♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 31, 2020

Yuran taska & transport

#pkp #mco #day14

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kita dah masuk fasa kedua tempoh PKP. Maksudnya dalam bulan 4 ni nanti, 2 minggu budak-budak ni takkan ke sekolah dan Neeyaz pun tak ke taska. Tu kalau tak dilanjutkan... kalau dilanjutkan? Macam mana dengan yuran taska dan transport bulan ni?

Aku tengok kat berita pun dah kecoh dengan isu ni sejak kebelakangan ni. Kena bayar penuh, separuh atau tak bayar langsung?

Ada kawan aku kat Nilai ni, taska anak dia suruh bayar penuh. Adik aku kat KL, taska dan transit cuma bagi diskaun 30% - perlu bayar baki 70%. Banyak jugak nak bayar. Orang kata, pay for nothing.

Kalau perlu bayar penuh rasa macam tak adil bagi pihak ibubapa sebab kita tak hantar anak-anak. Tapi kitorang faham jugak, sebab owner taska pun perlukan duit untuk bayar utilities dan overhead. Gaji pekerja lagi nak kena bayar jugak kan. Waktu macam ni perlu ada win-win situation dan saling timbang rasa.

So, semalam enche Neezam ada bertanyakan dengan cikgu taska Neeyaz, berapa jumlah taska yang perlu dibayar untuk bulan April ni. Alhamdulillah... pihak taska beri diskaun 50%. Oklah... daripada tak der langsung. Aku tahu, diorang pun perlukan duit untuk survive.

Untuk transport Niesreena dan Naufal, aku decide untuk bayar penuh jer.

Aku harap pengusaha taska Neeyaz dan kakak pemandu van sekolah Niesreena dan Naufal, dipermudahkan segala urusan diorang sepanjang tempoh PKP ni. Aku tahu, diorang susah nak hadap dengan pelbagai kerenah ibu bapa yang mungkin mintak diskaun atau tak nak bayar langsung. Tapi aku percaya masing-masing ada sebab masing-masing. Ibu bapa yang tak nak bayar pun mungkin diorang ada kesempitan jugak dalam tempoh PKP ni.

Kalau tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga akhir bulan ni, anggap jer lah itu rezeki masing-masing. Apa yang terlebih dan terkurang tu kita halal halal jer lah...

Monday, March 30, 2020

Sabarlah...

#pkp #mco #day13

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni hari terakhir pkp fasa pertama. Sepatutnya kalau jumlah kes Covid-19 ni ada pengurangan, maka tempoh PKP akan ditamatkan. Tapi rasanya memang masih awal lagi nak tamat. Tengok jumlah kes di Malaysia pun semakin hari, semakin meningkat. Harap-harap dalam fasa kedua ni akan ada pengurangan.

Apapun aku bersyukur jugak, dalam masa tempoh kawalan pergerakkan ni, aku ada suami dan anak-anak dengan aku. Layan keletah dan kerenah diorang. Budak-budak ni kejap kang bergurau, kejap kang bergaduh. Buat mama dan ayah dia jadi 'hijau'. Huhuhu...

Dalam masa yang sama, aku juga tahu mak abah dan adik beradik serta keluarga mertua pun semua dengan famili masing-masing dan dalam keadaan baik. Adik ipar di Sabah dan anak-anaknya jugak sempat balik ke rumah ibubapa dia di Ranau. Rasa legalah jugak.

Aku pun hampir setiap hari call emak dan abah untuk bertanya khabar. Rasa jeles jugak kat adik dan Joy sebab duduk dekat dengan mak abah. Adik boleh pergi jer rumah mak abah sebab ada jalan yang tak der sekatan. Dekat jer kan... Aku ni ntah bilalah boleh balik KL.

Ada kengkawan aku yang berjauhan dengan pasangan, dengan ibu bapa. Kesian lah jugak. Nak balik tak boleh. Ingatkan 2 minggu jer PKP. Rupanya kena tambah lagi 2 minggu untuk fasa kedua. Mungkin jugak kena tambah lagi nanti untuk fasa ketiga dan seterusnya selagi gejala Covid-19 ni tak nampak berkurangan kesnya di Malaysia.

Aku ni pun dalam tempoh PKP ni tak jejak tanah langsung. Memerap jer dalam rumah, buat kerja tak habis-habis. Tak buat kerja kang rasa bosan pulak. Memang dah rasa lemau sangat. Kadang-kadang semua rasa serba tak kena. Huhuhu...

