Hari ni, enche Neezam hantar our Niesreena dan Naufal ke nursery. Hmmmm... cam ner lah keadaannyer agaknyer ek?
Niesreena dan Naufal tu tak pernah gi nursery. Mesti diorang terkejut dengan environment baru nanti kan? Sian diorang...
Sejak minggu lepas, kitorang dah cakap dengan Niesreena yang kitorang akan hantar Niesreena ke 'sekolah'. Niesreena excited sangat. Asik cakap nak gi sekolah jer.
Pagi tadi aku kejut Niesreena pukul 7.00 pagi. Niesreena tengok kat luar gelap lagi. Niesreena kata, "ni malam lagi lah mama". Terus sambung tidur lagi. Sabar jer lah... Bila aku kata dah pagi, nak hantar Niesreena gi sekolah. Terus Niesreena bangun dengan muka excited. Excited nak gi sekolah!
Oh ya... lepas siap-siapkan Niesreena, Niesreena tanya, "pergi sekolah tak pakai baju sekolah ke mama?" Huhuhu... Aku jawab, "sekolah ni pakai baju biasa jer. Pakai baju cantik. Kalau Reena belajar pandai-pandai kat sekolah, tak nangis, jaga Naufal kat sekolah, haa... baru mama belikan baju sekolah. Ok?" Hehehe... Ok tak ayat? ;p
So, pagi tadi aku enche Neezam hantar diorang ke nursery. Nursery ni under USIM dan terletak di dalam kawasan USIM. Yurannya pun tersangatlah murah. Terima kasih sangat pada Jazz yang inform kitorang pasal nursery ni. Bukan setakat inform, tapi Jazz siap tolong tanya dan booked tempat untuk Niesreena dan Naufal kat sana. Thanks Jazz! ;*
Haaaa... berbalik pada kisah Niesreena dan Naufal...
Lepas enche Neezam hantar diorang pagi tadi, enche Neezam call aku. Enche Neezam kata, diorang menangislah jugak masa enche Neezam tinggalkan diorang kat sana. Pastu tadi, enche Neezam ada call ke nursery tu tadi. Diorang kata Niesreena dan Naufal ok jer. Dah berhenti menangis. Niesreena tengah mewarna. Naufal pulak baru jer bangun tidur. Penjaga tu kata lagi, Niesreena dan Naufal tu kira ok lah sebab menangis sekejap jer sebab sesetengah budak menangis sampai ke petang.
Hmmmmm... oklah tu agaknyer ek? Aku jer yang terover risau ek? Huhuhu...
So, petang ni aku ditugaskan oleh enche Neezam untuk fetch diorang sebab kelas enche Neezam hari ni habis lewat. Dapatlah tengok tempat tu nanti... Harap-harap diorang ok lah kat sana. Jangan besok, Niesreena tak nak kesana sudahlah... huhuhu...
You might also like...
|
|
2 comments :
Itulah cobaannya pn Julie... hehehee... jgn nanti awak yang nangis sudah bila tgk dorang.. balik nanti.. chekkan takut ada tanda2 luar biasa kat badan dorang tu... hehehee
first memang sgt cuak...parents je yg cuak lebik sebenarnye...haha..hope reena n naufal cepat sesuaikan diri
Post a Comment