♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu!


Selamat hari ibu diucapkan kepada emak dan emak mertua yang jauh di tanahair. Juga kepada semua kengkawan dan pembaca blogku yang bergelar ibu dan bakal menjadi ibu. Selamat hari ibu!

Kepada emak tersayang, terima kasih atas segala pengorbanan emak selama ni. Julie sayang dan rindu sangat kat emak! Tak sabar nak balik Malaysia, nak peluk dan cium emak!

Juga kepada emak mertuaku, terima kasih kerana memberikan Julie suami yang terbaik dan juga kasih sayang pada kami.

Tahun ni merupakan tahun keempat aku menyambut hari ibu. Bezanya... tahun ni aku dah ada sepasang cahaya mata yang sangat comel dan manja; Khairunniesreena dan Khairunnaufal. Terasa hidup ni dah lengkap sangat dengan kehadiran diorang. Syukur alhamdulillah... bersyukur sangat kehadrat Allah swt kerana memberikan peluang yang tidak terhingga ini.

Untuk sambutan hari ibu kali ni, enche Neezam bagi surprise yang sangat-sangat-sangat aku tak sangka. Hehehe... Enche Neezam telah menambahkan lagi koleksi handbag Guess aku. Sangat suka! Tq abang!

Ooooo... tak habis di situ sajer...

Kitorang keluar jalan-jalan cuci mata. Konon jer cuci mata, pastu terjumpa pulak Tefal murah! Hahaha... terambillah jugak beberapa biji. Suka! Suka! Suka! Bertambah pulak koleksi Tefal aku. Enche Neezam kata, "Hadiah hari ibu..." *lagi!*

Petangnya, kitorang treat Niesreena dan Naufal pulak. Bawak diorang gi park. Lama jugak lepak. Puaslah diorang main...

Rindunya kat emak dan abah...


No comments :

back to top