♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 5, 2011

Dakwah di tempat kerja by Enche Neezam

Assalamualaikum wbt kengkawan semua... Lama betul *juliet le sweetheart tak update blog yer... Sorry sangat...

Hari ni pun tak der nak cerita panjang. Just nak post tazkirah oleh my enche Neezam yang baru jer diupload ke laman web tempat enche Neezam bertugas.

Tazkiran enche Neezam mengenai "Dakwah di tempat kerja".

Jom tengok! Semoga kite mendapat serba sedikit manfaat darinya...

Hmmmm... bila tengok video ni... rasa gelak-gelak pun ada... Rasanya, orang yang kenal enche Neezam pun mesti nak gelak gak kan? Sebab enche Neezam ni bukanlah orang yang serius sangat orangnya; suka wat lawak & tak serius most of the time. Tetiba bercakap ala ostad plak kan... huhuhu... Tapi ye lah... time kena serius, mestilah serius kan? Bagi tazkirah tak kan nak gelak-gelak plak kan? ;p

Nway, enche Neezam, that is a very nice tazkirah. Thanks so much & so proud of you my dear...

Thursday, June 30, 2011

My 31st birthday



Thanks, abang. Love this video soooo much! And love you always! :*

Wednesday, April 27, 2011

My baby boy is 2 today!

First picture of my baby boy... Two years ago...


Today,

Khairunnaufal

is


years old...


Still cute as always!


And always be my baby... my baby boy!



Khairunnaufal,


Happy 2nd birthday, sayang!


Mama love you sooooo much!



Apples of my eyes.... Khairunnaufal & Khairunniesreena...

Tuesday, March 8, 2011

Niesreena dan Naufal ke nursery!

Hari ni, enche Neezam hantar our Niesreena dan Naufal ke nursery. Hmmmm... cam ner lah keadaannyer agaknyer ek?

Niesreena dan Naufal tu tak pernah gi nursery. Mesti diorang terkejut dengan environment baru nanti kan? Sian diorang...

Sejak minggu lepas, kitorang dah cakap dengan Niesreena yang kitorang akan hantar Niesreena ke 'sekolah'. Niesreena excited sangat. Asik cakap nak gi sekolah jer.

Pagi tadi aku kejut Niesreena pukul 7.00 pagi. Niesreena tengok kat luar gelap lagi. Niesreena kata, "ni malam lagi lah mama". Terus sambung tidur lagi. Sabar jer lah... Bila aku kata dah pagi, nak hantar Niesreena gi sekolah. Terus Niesreena bangun dengan muka excited. Excited nak gi sekolah!

Oh ya... lepas siap-siapkan Niesreena, Niesreena tanya, "pergi sekolah tak pakai baju sekolah ke mama?" Huhuhu... Aku jawab, "sekolah ni pakai baju biasa jer. Pakai baju cantik. Kalau Reena belajar pandai-pandai kat sekolah, tak nangis, jaga Naufal kat sekolah, haa... baru mama belikan baju sekolah. Ok?" Hehehe... Ok tak ayat? ;p

So, pagi tadi aku enche Neezam hantar diorang ke nursery. Nursery ni under USIM dan terletak di dalam kawasan USIM. Yurannya pun tersangatlah murah. Terima kasih sangat pada Jazz yang inform kitorang pasal nursery ni. Bukan setakat inform, tapi Jazz siap tolong tanya dan booked tempat untuk Niesreena dan Naufal kat sana. Thanks Jazz! ;*

Haaaa... berbalik pada kisah Niesreena dan Naufal...

Lepas enche Neezam hantar diorang pagi tadi, enche Neezam call aku. Enche Neezam kata, diorang menangislah jugak masa enche Neezam tinggalkan diorang kat sana. Pastu tadi, enche Neezam ada call ke nursery tu tadi. Diorang kata Niesreena dan Naufal ok jer. Dah berhenti menangis. Niesreena tengah mewarna. Naufal pulak baru jer bangun tidur. Penjaga tu kata lagi, Niesreena dan Naufal tu kira ok lah sebab menangis sekejap jer sebab sesetengah budak menangis sampai ke petang.

Hmmmmm... oklah tu agaknyer ek? Aku jer yang terover risau ek? Huhuhu...

So, petang ni aku ditugaskan oleh enche Neezam untuk fetch diorang sebab kelas enche Neezam hari ni habis lewat. Dapatlah tengok tempat tu nanti... Harap-harap diorang ok lah kat sana. Jangan besok, Niesreena tak nak kesana sudahlah... huhuhu...