Sabarlah!

Kiter ni untung ada rumah, ada internet, cukup makan minum dalam perintah berkurung ni. Ada orang kat luar tu, jangankan internet, rumah pun tak der... nak berkurung kat mana?

Sabarlah! Sikit jer lagi... Insya Allah...

#muhasabahdiri

Sunday, March 29, 2020

Keropok oh keropok

#pkp #mco #day12

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... nasib baiklah banyak stok keropok ikan ni kat rumah.

Ada yang students enche Neezam bagi, ada yang beli kat makcik yang selalu bawak dari meja ke meja kalau kat kedai makan tu.

Banyak stok kat rumah kadang-kadang sampai tak tergoreng.

Tapi tengah musim-musim PKP ni, cepat pulak surut stok keropok ikan ni. Huhuhu...

Asal goreng... habis... goreng... habis...

Laku nau nau!

Saturday, March 28, 2020

Masak masak masak

#pkp #mco #day11

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Benda paling penat nak buat sepanjang PKP ni ialah masak. Sampaikan nak fikir nak masak apa pun dah terasa penat. Tak tau nak masak apa dah. Baru hari ke-12. Phase 2 tak masuk lagi... Nak kena hadap 14 hari lagi... Huhu...

Kalau hari kerja Isnin-Jumaat, pagi-pagi sebelum start kerja dah kena masak. Kalau tak sempat masak pagi, tengahari kena ambik masa untuk masak jugak. Yang simple-simple jer lah. Kalau kat rumah ni, nasib baik enche Neezam pun rajin masak. So, tak lah rasa stress sangat nak fikir pasal masak sorang-sorang. Alhamdulillah...

Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah sediakan nasi lemak pandan. Makanlah dari breakfast ke lunch ke dinner. Lepas ni dapur tutup. Kalau nak makan benda lain, pandai-pandailah masak sendiri. Huhu...

Friday, March 27, 2020

Prihatin Rakyat

#pkp #mco #day10

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tersenyum bila dengar nama makcik Kiah kena petik masa PM kita terangkan tentang Pakej Ransangan Ekonomi, Prihatin Rakyat tadi. Comel betul! Siap bagi contoh nak bagi kita paham.

Kayo oo makcik kiah musim-musim PKP ni... bukan tersenyum sikit... senyum meleret... senyum panjang makcik kiah. Huhuhu...

Apapun... alhamdulillah... daripada penerangan PM tadi, enche Neezam sebagai penjawat awam bolehlah dapat RM500. Aku sebagai pekerja sektor swasta, tak der lah dapat apa-apa duit tapi boleh dapat penangguhan bayaran untuk kereta selama 6 bulan. Tu pun dah alhamdulillah...

Taska Neeyaz pun bulan akan datang ni bagi diskaun 50%. Bersyukur sangat. Untuk transport Niesreena dan Naufal, aku ingat bayar jer lah penuh. Bukan banyak pun sebulan. Tu jer sumber pendapatan diorang. Harap dapat membantu diorang sikit-sikit.

Kerja dari rumah ni pun sebenarnya banyak jugak kitorang dapat jimat. Tak payah nak belanja duit minyak, duit tol, duit makan tengahari...

Duit belanja sekolah bebudak tu pun tak payah keluar. Makan pun kat rumah berapa jer. Kalau biasa makan luar banyak jugak belanja. Ni hari-hari masak, lebih banyaklah jimatnya. Lainlah kalau asik nak masak benda bukan-bukan pagi petang siang malam. Memang banyaklah belanja.

Tapi... bil utiliti memang comform mencanak-canak naik laaa... Letrik on 24 jam. Si kecik tu pantang tengok tv tutup. Aku dengan enche Neezam kerja dari rumah. So dua laptop dari jam 9 pagi sampai 6 petang memang on sentiasa. Tu enche Neezam kadang-kadang buat kerja sampai ke pagi. Aircond memang tak berani nak bukaklaaa... redho jer lah pakai kipas. Jimat letrik sikit.

Takut oo nak tunggu bil letrik sampai... huhu...

Thursday, March 26, 2020

Stay at home!

#pkp #mco #day9

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Naufal dan Neeyaz nak pesan ni...

Just stay at home ok! Let's flatten the curve!

Together we fight corona virus!

