♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, May 6, 2010

Nostalgia SMK ZR1

Ada beberapa orang kawan kat fb yang juga merangkap bekas kawan sekolahku, telah bersusah payah dan berpenat lelah mengupload gambar klasik lagi penuh nostalgia kat fb. Thanks a bunch to cik Mas dan mr Rohaizad. Diorang upload gambar-gambar masa sekolah...

Bila tengok-tengok balik gambar-gambar tu buat aku tersenyum sorang-sorang. Teringat balik zaman-zaman terindah waktu sekolah. Teringat balik kenangan-kenangan bersama kengkawan sekolah. Teringat balik cikgu-cikgu yang banyak menabur jasa dan keringat. 14 years ago!

Ni lah salah satu kebaikan fb kan... dapat keep in touch semula dengan kengkawan lama. Bila diorang upload jer gambar-gambar tu, maka ramailah yang responds. Tak kurang jugak yang dok mengelakkan gambar-gambar tu sebab masing-masing nampak comel, tulus mulus, kudus dan innocent! Hahhaha... memang sungguh pun! Aku sendiri pun dok tergelak tengok gambar sendiri. Adoiiii...

So, kengkawan @k@ pembaca blogku yang disayangi. Kat sini aku nak kongsi gambar-gambar 'yo-soy-betty-la-feyya'ku itew. Dah mintak izin 'tuan tanah' untuk tepek gambar-gambar tu. Cuma royalti jer tak bayar lagi... Hahahha...

Ok... ni gambar masa kitorang tingkatan 5. Masa ni tengah SPM. Ok... ok... yang mana satu julie le sweetheart?

~Berdiri dari kiri: Yusniza, Suzana, Haniza, julie le sweetheart, Liza Eriani, Zaini, Salina, Fari, Marlina, Juhana & Lizawati. Duduk dari kiri : Zeha, Ijan, Akmar, Amy, Noraniza , Mas~

Hahaha... is it so obvious? Aku rasa, aku yang paling 'menonjol' dalam gambar ni. Bukan menonjol sebab comel ke hapa... tapi sebab aku paling besar! Haaaaa... comel tak? Kudus dan mulus tak? Hahaha... cermin mata besar tak tahan kan? Tapi masa tu pesen; cermin mata besar, bingkai gold. ;p

Next!

Gambar ni pulak masa tingkatan 3. Lepas PMR. Wajah gembira sebab dah 'merdeka'!

Tudung masing-masing bulat jer. Oh ya... pasal tudung... masa sekolah, nak bulatkan tudung tu, aku dan kengkawan ada macam-macam cara. Ada yang letak kad manila kat depan tudung tu dan ada jugak yang sapu lilin. Tu yang tudung jadi cantik bulat cam tu. Ye lah... tudung sekolah kan licin. Susah nak pakai...

Agak-agak budak-budak sekolah zaman sekarang, pesen tudung masih macam ni ker? Bulat jer. Ke diorang tak pakai tundung macam ni dah? Mungkin budak-budak sekolah sekarang pakai tudung ada awning tu dah kot kan? Atau yang terbaru, tudung ala-ala tudung syria tu. Hmmmm... boleh ke gi sekolah pakai tudung-tudung pesen gitu?

Merapu pasal tudung plak...

Ok! Ok! Next!

Ni gambar kelas masa tingkatan 3; 3 Bestari. Kelas paling pandailah ni. Kononya... Hahaha... Nama pun bestari kan. Guru kelas, Puan Nik.

Dan gambar terakhir.

Ni gambar ajk rumah sukan; rumah kuning, Hang Lekir. Aku antara ajk rumah sukan. Tapi aku tak ingat aku pegang jawatan apa.

That's it! Inilah antara gambar-gambar yang diorang upload. Gambar-gambar sekolah aku semuanya ada kat rumah mak. Tapi ntah dah kat kotak manalah agaknya mak simpan. Balik Malaysia nanti kena cari semula. Tapi emak aku teliti orangnya. Mesti emak simpan elok-elok.

Kebanyakkan x-schoolmate aku memang ada kat fb. Cuma aktif dengan tidak jer. So, walaupun dah lama tak jumpa dan bersua muka, kitorang tetap dapat keep-in-touch melalui fb ni. Bagus kan? Lebih-lebih lagi bila diorang upload jer gambar sekolah tu, ramai kengkawan yang add aku. Aku dah hampir tak kenal dah dengan diorang sebab masing-masing dah berubah. Masing-masing dah nampak sangat matang dan makin cantik dan bergaya! Good for them!

Hmmm... may be lepas ni aku nak upload gambar masa kat UTM plak kot. Tengok pulak rupa aku lepas SPM kan. Macam mana rupa aku masa enche Neezam tergila-gilakan aku dulu. Muahahhahahaha...

Tunggu!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top