Tuesday, March 1, 2011

1st post from my new office!

Assalamualaikum semua!!!

Lamanya tak update kan? Mesti ramai yang rindu! Hehehehe... *perasan... perasaan!* ;p

Nway, pada yang tak tahu, *tapi rasanya ramai yang dah tahu, ye ke?* ;p, alhamdulillah sekarang ni aku dah dapat kerja baru. Insya Allah, kalau ada rezeki harap-harapnya dapatlah bekerja tetap kat sini.

Setakat ni, alhamdulillah, environment baru sangat ok. Kengkawan best, gaji pun ok, kerja pun tak lah sehingga aku tak termampu nak buat. Cuma lokasi jer jauh sikit dari rumah. Tapi yang penting... tak jem!

Sekarang ni aku tengah probation selama 3 bulan. Hari ni baru masuk minggu ketiga. Huhuhu...

Hmmmm... banyak cerita nak cerita... insya Allah aku akan selalu update blog mulai sekarang!

Insya Allah... kalau sempat... tak janji yer! :) Aku memang rinduuuuuu sangat nak berblog hari-hari!!!

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432h


Saturday, February 12, 2011

Sayonara Canossian Convent

~Cikgu Julie ;p~

Semalam merupakan hari terakhir aku berkhidmat SMCC. Aku terpaksa meletakkan jawatan seminggu lebih awal daripada tarikh terakhir aku sepatutnya berkhidmat. Kelmarin aku dah hantar surat perletakan jawatan aku sebagai KGSK kepada Puan Pengetua. Dan pagi semalam baru aku sempat jumpa dia. Dia terima perletakan jawatan aku dan mengucapkan semoga aku berjaya.

So, sebelum aku meninggalkan sekolah, aku sempat menyiapkan beberapa kerja. Yelah... takkan nak tinggalkan gitu jer kan? Tak sedaplah pulak...

Sempatlah jugak aku kemaskini markah-markah sukantara dan acara akhir hari sukan, memandangkan aku ialah penyelaras markah pada hari sukan nanti; kemaskini rekod bacaan NILAM pelajar-pelajar aku; kemaskini SMM kelas aku dan macam-macam kerja lagi.

Kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu tingkatan 1 pun sempat aku siapkan dan simpan ke dalam almari keselamatan. Yang aku tak sempat ialah menanda sebahagian besar buku-buku pelajar-pelajar aku. Huhuhu... tak larat lah! Biarlah cikgu yang seterusnya nanti yang menanda yer... huhuhu...

So, melangkah keluar untuk kali terakhir, sempat jugaklah aku berjumpa dan bermaaf-maafan dengan guru-guru dan kakitangan SMCC. Ye... terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pengalaman selama sebulan lebih aku berkhidmat di sini... :)

Selama aku menjadi GSTT dan guru KGSK ni, aku berpengalaman mengajar 3 buah sekolah yang berlainan kategori. Aku pernah mengajar sekolah menengah campur + teknik, sekolah rendah dan yang terakhir ni sekolah perempuan sahaja. Ketiga-tiga sekolah ni banyak memberikan aku pengalaman mengajar yang berbeza-beza.

Kalau dulu, ramai yang menyangka yang kerja guru ni adalah satu tugas yang mudah. Deal dengan budak-budak, kerja separuh hari, banyak cuti! Tapi sebenarnya, tugas mendidik anak bangsa ni bukanlah satu tugas yang mudah. Kena banyak sangat bersabar dengan budak-budak, kena pandai mengacu dan membentuk diorang, kena cari 'suis' untuk membuka mata dan minda diorang! Sangat susah! Dari pra sekolah hinggalah ke sekolah menengah, semuanya dengan perangai, ragam dan dugaan yang berbeza-beza! Lebih-lebih lagi budak-budak zaman sekarang ni, bukan boleh ditegur apatah lagi disentuh. Silap-silap cikgu pulak yang kena saman! Huhuhu...

Insya Allah... lepas ni aku tak kan mengadap budak-budak sekolah lagi! Tak kan membahasakan diri aku 'cikgu' lagi! Tak kan berpening-pening nak cari bahan mengajar lagi! Selamat tinggal semua tu! Muahahhahaha...

