Dapat apa?
Dapat...
K.U.N.C.I.R.U.M.A.H!!!
Adoooiiii... penatnyer... aku dan hubby baru jer balik dari Seremban menguruskan urusan sewa rumah...
Alhamdulillah... akhirnya, hari ni dapat jugak kitorang berjumpa dengan tuan rumah. So, tadi dapatlah masuk dan tengok sendiri keadaan di dalam rumah yang kitorang nak sewa tu.
Aku suka lah... :) Kat dalam rumah tu semua ruang dah siap dipasang lampu dan kipas siling. Dah siap grill dan rail langsir kat pintu dan semua tingkap.
Suka! Suka!! Suka!!!
Tuan rumah pun nampak gayanya boleh bertolak ansur dan diorang beri kepercayaan pada kitorang untuk menjaga rumah tu. Insya Allah...
So, tadi, kitorang dah settle dengan tuan rumah dengan surat perjanjian sewa dan deposit. Dengan ini, kompomlah, kitorang akan menetap kat rumah ini. Insya Allah...
So, lepas ni, nak pikir nak menghias rumah pulak! Yey!
Suka! Suka!! Suka!!!
Tak sabarnya nak pindah masuk! \^*^/
You might also like...
|
|
|
4 comments :
Alhamdulillah.. akhirnya kan?? Julie, nak tanya, bese tuan rumah tu bagi tak kalo kita nak tukar warna cat sedia ada / nak cat baru? (kalo dinding tu tak pernah bercat sejak siap). Pastu dia bagi tak kalo kita nak tebuk dinding kalo nak letak frame gambar ke, gantung jam ke? Sbb kita nak sewakan rumah, tapi tak pasti T&C yg selalu tuan rumah bagi kat penyewa.. takut jugak rumah dirosakkan pulak nnti :)
Tuan rumah tu bagi kitorang cat rumah tu, asalkan cantik katanya. Tebuk lubang pun boleh asalkan tak sehingga merosakkan dinding dan struktur rumah. Yang penting, sebagai penyewa, kenalah pandai jaga harta orang, kan? Supaya akan datang tak jadi pada kite pulak kalau kite sewakan rumah pada orang... :)
Puan Maslina,
boleh rujuk pada terma-terma lengkap dalam contoh surat perjanjian di: http://khairunneezam.blogspot.com/search/label/dokumen%20perjanjian%20sewa%20rumah.
Kalau penyewa hendak mengubah apa2 dalam rumah yang disewanya, ia perlu mendapat persetujuan tuan rumah sekiranya ia difikirkan boleh mengubah apa-apa struktur fizikal rumah tersebut. Tuan rumah mempunyai hak untuk tidak membenarkan apa-apa bentuk perubahan jika ia difikirkan boleh menjejaskan kualiti dan struktur luaran/dalaman rumah. Namun begitu, setakat perubahan seperti mengecat, memaku dinding, pendawaian elektrik, pemasangan paip, merupakan sesuatu yang perlu diberi pertimbangan sebaiknya oleh tuan rumah, lantaran penyewa juga mempunyai ruang untuk menghias, menambah baik, mengubah suai (dalam terma 'minor') mengikut citarasa dan keperluan mereka. Asalkan, apabila penyewa menamatkan tempoh sewa dan berpindah keluar dari rumah, penyewa perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara keadaan rumah yang telah 'diubahsuai' seperti mana mereka keadaan semasa mereka mula mendapat kunci rumah tersebut dahulu.
Yang penting, tuan rumah perlu memastikan semua terma-terma sebegini dimasukkan dalam surat perjanjian antara tuan rumah dan penyewa rumah. Ia perlu juga bersifat adil dan saksama, serta memenuhi konsep 'win-win situation'. Dengan cara ini sebarang dispute boleh diselesaikan dengan mudah pada masa hadapan dan andai timbul sebarang permasalahan dan perlu diselesaikan melalui saluran perundangan, maka dokumen perjanjian sewaan rumah itu akan menjadi rujukan terbaik untuk penyelesaian.
betul... betul... betul!!! :)
Post a Comment