♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, May 27, 2010

Pindah!!!

Alhamdulillah...

Awal pagi ni, Hazel, ejen rumah kitorang, call enche Neezam. Katanya, ada orang yang berminat untuk mengambil alih rumah kitorang ni. Alhamdulillah... bersyukur sangat... Ini bermakna, kitorang tak perlulah nak bayar sewa rumah sampai habis kontrak, kalau tak der orang nak take over rumah. Tapi diorang akan masuk pada pertengahan bulan Julai ni. So, maknanya, kitorang perlulah berpindah pada masa tu; 6 minggu lebih awal daripada plan kitorang balik Malaysia. Hmmmm... cam ner ek?

Salah satu sebab kenapa kitorang bersetuju untuk keluar pada bulan Julai ialah kerana kata Hazel, pada bulan Julai ramai student baru tiba dan cari rumah sebab awal bulan Ogos semester baru akan bermula. So, kalau kitorang plan keluar akhir bulan Ogos, masa tu dah tak ramai yang mencari rumah. Hmmm... mungkin dah tak der orang yang mencari rumah! Dan kalau tak der orang menyewa rumah kitorang ni, terpaksalah kitorang bayar sewa rumah ni sampai tamat kontrak, iaitu pada bulan November nanti. Rugi woooo...

So, bagi kitorang, ini adalah jalan yang paling baik! Insya Allah...

Sekarang ni, ada macam-macam plan dalam kepala otak kitorang. Plan A, plan B, plan C... Semuanya bergantung kepada berbagai-bagai keadaan yang masih kurang pasti. Hmmmm... aku tak suka keadaan macam ni sebenarnya. Sebab... aku 'tak nampak' dimana aku dua bulan dari sekarang? Yang pastinya... bukan lagi kat rumah ni...

Apa-apa pun, aku berdoa, semoga Allah swt memberikan petunjuk pada kitorang dan memberikan jalan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan... Amin...

Yang pasti setakat ni ialah kitorang akan duduk kat rumah ni hanya untuk 7 minggu lagi jer. Sedih plak... huhuhu... Dan yang paling-paling-paling pastinya, kitorang dah boleh start mengemas barang-barang untuk...

P.I.N.D.A.H!!!


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top