♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, December 14, 2010

"House for rent" pleaseeeee!!! - part i

Ya Allah... saper kata cari rumah sewa kat Nilai senang?! Ha... sila angkat kaki!

Ha... nampak sesaper yang tengah angkat kaki? Nampak? Nampak?

Ha... Aku lah yang tengah angkat kaki sekarang! Hehehe... Yup! Aku pernah cakap, 5 tahun yang lepas, "kat Nilai senang nak cari rumah sewa sebab rumah kosong berlambak!"... Yer... memang berlambak 5 tahun yang lepas tapi tak sama lagi dah tahun ni!

Hmmmm... post kali ni, aku nak cerita pengalaman aku mencari rumah sewa baru-baru ni. Sangat @#$%^&*!!! Huhuhu...

Sejak bulan 11, enche Neezam dan mula cari-cari rumah sewa through internet. Daripada pencarian enche Neezam tersebut, jumpalah jugak 2, 3 buah rumah sewa sekitar Nilai. Masalahnya, bila enche Neezam contact tuan-tuan rumah tersebut, kebanyakannya rumah diorang dah pun disewakan dan sewa rumah diorang letak pun memang agak tinggi.

Aku rasa, cara enche Neezam tu macam tak praktikal jer. Huhuhu... Sebab aku rasa, kalau gi round kat kawasan perumahan kat sekitar Nilai tu, mesti akan jumpa tanda 'Rumah untuk disewa' kat depan rumah senang-senang jer. Sebab 5 tahun dulu gitu lah. Banyak rumah yang ada papan iklan cengitu depan rumah.

So, enche Neezam kata, "awal bulan Disember, kite gi round Nilai cari rumah sewa." Dalam pada masa yang sama, enche Neezam dapat jugak contact tuan rumah yang masih mencari penyewa melalui internet tu. Cuma masalahnya, rumah yang nak disewakan tu ialah apartment. Kitorang kalau boleh nak cari rumah teres. Tapi tak per lah... Enche Neezam kata, gi tengok jer dulu rumah tu macam mana. Lagipun sewa rumahnya pun tak sampai RM500 yang kitorang letak dalam budget.

So, hari Sabtu, 4hb yang lepas, aku dan enche Neezam ke Nilai. Pagi tu aku memang excited sangat keluar rumah. Tak sabar betul rasanya nak cari rumah. Dan aku expect setengah hari mesti dah jumpa rumah. Mesti boleh settled punyer! Lepas tu kononnyer nak ajak enche Neezam gi shopping kat Jusco Seremban 2.

Hmmmm... sempat ker? Kalau nak tau... silalah baca post ni sampai habis... Huhuhu...

Sampai kat Nilai. Kitorang memula cari rumah yang dekat dengan USIM. 7-8 buah kawasan perumahan yang kitorang masuk. Pusing punyer pusing punyer pusing... jumpalah beberapa buah rumah kosong. Tapi....... masalahnyer....... rumah-rumah kosong tu, tak der pulak tertulis untuk disewa. Satu pun tak der! Yang ada, hanya untuk dijual jer.

Tak per... relax... relax...

Setiap kali kitorang masuk dalam satu-satu kawasan perumahan tu, mesti ada lebih dari 5 buah rumah kosong! Mesti ada! Tapi tak der tanda untuk disewakan dan rumah-rumah kosong tu memang dah jadi buruk! Tambah lagi dengan kawasan dah naik semak samun dan dinding pun dah naik kulat. Eeeeee... tak tau lah macam mana keadaannya kalau terpaksa sewa rumah cam tu. Mesti demam nak bersihkan rumah! Huhuhu...

Lepas hampir 3 jam pusing *perut pun dah mula keroncong*, tetiba nampak iklan 'rumah untuk disewa' depan sebuah rumah teres end lot ni. Kawasan dalam rumah tu memang bersih sebab dah bersimen kesemuanya. Awning pun dah tambah sampai gate rumah. Aku dan enche Neezam happy tengok rumah tu. Aku pun call. Berdebar-debar selagi tak berjawab, bila dapat bercakap dengan tuan rumah, aku terus tanya pasal rumah tu. Malangnya... dia kata rumah tu dah ada penyewa. Cheh!!! Kecewaaaa sangat!

Kitorang sempat singgah ke rumah lama kitorang. Rumah sewa lama kitorang tu masih kosong. Semak samun pun dah naik tinggi. Pagar pun dah kopak dan kat depan rumah tetampal "Bank Lelong RM80K". Hmmmm... kesian kat rumah tu. Banyak memori kat situ.

Kitorang pusing-pusing kat kawasan rumah tu, tapi tak der satu pun untuk disewa. Kalaulah ada kan best. Aku memang suka layout rumah tu. Cuma environmentnyer memang tak bagus sebab kawasan asap kilang lalu.

