♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, December 14, 2010

"House for rent" pleaseeeee!!! - part ii

Ok, sambung cerita semalam...

Minggu seterusnya tu, enche Neezam tingkatkan lagi usaha mencari rumah sewa melalui internet. Habis google map dan google earth enche Neezam buka sama untuk mengenalpasti kawasan-kawasan lain yang dekat dengan Nilai.

Dari kawasan Nilai ke kawasan Salak Tinggi ke kawasan Labu dan seterusnya. Enche Neezam cari satu persatu kawasan dan taman dan google rumah sewa. Makin lama pencarian rumah sewa enche Neezam, makin jauh kawasannya dari Nilai. Dari situ, enche Neezam jumpa jugak dua tiga buah rumah yang masih available untuk disewakan.

Tetiba... entah macam mana... enche Neezam terjumpa banyak sangat rumah sewa kat satu kawasan ni menerusi www.mudah.com.my. Enche Neezam jumpa lebih dari 10 buah rumah untuk disewakan kat kawasan tu! Dan setiap rumah yang diiklankan tu siap ada gambar lagi. Semuanya sama jer...

Bila tengok kat google, rupa-rupanya kawasan Nusari Bayu kat Sendayan tu ialah kawasan perumahan baru. Kat google map pun masih tak der lagi tanda Nusari tu.

Apa lagi... enche Neezam terus contact tuan-tuan rumah yang nak menyewakan rumah-rumah diorang dan semua rumah-rumah tersebut still available! Alhamdulillah... Dan yang paling best, rumah tu ialah rumah teres 1 tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan rate sewa rumah diorang antara RM250 ke RM350 sahaja!

Cuma masalahnya, kawasan tu agak jauh dari Nilai. So kalau jadi duduk kat sana, enche Neezam terpaksa menghabiskan lebih dari setengah jam waktu perjalanan ke tempat kerja. Tapi enche Neezam kata tak per dan tu bukan masalah besar bagi dia. Dan yang penting kitorang nak tengok dulu rumah tu macam mana.

Enche Neezam contact dengan semua tuan rumah dan berjanji nak jumpa diorang dan tengok rumah hujung minggu tu. Hmmm... pada masa itu, barulah aku sedar bahawa mencari rumah sewa melalui internet adalah lebih praktikal pada masa sekarang ni... Huhuhu...

So, hujung minggu yang lepas, kitorang ke Seremban pulak untuk tengok rumah-rumah tu. Dan seperti minggu yang lepas, aku still expect yang urusan mencari rumah sewa ni akan selesai sebelum petang dan masih menyimpan angan-angan untuk shopping kat Jusco Seremban 2. Huhuhu... kebetulan hari Sabtu yang lepas merupakan wedding anniversary kitorang yang ke-5 tahun. So, pada hari yang special tu, aku harap adalah rezeki untuk kitorang dapatkan rumah sewa pada hari itu. Amin...

Lebih kurang jam 11 pagi kitorang masuk dari tol Seremban dan terus ikut anak panah ke Sendayan. Sepanjang jalan tu, aku tengok kat kiri kanan jalan banyak sangat kawasan yang dah diratakan untuk pembangunan kawasan perumahan baru. Lebih kurang 15 minit perjalanan, kitorang tiba kat kawasan Nusari Bayu.

~Taman Nusari Bayu~

Dari jauh dah nampak kawasan perumahan Nusari Bayu ni. Cantik dan nyaman! Kat sebelah kawasan tu ada bukit yang dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit dan sebelah simpang nak masuk ke kawasan perumahan tu ada ladang anggur, ada tasik dan kawasan beriadah. Aku suka environment kat situ. Terasa nyaman sangat! Terus jatuh hati pandang pertama kat tempat tu. Hehehe...

~Saujana mata memandang. Siap ada lembu-lembu melepak lagi. Huhuhu...~

~Ladang anggur Sendayan~

~Kawasan tasik dan beriadah~

Memang betullah yang kawasan rumah tu adalah kawasan rumah baru. Banyak sangat rumah-rumah yang masih kosong tapi banyak jugak rumah yang dah berpenghuni. Tak kurang jugak rumah-rumah yang sedang buat renovation.

Memandangkan kitorang tiba awal dan waktu untuk berjumpa dengan tuan-tuan rumah tu belum tiba lagi, kitorang pun dok pusing-pusing sekitar kawasan Nusari Bayu tu. Kat sana ada banyak sangat iklan rumah untuk disewa diletakkan depan rumah masing-masing. Sampaikan kitorang jadi rambang mata, tak tau nak pilih yang mana! Huhuhu...

Aku try call jugak nombor-nombor yang diiklankan tu. Just nak tau rate jer. Rata-rata sewa RM250 - RM350.

Masuk pukul 12 lebih, kitorang jumpa dengan beberapa tuan rumah yang kitorang janji nak jumpa tu. Dapatlah masuk dan tengok-tengok keadaan di dalam rumah. Walaupun layout rumah semuanya sama, spec kat dalam rumah berlainan sikit. Ada rumah yang dah siap kipas siling, ada yang tiada; ada yang siap pasang awning, ada yang tiada; ada yang dah siap grill, ada yang tiada; ada yang dah buat renovation dalam rumah tapi kebanyakkannya masih layout asal.

