Pagi ni aku baca blog Adah yang baru diupdatekan. Ada satu ayat Adah yang membuatkan aku nak menulis blog aku kali ni. Ayat Adah tu ialah ‘buat masa nih aku tanak halal kan lagi sebahagian selimut yg kene potong tuh.. nnt aku dah kool aku halalkan lah kot..’.
Citernyer cam ni, dalam bulan 8 tahun lepas, Neezam terlibat sebagai Pengarah bagi Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan yang dianjurkan oleh KUIM dan berlangsung di UKM. Dalam pada waktu-waktu macam tu Neezam memang sibuk sangat, sampaikan tak der masa untuk kitorang berborak panjang. Cuma kengkadang tu curi-curi masa seminit dua jer sehari.
Sampailah pada satu hari Jumaat, masa hari-hari konvensyen tu tengah sebuk berlangsung, adik Neezam, Nazlee, call aku dan bagitau yang dia call handphone Neezam tapi budak perempuan yang answer dan mengaku tu nombor dia. Berkali-kali Nazlee call nombor Neezam but still budak perempuan tu yang answer. Dan biler budak tu reject call Nazlee, keluar plak suara Neezam kat peti suara mail box. Cam ner tu ek?
Hati aku terus berdebar-debar biler dengar citer Nazlee. Macam-macam syak timbul kat kepala hotak aku ni. Tanpa berlengah aku pun terus dail nombor Neezam. Macam kata Nazlee, memang budak perempuan yang answer. Aku terus tanyer soalan bertalu-talu; ‘Ni nombor siapa? Macam mana plak bleh jadi nombor awak sedangkan sebelum ni tunang aku (masa tu tunang) yang pakai nombor ni? Kalau betul ni nombor awak, kenapa biler mail box keluar suara tunang aku tu pulak?’ Budak perempuan tu jadi takut dan terus panggil mak dia. Aku dengar jer melalui telefon. Dari suara dia aku rasa budak perempuan tu masih bersekolah lagi.
Biler mak dia jawab telefon, mulanya dia memarahi aku sebab tanya soalan bertalu-talu kat anak dia. Tapi aku jawab dengan cara baik dan mengatakan yang nombor telefon yang aku sedang call dia sekarang ni adalah nombor telefon tunang aku dan telefon serta nombor telefon tu sangat penting buat Neezam sebab dalam handphone tu terdapat banyak maklumat dan nombor telefon penting untuk program Konvensyen Pendakwah Muda yang Neezam tengah handle pada waktu tu. Barulah dia bercakap lembut dengan aku dan memperkenalkan diri dia sebagai kak Siti.
Aku mintak dia memulangkan semula handphone tu. Tapi katanya dia hanya jumpa sim card, tapi aku tahu dia berbohong sebab ketika berbincang dengan dia aku terdengar bunyi ringtone handpone Neezam tu dimainkan. Mungkin dia dah alihkan sim card Neezam ke handphone lain. Beberapa kali aku tanyer, tapi dia tetap mengatakan yang dia hanya jumpa sim card jer. Tapi bagi aku cukuplah jika dia dapat memulangkan sim card jer sebab nombor Neezam tu memang penting sangat bagi Neezam. Akhirnyer dia bersetuju untuk pulangkan sim card tu pada aku dan kitorang pun berjanji untuk berjumpa kat stesen komuter Kajang (sebab dia orang Kajang) pukul 6.30 petang. Aku bagi kat dia nombor handphone aku untuk memudahkan perjumpaan nanti.
Aku rasa sedikit lega pada masa tu tapi pada masa yang sama aku rasa marah sangat dengan Neezam sebab Neezam sedikit pun tak call aku dan bagitau kat aku yang handphone dia hilang.
Petang tu aku terus bergegas ke stesen komuter Kajang. Dada aku berdebar-debar menahan perasaan marah kat Neezam sebab cuai dan tak cuba pun call aku.