Perut dah lama berkeroncong, so, kitorang stop lunch jap kat restoran minang kat pekan Nilai Lama. Sedap giler masak tempoyak ikan patin dia! Senyap jer aku dan enche Neezam makan. Menikmati... lapar pun yer jugaks. Hehehe...

Lepas makan, kitorang sambung cari rumah lagi. Aku cadangkan kat enche Neezam, "kite gi tengok kat kawasan rumah baru. Mesti tengah ramai tuan rumah nak cari penyewa". Enche Neezam setuju dan kitorang pun cari-cari rumah kat kawasan-kawasan rumah baru. Kebanyakan rumah-rumah yang baru naik ni jenis rumah teres 2 tingkat 3 bilik. Walaupun baru, tapi dah ramai penduduk dan alhamdulillah, jumpalah dengan sebuah rumah yang nak disewa. Ada papan iklan kat depan rumah dia. Aku pun call. Dapat bercakap dengan tuan rumah, aku terus tanya samada rumah tu still available atau dah ada penyewa. Tuan rumah tu kata, dia masih mencari penyewa dan sewa rumah tu ialah RM950.00 y'all!!!

Mahal gilos! Daripada menyewa semahal itew, baiklah aku beli rumah terus. Baru puas hati nak bayar mahal tiap-tiap bulan. Huhuhu... Tuan rumah tu pun tak nak kurangkan walau sehengget pun sewa dia sebab dia nak sewakan pada student. Hmmmm... kalau sewakan pada student memanglah berbaloi. Kalau 4 orang sewa satu rumah, setiap sorang baru kena bayar -+ RM250.00 tiap-tiap bulan kan. So... definitely, rejected!

Makin cari, makin jauh kawasan perumahan yang kitorang round dari USIM. Aku dah mula pening dah! Kepala pun dah naik teleng! Aku memandang ke kiri, enche Neezam toleh ke kanan. Adooiiii... berpinar tengok rumah! Tapi masih tak der jugak rumah untuk disewa.

Lepas asar, kitorang gi pulak ke apartment yang enche Neezam dapat melalui internet tu. Tuan rumah tu kata, kalau nak tengok rumah, gi jer ketuk pintu rumah tu sebab penyewa-penyewa lamanya ada lagi. Diorang tu student dan katanya akan keluar akhir bulan Disember.

So, kitorang pun dengan selamba kodoknya gi ke rumah tu. Sorang lelaki buka pintu. Enche Neezam kenalkan diri dan bagitau yang kitorang datang tengok rumah sebab kitorang cadang nak sewa rumah tu bulan Januari nanti. Diorang benarkan kitorang masuk tapi enche Neezam masuk sorang sebab ramai sangat bebudak lelaki kat dalam rumah tu. Segan I... huhuhu...

Dalam pada enche Neezam tengok-tengok rumah tu, diorang cakap kat enche Neezam yang diorang sebenarnya nak sambung sewa kat situ lagi 6 bulan tapi tak sempat lagi nak bagi tau ke tuan rumah. Diorang sempat bagi enche Neezam nombor hanphone tuan rumah lain di blok yang sama yang sedang mencari penyewa jugak.

Bila kitorang tinggalkan kawasan rumah tu, tuan rumah tu call enche Neezam dan bagitau yang dia tak dapat nak sewakan rumah tu pada kitorang sebab budak-budak tu baru jer call dia dan nak sambung sewa... Hampa lagi...

Kitorang call pulak nombor tuan rumah yang bebudak tu bagi tadi. Enche Neezam call dan tuan rumah tu kata, dia masih mencari penyewa. Sewa rumah tu RM600 dan tak boleh kurang lagi. Katanya, kalau kitorang tak nak, dia senang-senang jer boleh cari penyewa yang sanggup. Huh! Berlagak betul. Kata tuan rumah tu lagi, penyewa lama dia lari. Tak bayar sewa. Ha... tu lah... sewa mahal sangat!

Apa-apa pun, enche Neezam kata kat tuan rumah tu yang kitorang mungkin setuju nak sewa kat rumah dia tu. Ye lah... dah tak der pilihan lain. Takut gak terlepas kan. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Walaupun aku kalau boleh tak nak apartment, tapi apartment yang nak disewakan tu aku agak suka jugaklah. Kawasan kejiranan dia bersih, privasy, ada parking lot sendiri dan yang penting, rumah tu kat ground floor. So, ok lah...

Kitorang tak compomkan yang kitorang nak sewa betul kat rumah tu lagi. Nak cari-cari lagi rumah lagi, kalau ada...