Wednesday, March 25, 2020

Tempoh PKP Dilanjutkan

#pkp #mco #day8

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

So, tadi dengar berita terkini.

Perintah Kawalan Pergerakkan dilanjutkan sehingga 14hb April. Maksudnya ada 3 minggu lagi kena berkurung kat rumah.

Walaupun rasa terbeban jugak dengan tempoh PKP ni tapi pada masa yang sama aku bersyukur jugak. Sebelum ni aku risau gak. Kalau 1hb April, anak-anak kena pergi sekolah, aku takut diorang terjangkit dari mana-mana. Lebih-lebih lagi bila tengok jumlah kes yang dilaporkan setiap hari semakin meningkat. Memang risau sangat.

Bila dah dilanjutkan ni sedikit sebanyak rasa lega. Anak-anak kita jaga sendiri depan mata. Alhamdulillah...

Aku dengar, tempoh PKP ni akan disambung setiap 2 minggu jika ada peningkatan kes setiap hari. Wallahu a'lam...

Tak sabar rasanya nak tengok pengakhiran cerita ni. Semoga pengakhiran yang baik...

😔😔😔

Tuesday, March 24, 2020

Respect Frontliners

#pkp #mco #day7

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ya Allah... sedih dah sebak sangat dengar luahan hati doktor ni.

Beliau luahkan perasaan sambil menangis. Nampak sangat dah tak terbendung dah rasa penat dan kesal. Penat untuk membantu kiter menangani isu Covid-19 dan kesal dengan sikap segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak sama-sama membantu.

Aku dapat bayangkan betapa takutnya diorang berdepan dengan penyakit merbahaya ni. Nak tolong orang supaya sembuh dan tak terkena pada diri sendiri. Tapi ada orang yang dengan perasaan tak bersalah menyorokkan status sehingga barisan hadapan seperti diorang pun terkena jangkitan.

Diorang ni dah lama berjuang kat hospital tu. Dah berapa lama tak balik berjumpa keluarga. Kalau balik pun, tak boleh nak peluk anak-anak... tak boleh nak peluk pasangan.

Ya Allah... berikanlah kekuatan kepada setiap petugas barisan hadapan. Berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka - anak-anak mereka, pasangan mereka dan ibubapa mereka. Lindungilah mereka dari penyakit merbahaya ni.

Bantulah mereka yang sedang bermati-matian untuk membantu kita. Kita cuma perlu duduk di rumah! Perjuangan kita hanya dengan duduk di rumah! Bukan kena pegang senjata melawan musuh ke hapa. Aku tak faham kenapa susah betul orang nak ikut. Ramai lagi yang dok berlegar, melepak kat luar tu.

Orang-orang yang kena tangkap sebab keluar melepak dengan kawan-kawan, main bola, berkumpul bagai lagi tu... bagi diorang join barisan hadapan kiter. Bagi diorang jadi tukang cuci kat hospital. Biar diorang tengok sendiri susah payah petugas kesihatan ni melawan Covid-19 ni. Biar diorang tahu bila diorang tak boleh balik tengok keluarga sebab takut keluarga berjangkit. Biar diorang rasa pulak!

Kepada petugas barisan hadapan... setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan bagi anda semua. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah swt. Kiorang akan sentiasa mendoakan anda. You are our hero!

Gambar credit to Artortoise.

Monday, March 23, 2020

Bila enche Neezam cuti

#pkp #mco #day6

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Masuk minggu baru #workfromhome.

Alhamdulillah... hari ni dapat fokus banyak dengan kerja. Satunya sebab puasa. So, tak der lah berulang asik nak dapur jer. Dan satu sebab lagi hari ni Negeri Sembilan cuti Israk Mikraj. Enche Neezam tak kerja hari ni. So, urusan rumah semua enche Neezam yang uruskan. Tak dibenarkan work from home. Hahahaha...

Tadi sempat jugak enche Neezam potong rumput kat luar rumah.

Sian... penat wooo potong rumput.

Menjelang petang, enche Neezam sibuk kat dapur pulak sediakan juadah berbuka. Aku lepas 5.30 petang, boleh terlelap pulak. Penat betul rasa.

Kemain enche Neezam masak. Macam berpuasa di bulan Ramadhan. Huhuhu...

Tadi, sambil-sambil tengok 'Touch Your Heart', tetiba enche Neezam hulur semangkuk pengat pisang. Memang touch my heart betul. Senyap-senyap jer dia buat kerja kat dapur.