Insya Allah beberapa hari lagi aku akan berdepan pulak dengan cabaran dan persekitaran kerja yang baru. Aku harap, inilah yang terbaik untuk aku.

Chaiyok Julie!!!

Friday, February 11, 2011

Because...

*Yup! Sambungan dari post yang lepas...

Because...

I am

HIRED!

Weeeehhiiieeeeee!!!


* * * * *

Hmmmm... mungkin tak sempat aku nak cerita kat dalam blog aku sebelum ni...

Dah 6 bulan aku dan family balik ke Malaysia. Dalam masa 6 bulan ni, tak banyak temuduga kerja yang aku pergi. Boleh dikira dengan jari, sebelah tangah jer!!! Huhuhu...

Temuduga pertama, ialah temuduga KGSK! Alhamdulillah aku berjaya. Tapi KGSK cumalah kerja kontrak dan on call. Bila ada cikgu cuti bersalin, barulah ada kerja. Gaji pun ikut gaji hari. Bak kata orang, kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Cewah! Huhuhu... cam sedih jer bunyinyer yerk... Ye lah... bila kerja, barulah ada gaji. Bila cuti, hmmmm... melepaslah kan... ;p

Tapi alhamdulillah... setakat ni, kontrak KGSK aku masih penuh lagi. Tahun lepas, aku kerja sampai cuti sekolah. Dan tahun ni aku masuk semula kerja bila penggal persekolah bermula. Cuma rugi masa cuti akhir tahun hari tu lah. Tak kerja... so, tak der lah gaji... huhuhu...

Temuduga kedua yang aku gi ialah temuduga kat Hong Leong Bank. Tapi jauh sangat dari rumah. Kat PJ. Basic pun ciput jer sebab lebih kepada elaun atau bonus bila dapat sales. So, aku rasa, kalau aku dapat pun kerja ni, mungkin aku terpaksa tolak. Cuma aku gi gak interview hari tu sebab sajer nak rasa pengalaman interview. Hmmmm... memang nervous habislah hari tu... gegel gegel... huhuhu...

Temuduga ketiga yang jugak temuduga terakhir aku gi ialah di satu private company kat Shah Alam. Masa gi interview tu, aku rasa confidence sikit daripada interview kat Hong Leong Bank tu. Diorang pun ada buat test masa interview tu dan alhamdulillah aku pass. Hmmm... aku tak lah harap sangat kalau dapat kerja kat situ sebab aku prefer untuk bekerja kat area Seremban. Tapi kalau dapat, mungkin aku akan gi sebab company tu nampak cam best jer. Hehehe...

Dalam masa 6 bulan ni jugak, ada jugak beberapa kali aku dipanggil interview. Tapi aku tak pergi. Bukan apa... masa apply kerja kat jobstreet.com tu, aku main apply jer. Klik! Klik! Klik! Tapi bila dah kena panggil interview, barulah aku review balik setiap jawatan tu; kekadang aku terpaksa tolak panggilan interview tu sebab basic dia kecik, lokasi jauh, company ntah hapa-hapa, task kerja yang bukan bidang aku.

Enche Neezam pun banyak applykan kerja untuk aku. In fact, yang temuduga ketiga aku pergi tu pun enche Neezam yang tolong applykan. Merata-rata tempat enche Neezam tolong hantarkan resume dan segala 'mak nenek' aku. Huhuhu...

Alhamdulillah... beberapa hari yang lepas aku dapat panggilan daripada tempat yang aku gi temuduga terakhir tu. Dan diorang offer kat aku jawatan tu. Yeyyyyyy!!! Seronok betul! Bersyukur sangat! Diorang nak aku datang lapor diri hari Rabu lepas cuti Maulidur Rasul yang akan datang. :)

Alhamdulillah...

Aku harap kerja ni ok lah... Aku pun dah malas dan penat nak cari-cari kerja lain. Nak masuk gomen lagi lah susah. Tapi aku rasa ok lah kalau aku kat private memandangkan enche Neezam dah kerja gomen. Ye tak?

Happy sangat bila dah dapat kerja. Tak mengganggur lagi... tak bergelar surirumah sepenuh masa dah!

Cuma...

... ada beberapa perkara yang asyik bermain-main di kotak fikiran aku ni... membuatkan aku bingung dan tak boleh tidur... kekadang tu jadi sedih...

Kenapa yer?

Nantilah aku ceritakan dalam post yang akan datang yer... :(



You might also like...

