♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu

Mother’s day! First time sambutan hari ibu untuk aku. Teruja bila ada jugak orang-orang tersayang yang mengucapkan ‘selamat hari ibu’ untuk aku. Tapi ada jugak ‘orang tu’ yang tak sudi mengucapkan ucapan ‘selamat hari ibu’ untuk aku sebab aku bukan mak dia katanya. Hmmmmm… macam tu ker? Ucapan ‘selamat hari ibu’ hanya untuk ibu sendiri ker? What ever… If that so, I really wish that Niesreena can talked and wish me ‘happy mother’s day’ or this day will doesn’t mean anything to me. Hahahhahahha…

Anyway, at the end of the day he at last wished me ‘happy mother’s day’ biler aku macam dah nak merajuk… Hahahhahaha… Aku nie memang kuat merajuk…

Hari ni, pepagi lagi aku dah call mak, ucapkan selamat hari ibu. Dengar suara mak yang tak berapa sehat hari ni buat aku sayu. Kalau aku ada di sisi mak sekarang mesti seronok. Aku nak peluk-peluk dan cium-cium mak. Rindu sangat kat mak!

Biler aku dan Neezam melayan kerenah Niesreena aku selalu terbayang, mungkin macam ni lah jugak macam mana mak dan abah melayan aku masa aku kecik-kecik dulu; sulung, tunggal dan tak der adik-adik lagi. Mesti mak dan abah sayang aku macam mana aku dan Neezam sayangkan Niesreena sekarang nie.

Biler dah jadi ibu nie… baru lah aku tahu dan sedar macam mana sukarnya mak dan abah membesarkan kitorang adik beradik. Masa aku lahir, mak masih muda lagi. Baru berusia 21 tahun. Biler mak 22 tahun, Joy plak lahir. Macam mana lah mak dalam usia yang muda tu menjaga aku dan Joy, sedangkan aku kengkadang rasa macam susah jer nak menjaga Niesreena. Bayangkan… mak lahirkan aku dan Joy secara caesarean. Sampai sekarang masih ada lagi parut kat perut mak. Parut caesarean dulu bukan macam sekarang. Parut caesarean kat perut aku nie tak sepanjang dan sekasar apa yang ada pada perut mak.

Biler usia Joy 4 bulan, abah bawak kitorang ke UK. Dan aku plak ke bumi Melbourne nie masa Niesreena berusia 2 bulan. Hampir sama perjalanan hidup kitorang ek. Mesti susah mak dan abah menjaga aku dan Joy masa kecik-kecik dulu kat negara orang tanpa bantuan ahli keluarga lain, sepertimana aku dan Neezam rasa penatnyer menjaga Niesreena.

Arrrrr… banyak sangat pengorbanan mak kalau nak diceritakan; dari aku kecik sampai ke besar sampai dah kahwin dan beranak. Memang banyak sangat pengorbanan mak terhadap keluarga dan aku adik-beradik…

Terima kasih mak!

Selamat hari ibu!

I luv you so much!

*First pic kat atas sekali tu, is a picture of me and my beloved emak. It was taken in 1981 when I was a few months old and my emak was 21 years young. She’s so young and lovely isn’t she? Now I’m wearing the same jade’s locket as she wearing in the picture and I wish to give the locket to Niesreena one day. Is my face same as Niesreena’s? Hmmmm...

5 comments :

Zai said...

JULI
HAPPY MOTHER’S DAY!
SELAMAT MENJADI IBU YANG MITHALI
ISTERI SOLEHAH …

KEM SALAM PELUK CIUM UTK NIESREENA ..

*juliet le sweetheart said...

Zai… tq…

MaLyN said...

epi mom's day julie!

*juliet le sweetheart said...

Tq malin... Harap-harap tahun depan dapatlah kite wish kat awak plak yer... :)

azira said...

Niesreena, fasya buatkan ibu card, for mother's day..besok2 dah besar kite ajar awak buat yek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top