Hmmm... bila dah banyak sangat rumah yang boleh dipilih, jadi pening jugak nak pilih yang mana satu kan? Ada rumah yang dah berpagar tapi tak der rail langsir, ada yang ada rail langsir tak der pagar, lebih kurang macam tu lah...

Bila dah habis jumpa dengan tuan-tuan rumah tu, kitorang pusing-pusing lagi kat kawasan tu. Tetiba jumpa dengan sebuah rumah ni, ada iklan untuk disewa kat depan rumah tu. Aku macam tertarik jer dengan rumah tu sebab lokasi rumah tu yang strategik. Rumah tu tak berhadapan betul dengan rumah orang. Ada selang 3 buah jalan baru ada depan rumah orang. Maksud aku, jalan depan rumah tak berkongsi dengan rumah yang berhadapan. Aku suka!

Aku pun try call nombor rumah yang ada depan rumah tu. Tuan rumah tu kata rumah tu still available dan rate dia pun sama jugak dengan rumah-rumah yang lain. Dan best lagi, hanya rumah tu ajer yang dah siap dengan kipas siling di ruang tamu dan di ketiga-tiga bilik tidur! Dah siap berpagar pintu depan dan belakang serta tingkap dan lengkap dengan rail langsir pada semua tingkap! Suka! Suka!! Suka!!!

Waktu tu jugak jugak aku berbincang dengan enche Neezam dan terus compomkan dengan tuan rumah yang kitorang setuju nak menyewa rumah tu!

Alhamdulillah... syukur! Setelah bersusah payah, akhirnya dapat jugak rumah yang perfect! Sangat perfect bagi kitorang! Lokasi dia pun ok. Senang nak cari. Tak mengadap betul dengan rumah orang dan ada tadika dan play park tak jauh dari rumah.

~Rumah yang bakal kami duduki... insya Allah...~

~Jalan tak berkongsi dengan rumah hadapan~

~Play park berdekatan dengan rumah. Niesreena dan Naufal mesti suka! :)~

Kitorang suka sangat dengan rumah tu!!! Alhamdulillah... syukur sangat!

Dan alhamdulillah... seperti yang aku jangkakan, urusan mencari rumah sewa selesai lebih kurang pukul 3 petang. So, kali ni dapatlah ke Jusco Seremban 2. Huhuhu... Dapatlah beli 'upah' kat babysitter-babysitter kat rumah; sekotak Big Apple dan sekotak sushi! Yummy!

Insya Allah, dalam bulan ni kitorang akan selesaikan urusan sewa rumah pulak; nak jumpa tuan rumah, nak bayar deposit, nak ambil kunci, nak membersihkan rumah dan nak pindah masuk! Yippie! Seronoknya! Tak sabar rasanya =)

~Juliet le sweetheart; seronok bila selesai urusan sewa rumah~

~Enche Neezam; penat dan lega... Love you soooo much, abang!~

19 comments :

fadillah said...

alhamdulillah..akhirnya..berhasil jua pencarian rumah sewa...tahniahh!

*juliet le sweetheart said...

ye... alhamdulillah...

Fiza Hamfizah said...

alhamdulillah..dpt gak umah akhirnya...mmg zaman skrg guna internet senang..kami pun cari rumah utk dibeli guna mudah.com tu gak 4bln lps, tapi last2 beli umah baru jugak, yg org wat roadshow..sbb rumah yg dlm mudah tu, 2nd hand.klo utk sewa, xpe..mmg best rumah x ngadap rumah org, rumah sewa kami skrg ni pun ngadap padang bola n playground..tiap2 petang lps blk dr keje, hmzh bw hakim ke playground tu..bukan main excited dia main buai...he3

*juliet le sweetheart said...

insya Allah, kitorang pun nak cari rumah dalam masa setahun dua ni tapi kalau boleh nak cari kat Nilai lah... baik cari rumah baru.. lagi puas hati dari rumah second hand... :)

nita said...

alhamdulillah..selamat duk rumah baru :)

*juliet le sweetheart said...

tq nita! nanti kena datang borak selalu macam kat sana k! pot luck! hehehehe...

Zura said...

akhirnya jumpa umah sewa...selamat berpindah...

*juliet le sweetheart said...

Tq zu... =)

An kecik said...

syukur...dapat gak rumah..nampak cantik! nanti buat kenduri kesyukuran jemput2 la saya ni ha...cik jue...

*juliet le sweetheart said...

Insya Allah, an...

Rose fauzi said...

alhamdulillah dapat gak umah...sana punya suasana mmg ok julie..kawasan pun baru lagi...

*juliet le sweetheart said...

tu lah... dekat tak dengan rumah kak ros? nanti kalau datang seremban, bleh lah singgah rumah kitorang...

Mrs Hairil said...

julie cantkler rumah yg julie dpt tu=)

*juliet le sweetheart said...

ye alhamdulillah... kawasan rumah baru, memang nampak cantik... :)

Sri Lavender said...

best2...selamat duduk umah baru yea....

*juliet le sweetheart said...

Tq semua! Kalau ke seremban, jemputlah singgah ke sendayan yer...

Asra Zaliza said...

Julie!! dekat sgt ngan umah pakcik kita!! mmg selalu gie Sendayan tu.. tmpt bercuti mse kecil2 dlu.. yey! leh singgh umah korang mkan durian! :D

*juliet le sweetheart said...

waaaa... durian? banyak ker kat sini? best! best! nanti korang mesti datang sini tau...

zul said...

sekarang masih tinggal kat situ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top