So, kitorang pusing lagi... Kali ni kat area Bandar Putra dan Nilai 3 pulak. Masa pusing-pusing area sana, sempat jugak kitorang berborak dengan dua orang makcik yang sedang dok bergosip di petang hari. Huhuhu... diorang kata diorang sewa rumah teres 3 bilik, 2 tingkat kat kawasan tu hanya RM450! Wah! Murah! Hmmmm... harap-haraplah dapat satu rumah kat kawasan tu... doa kitorang...

Pusing punyer pusing punyer pusing... enche Neezam nampak sorang mamat ni mandi kat depan laman rumah. Relax jer... Otomatik enche Neezam kata, "dalam rumah tak der air ker?" Aku dok gelak jer. Dalam hati berbisik gak, "tak malu ke mandi depan rumah. Orang lalu lalang nampak". Tapi... pusing punyer pusing punyer pusing... kitorang mula curious... kenapa kat depan rumah masing-masing banyak sangat tong-tong air? Tong-tong air besar!

Hmmmm... barulah enche Neezam teringat!

Dulu, kawan kitorang, Isa dan Su, pernah tinggal kat kawasan tu. Dan kawasan tu memang problem air. Diorang tu dulu selalu kena tumpang toilet kat pam station! Adoiiii... nampaknya, masalah air masih lagi berlarutan kat kawasan tu sehingga kini. Ooooo... enche Neezam tak berkenan dan tak kuasa nak cari air bersih tiap-tiap hari. So.... kitorang pun terus tinggalkan ajer kawasan perumahan tu. Hmmmm... patutlah sewa rumahnya murah...

Masuk satu kawasan perumahan ni... ramai sangat pulak 'peminat lagu dangdut' dan 'abang-abang mata biru cekelat'... huhuhuhuhu... tak nak... tak nak... reject! Masuk satu kawasan yang lain ni pulak, lain pulak yang tak berkenannyer... Huhuhuhu... reject jugak!

Jam dah masuk pukul 6.30 petang. Kitorang masih tak dapat lagi rumah yang berkenan di hati. Pening aku semakin menjadi-jadi. Tetiba jer... aku rasa... loyaaaaaa sangat! Cepat-cepat aku suruh enche Neezam berhentikan kereta dan

bueeerrrrrrrrr

weeeekkkkkk

weeeeeeekkkkkk

weeeeeeeeeekkkkkk

aku muntah!

Huhuhuhu... Gila babun sungguh!

Habis keluar balik semua tempoyak ikan patik yang aku makan tengahari tadi. Uwek!

Aku cakap dengan enche Neezam, aku dah tak tahan dah. Aku dah tak larat. Aku nak balik. Aku nak tidur. Aku nak rehat. Huwaaaaa... aku nak nangis!!!

Huhuhuhu...

Lebih kurang pukul 8 malam kitorang bertolak balik dengan perasaan hampa. Hampa yang teramat sangat! Tapi enche Neezam masih cool. Kata enche Neezam, "mungkin rezeki kite bukan kat sana sebab tu Allah tutupkan semua rumah-rumah tadi untuk kite atau mungkin jugak apartment tulah tempat kiter nanti. Sabar ajer lah..."

Ye... sabar...

Dan korang pun kena sabar yer, sebab cerita ni tak habis lagi... aku dah ngantuk... insya Allah esok aku sambung cerita pencarian ktiorang ni lagi yer... "House for rent" pleaseeeee!!! - part ii!

8 comments :

Lieya said...

ye kak julie..memang kak julie wat fadh tak sabar nak tunggu kesah seterusnya..hehehe

*juliet le sweetheart said...

hehhehhe... tungguuuuu...

Isma said...

Julie;Panjangnyer entry ni.....ssh gak yer nk cr umah sewa! Btw, happy tuk korangs finally korangs dh jmpa umah sewa.....dan mesti dh x sbr nk tggu brg2 dr Melben kn?

*juliet le sweetheart said...

Isma, memang dah tak sabar pun... kalau boleh, sekarang ni nak ada barang-barang tu depan mata... :)

MaSLiNa said...

Julie, kenapa nak cari rumah area Nilai? Neezam kene keje sana ke? blh bagi radius jauh sket tak? mungkin aku blh tolong tanyakan kwn² yg dok area situ

*juliet le sweetheart said...

Gg, Neezam kerja kat USIM. Kat Nilai sana. Tak per Gg, thank you... kite dah dapat rumah dah... alhamdulillah... :)

Keluarga Wan said...

ko amik yg apartment tu gak la yer.. kwn aku pun kata mmg susah nk cari rumah sewa area tu.. kt kota warisan, bdr mahkota dh cari ke??

*juliet le sweetheart said...

Kitorang cari sampai kat area Bukit Mahkota jer, Heda. Memang tak der kosong. Then kat sana banyak rumah-rumah mewah. Tak lah aku gi tengok. Mesti sewa mahal punyer... huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top