1
I quit!
.
1
Good Luck,
Julie!!!

1
Malas
.

Thursday, February 10, 2011

I quit!

*Just send my tender to the boss*

T

O


B

E


C

O

N

T

I

N

U

E

D

...


Monday, January 3, 2011

Good Luck, Julie!!!

Well....

I'm going!!!!

G.O.O.D.L.U.C.K.


... for myself ...

SMCC

"Here I come!"


Sunday, January 2, 2011

Jom mulakan kerja!!!

Tau kan citer ni? :)

Masa dapat kunci hari tu, kitorang tak sempat nak cuci rumah sebab satu peralatan mencuci pun kitorang tak bawak. Lagipun, lepas dapat kunci hari tu, aku dan enche Neezam bergegas balik ke Segamat sebab malam tu kan ada perlawanan bola sepak pusingan pertama antara Malaysia vs Indonesia. Malam tu Malaysia menang 3-0! Best! Tak sia-sia balik cepat! :)

Lari pulak citer...

Ok berbalik semula kepada cerita rumah.

So, semalam, kitorang ke Seremban lagi. Kali ni dengan SATU MISI!!! Iaitu... MENCUCI RUMAH!!! Muahhahahahahhah!!! ;p

Kebetulan, barang-barang elektrik yang kitorang beli pun akan sampai hari ni jugak. Sampai jer kat rumah, lori barang-barang letrik pun sampai jugak. So, terpaksalah load barang letrik dulu sebelum sempat cuci rumah.

~Mesin basuh dah siap install. Seterusnya peti ais pulak~

~Enche Neezam mengisi guarantee card~

Alhamdulillah, kitorang dapat beli barang-barang letrik kat kedai ni dengan harga yang murah lah jugak. Tv lcd LG 42", mesin basuh LG 15kg, peti ais LG, dapur masak kaca, iron dan beberapa barang letrik kecil-kecil yang lain semunya RM6k sahaja. All the way from Segamat, penghantar F.O.C! Siap dapat free gift lagi. Bagus kan?! Nanti kalau nak beli barang letrik yang lain, kitorang mesti borong kat kedai tu jugak! :)

Beberapa minit selepas lori barang tu balik, nazlee, sit dan nazrin pun sampai. So, mulalah operasi membasuh rumah! Niesreenalah orang yang paling excited sekali. Seronok Niesreena mencucuh air ke segenap pelusuk rumah. :)

Niesreena juga tahu yang bilik tengah tu adalah bilik dia. So, Niesreena tak sabar nak tunggu set bilik tidur Niesreena di bawa masuk. Hehehhe... minggu depan lah sayang... Niesreena jugak tak sabar nak berjumpa semula dengan semua anak-anak patung dia yang masih kat Melbourne tu. Habis dia sebut, satu persatu nama-nama anak-anak patung dia. Hmmmm... entah bulan tiga atau empat, barulah boleh jumpa semula... :)

~Basuh! Jangan tak basuh!~

~Niesreena kata, ni bilik Naufal. Ye lah tu... Yo yo jer lah Naufal nak tidur sesorang kat bilik kecik ni... huhuhu... Tengok Niesreena tu, macam penat jer tolong ayah dia... :p~

~Niesreena dan ayah chik~

~Sit dan Nazlee menyediakan juadah tengahari...~

Eh???!!! Mana gambar juliet le sweetheart ek? Satu pun tak der? ;p Itu adalah kerana, aku tersangatlah busy menjadi mandor pada hari itew. Sampaikan tak der yang sudi nak tangkap gambarku. Hehehe...

Tak per lah... Next time! :)

Lepas siap membasuh rumah, kitorang pun bawaklah masuk barang-barang yang ada. Hmmmm... barang kecik-kecik jer. Bukan ada apa sangat lagi pun. Tak sempat lagi nak membeli perabot. Insya Allah, minggu depan...

Lagipun...

... hasrat nak duduk kat rumah tu bulan Januari ni terpaksa ditangguhkan sebab beberapa hari lepas, PPD call, dan minta aku bertugas di SMCC, star esok sehinggalah pertengahan bulan Febuari. Hmmmm... rasanya... aku mungkin akan terima tawaran tu... kot... entah... tengoklah dulu cam ner... hati masih berbelah bagi lagi... ;p

Nak tau aku terima atau tak tawaran tu... tunggulah post akan datang yer... :)

back to top