♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 23, 2010

Si dia ke Canberra

Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun. Goreng bihun untuk suami tercinta wat bekalan ke Canberra. Sebenarnya, bukan tak der makanan halal kat Canberra tu, tapi enche Neezam nak makan air tangan isteri jugak... hehehhe... so sweet...

So, pukul 3 pagi tadi, enche Zafiri dengan baik hatinya telah menghantar enche Neezam ke Tullamarine Airport. Enche Neezam ke Canberra sebab nak ke Kedutaan Malaysia kat sana. Nak renew passport. Enche Neezam balik hari jer. Tak tidur kat sana pun. So, enche Neezam ambil first flight dari Melbourne ke Canberra dan akan balik dengan flight terakhir, tiba kat Melbourne lebih kurang pukul 8 malam nanti. Insya Allah...

Sebenarnya, kesian kat enche Neezam sebab ke sana sorang-sorang jer. Hati ni rasa melonjak-lonjak jer nak ikut, nak temankan. Tapi pada masa yang sama, tak sampai hati pulak nak tinggalkan si comel duorang ni kat orang. Huhuhu... So, tak perlah... Enche Neezam pun tak kesah nak ke sana sorang-sorang. Aku jer yang over. Hehehe...

Pagi ni jer dah beberapa kali enche Neezam call, bagitau status terkini dia kat sana *cewah* dan jugak bertanyakan pasal budak-budak.

Semoga segala urusan enche Neezam kat Canberra tu dipermudahkan dan berjalan lancar. Dan yang penting, aku doakan semoga perjalanan enche Neezam selamat, pergi dan balik. Amin...

Ps: beginilah jadinya kalau isteri jarang berpisah dengan suami. Si suami baru outstation sehari, dekat jer pulak tu, tapi si isteri dah risau dan tak keruan macamkan berpisah berminggu-minggu! Layankan jer lah... huhuhu...

4 comments :

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

nanti share info pasal renew passport ni. passport i mati bulan 12 ni. cukup dreaded rasanye nak kena renew. hubby kata tak yah renew unless nak kluar negara. i pikir2 ok la, tp buatnye ada family emergency, camne nak blk msia dan dan tu jugakkan?

*juliet le sweetheart said...

actually, ada wakil kedutaan malaysia yang akan datang melbourne untuk urusan renew passport ni. may be dalam seminggu dua ni. so tak payah nak ke canberra. nanti i bagitau u lebih lanjut k. hubby i pergi jugak ke sana sebab dia dah booked flight tiket dan kereta, baru tahu yang ada wakil akan datang.

sz | m.s.s said...

hehehee...biasalah tu..rindu-rinduan cik julie...

*juliet le sweetheart said...

hehehe... baru gi sehari... kalau seminggu? ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top