Huhuhuhuhu….

Niesreena dah pandai pegang botol susu sendiri. Tapi malas. Kengkadang jer dia nak pegang, kalau pegang pun jap tu dia tarik-tarik botol tu dari mulut dia pastu dia gelak. Mesti dia gelakkan mak ayah dia yang terpaksa pegang botol susu dia tiap masa.

Banyak lagi development Niesreena kalau aku nak senaraikan kat sini. Tapi aku hilang idea nak menulis sebab Neezam tengah sebuk nyanyi lagu ‘Aku anak singkong’ dengan lirik dia sendiri sambil joget-joget dengan Niesreena. Haiyoooooooooo….

Anyway, heppie 8 months young my little angel! Mama & ayah luv you sooooo much!

:: More pictures @ Julie's Fotopages ::

4 comments :

Mommy Sue said...

wah niesreena dah 8 bulan yer, semangat jej badan diakan, lisya dah kurus sket ler demam + buas lagi mmg kurus, hehehhe

happy 8 months my dear cutie pie

Juliet Le Sweetheart said...

Niesreena pun dah mula susut. Tak setembam dulu. Mungkin sebab dah banyak main dan lasak sekarang. Tu yang susut tu...

Mommy Sue said...

1 more thing pandaila mama reena ambik gambar, pakai kamera apa yer, gambar color mmg sama je

Juliet Le Sweetheart said...

kitorang pakai video cam jer. kalau dapat satu dslr mesti lagi cantik gambar :)

back to top