Aku sampai kat stesen komuter Kajang tepat pukul 6.00 petang. Dari sana aku try call nombor handphone Neezam tu, tapi tak berjawab. Berkali kali aku cuba call, ringing tapi tetap tak berjawab dan asik masuk mail box jer. Akhirnyer handphone tu off. Aku jadi bengang dan marah. Tapi aku tetap tunggu dia sehinggalah pukul 7.30 malam.
Ya Allah… Tuhan sajer yang maha tahu aper perasaan aku masa tu. Geram, marah, bengang! Bengang pada penipu yang janji nak pulangkan sim card pada aku! Dan bengang pada Neezam yang sehingga ke saat itu pun masih tak call aku!
Dah pukul 7.30 malam dan aku yakin yang perempuan penipu tu takkan datang. Akhirnya aku memutuskan untuk balik jer. Balik dengan perasaan yang bercampur baur. Geram, marah, tension, dan rasa diri ni diperbodohkan sesangat! Tak semena-mena aku menangis waktu tu. Orang kiri kanan tengok jer aku. Tapi aku dah tak ambil peduli. Aku terus jer nangis sambil berjalan ke tempat menunggu train.
Dalam waktu tu lah Neezam call aku daripada hanphone kawan dia. Neezam dengar aku nangis. Aku marah dia sebab tak call aku sebelum tu. Tapi Neezam ada sebab dia sendiri kenapa dia tak call aku.
Aku cerita kat Neezam yang aku dah diperbodohkan oleh orang Kajang yang kurang hajar, menganiayai aku. Neezam kesal jugak dengan aper yang jadi kat aku hari tu. Kata Neezam, handphone dia hilang masa dia tengah ambil air sembahyang Jumaat kat masjid UKM, tempat konvensyen tu diadakan.
Aku redha handphone tu hilang mungkin sebab dah tak der rezeki. Tapi aku tak redha dengan aper yang kak Siti penipu tu buat pada aku. Kalau dia tak nak pulangkan, dia sepatutnya beritahu aku awal-awal lagi dan tak perlu bagi aku harapan sampai aku ke stesen komuter Kajang for nothing!
Setiap kali aku pergi dan balik kerja (menaiki komuter) dan melalui stesen komuter Kajang, aku akan ingat peristiwa ni dan tiap kali itulah aku menyumpah diorang yang aniaya aku.
Macam kata Adah dalam blog dia, buat masa nih aku tanak halal kan lagi sebahagian selimut yg kene potong tuh.. nnt aku dah kool aku halalkan lah kot..’. Dan bagi aku, ‘buat masa ni (dan still sekarang ni) aku tak redha dengan apa yang diorang buat pada aku… Nanti biler aku dah ok nanti (entah biler), aku akan maafkan… Aku harap diorang akan dapat pembalasan Allah dengan penganiayaan yang diorang buat terhadap aku samada di dunia dan di akhirat. Sesungguh doa-doa orang yang teraniya akan dimakbulkan Tuhan. Insya Allah…’
Sikap buruk aku sebab tak memaafkan diorang dan berdendam hingga sekarang, ye tak? Mungkin satu hari nanti aku akan luperkan peristiwa ni dan akan memaafkan diorang. Lebih baik memaafkan daripada terus menyimpan rasa, ye tak? Tapi bukan sekarang… Entah biler…
1 comment :
tulah, hayat telefon tu dengan saye cume hampir 3 bulan. saya careless. tapi dlm masa yang sama kalau hati seseorang itu budiman, dia takkan ambik harta org lain yang dijumpainya sedangkan dia ada jalan untuk memulangkannya semula.
sedih, sebab handphone tu adalah handphone yang special bagi saya. sampai sekarang, tak beli2 lagi handphone baru. saya yakin ini ujian Allah, nak membuktikan pada saya khususnya bahawa segala nikmat yang Allah bagi kalau tak disyukuri, dengan sekelip mata Allah boleh tarik semula dengan apa cara sekalipun… Allahu ‘alam bissawab.
“berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…”
Post a Comment