♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 18, 2010

Jom banned facebook!

Sila ignore tajuk itu. Sajer jer provoke. Hehehe...

Sejak akhir-akhir ni ramai diantara kengkawan aku yang banned facebook. Bukan banned sebab benci, tak suka, menyampah atau yang sewaktu dengannya, tapi sebab suka sangat dengan facebook! Ye! Suka yang teramat sangat! Senang cerita... dah jadi facebook freak maniac!

Setiap pagi, on pc, mesti bukak facebook dulu. Update status atau baca status kengkawan dan bagi komen. On facebook sepanjang masa. Sambil-sambil buat kerja, sambil tengok facebook. Dan kalau tak bukak facebook satu hari, tak keruan rasanya...

Yang main game, akan bukak game dulu. Check apa yang patut; kalau lambat bukak takut makanan spoil atau takut hasil tanaman kena curik. Hehehe... Kadang-kadang tu, sepanjang hari asyik dok fikir pasal game. Pukul berapa makanan akan masak, pukul berapa tanaman akan matang? Hmmmm... kalau lambat, takut rosak dan kena rembat. Kalau itu terjadi.... rasa tensionnya!!! Hahaha... betul tak?

Hebat kan penangan facebook?!

Disebabkan perasaan cinta yang meluap-luap pada facebook itu lah, ramai kengkawan aku yang banned facebook. Diorang delete akaun facebook diorang. Tabik toing toing kat diorang atas keberanian itu.

Dan hari ni, tibalah giliran enche Neezam untuk hibernate dari facebook. Hehehe... Bila enche Neezam bagi tau aku keputusannya itu through ym, aku rasa macam tak percaya jer. Betul ke laki aku ni? Ye betul! Percayalah! Tapi tak lah delete akaun, just tukar password dan jadikan ia sebagai rahsia. Jangan sampai enche Neezam tahu!

Aku paham... keputusan enche Neezam dan kengkawan aku yang banned facebook ni sangatlah aku faham. Diorang sangat menghargai masa dan memerlukan tumpuan penuh pada benda yang lebih penting. Jauh lebih penting dari facebook. Tapi kenapa facebook ni boleh jadi sesuatu yang addicted dan sangat mempengaruhi kehidupan seseorang?

Aku?

Aku mengaku... setiap pagi aku akan bukak facebook jugak. Check status kengkawan jugak. Sajer dan seronok nak baca perkembangan masing-masing. Bila ada mood, aku update status. Tapi aku lebih pada blog. Aku lebih suka blog dan blog-hopping. Lagi best!

Satu masa dulu, aku sibuk dengan facebook dan main game kat facebook sampaikan bersawang blog aku jadinya, tak berupdate. Padahal banyak cerita nak tulis, tapi tak cukup masa dan sibuk sangat dengan facebook. Sian blog aku... Pastu rasa menyesal dan rugi sangat sebab tak update blog, cerita pasal family dan jalan-jalan. Huhuhu...

Walau macam mana pun, aku masih tak berniat malah tak terlintas langsung di kotak fikiran aku untuk hibernate dari facebook. Banyak jugak kebaikan facebook ni sebenarnya, walaupun lebih banyak lagi keburukkannya. Hehehe...

So, kepada enche Neezam dan kengkawan yang tidak lagi berfacebook, selamat maju jaya diucapkan! Cewah! Semoga korang semua dikuatkan iman dari berfacebook! Good luck!

Ok... sampai sini dulu... nak check facebook!

Enche Neezam,

Balik rumah nanti jangan mintak password facebook yang baru tau... ;p


7 comments :

MaSLiNa said...

Aku tak bleh hidup tanpa facebook!!! boleh ke gitu?? ngeeeee... :D

Juliet Le Sweetheart said...

ramai yang gitu... hehehe...

mak encik | SZ said...

hehehee..tak banned lg tp mmg kena kurgkan bukak...blh leka...

Juliet Le Sweetheart said...

betul tu... kadang2 rasa ruginya masa... kerja pun tak jalan. ;p

ICA said...

betoi ka boleh hibernate from FB....memang kena wish em all the best of luck..hehehe

Juliet Le Sweetheart said...

hehehehe... biar masa menentukan... ;p

Anonymous said...

i almost 4tahun banned fb. i tgk2 hubby syok FB time mula2 intro dulu. i dunno y i rs menyampah.

skali bila dah dak di negara org & jauh dr sedara, kena pressure & selalu kena pulau/ tertinggal ketapi bila da something happen dlm family. even my mom ada FB tau.

so tak tahan pressure & jd katak bwh crystal glass, i open up FB account last month. :p

addicted, takde la..but micro blogging in FB is easier than blogging in my blog. dlm blog tu kena tunggu ilham..hahaha..

back to top