Alhamdulillah...

Sunday, March 22, 2020

Kuih-muih fozen

#pkp #mco #day5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Memandangkan hari ni tak perlu #workfromhome, so aku ambik kesempatan hari ni untuk buat kuih karipap frozen. Dah beberapa hari bekerja dari rumah ni, setiap petang mesti rasa nak cari makanan. Terutamanya anak-anaklah...

So, hari ni enche Neezam kata dia nak masak untuk lunch. Aku pun ambiklah masa untuk buat karipap. Buat lebih sikit untuk frozen. So, bebila nanti nak minum petang, bolehlah goreng jer terus.

Petang tadi gorenglah jugak sikit. Bebudak ni bila tengok ada karipap kat rumah, memang tak sabarlah diorang nak makan.

Dulu masa kat Melbourne, aku buat karipap pusing ni jual frozen kat kengkawan. Alhamdulillah... hasilnya dapatlah jugak beli beg jenama Guess sebijik dua.

Balik Malaysia memang jarang sangat buat. Ada lah buat sekali dua, tu pun atas permintaan.

Pagi tadi aku call emak, mintak resepi. Dah lama tak buat, lupa dah resepi untuk doh dia. Emak pandai buat karipap pusing. Dulu masa aku kecik-kecik, emak pun buat berniaga karipap pusing ni. Kalau emak yang buat karipap pusing ni, lagi cantik pusing dia. Berlapis-lapis.

Ni untuk my little Khairunns... sorang nak crust jer, tak nak inti. Yang sorang lagi nak bulat macam bunga... layankan jer lah...

Hari Khamis yang lepas, aku sempat jugak buat donut frozen. Senang jer... Masukkan jer dalam breadmaker. Terus siap kembang doh dia. Tapi kena bentukkan sendirilah...

Buat bulat-bulat jer untuk frozen.

Kalau nak frozen donut, kena goreng sekejap dulu sebelum simpan dalam freezer.

So, bila nak makan, tinggal goreng jer.

Banyak lagi kuih-muih yang kiter boleh buat untuk frozen selain karipap dan donut, macam popia goreng, samosa, keria, cucur badak... buat yang senang-senang jer. Resepi google jer... Buat kuih yang ada bahan kat rumah. Aku masih tak berani nak keluar dan tak berani nak bagi enche Neezam keluar. Semoga kiter semua terhindar dari wabak penyakit sekarang ni. Ameen...

Saturday, March 21, 2020

Each a cup!

#pkp #mco #day4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari kelima #stayathome.

Antara ayat aku selalu cakap sejak kuarantin ni ialah “bebudak ni berapa banyak cawan diorang pakai?”

Dah minum, diorang basuh sendiri. Tapi aku yang kemas dan simpan. Banyak betul cawan keluar.

Yang bagusnya sebab diorang kerap minum air. Tapi setiap kali minum, keluarkan cawan baru. Kadang-kadang bawak gi ruang tamu, atas meja, bilik study. Pastu tinggal kat sana. Ambik cawan lain. Bila tanya, saper punya cawan, tak der siapa yang mengaku.

So, hari ni praktikkan sorang satu cawan je sepanjang hari. Cawan masing-masing. So, kalau bersepah, tau saper punya.

Semoga berjaya!

Ini untuk menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah diri sendiri. Semoga tak bertukar jadi hijau. Ada seminggu lebih lagi nak lalui ni.

Ooooo cawan ada 3 sahaja sebab untuk Niesreena, Naufal dan ayah depa. Mama dan Neeyaz pakai tumbler. Diorang pakai cawan sebab nak minum air sejuk dari cuckoo.

Tengahari tadi aku masak sup ekor. Makanlah untuk lunch dan dinner.

Petang pulak buat kuih lopes. Dah lama tak buat kuih lopes. Last sekali buat masa kat Melbourne dulu. Tu pun sebab teringin sangat nak makan. Belajarlah buat dari youtube. Masa tu tak jumpa daun pisang, kiter pakai plastik wrap jer. Pun jadi... Tapi kalau guna daun pisang, lebih wangi.

Ni lah kerjanya bila duduk kat rumah. Asyik fikir nak kena masak dan makan jer. Kalau tak masak kang lapar pulak. Redho jer lah duduk kat rumah membesarkan badan. Huhu...

back to top