Hari ni dah masuk hari kesepuluh tahun baru mengikut kalendar Islam dan ini bermaksud hari ni ialah hari Asyura.
So, hari ni aku nak berkongsi serba sedikit tentang hari Asyura ni dengan semua kengkawan dan pembaca blog aku. Semua sumber dalam post aku hari ini aku dapat dari pelbagai sumber kat internet ni.
Semoga post kali ni dapat memberi sedikit pengetahuan dan peringatan serta manfaat kepada kita semua... Insya Allah... :)
Keistimewaan Hari Asyura
Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang paling bersejarah dalam diari umat islam, iaitu hari ‘Asyura. Hari Asyura pada tahun ini jatuh pada 16 Disember 2010.
Rasulullah SAW menyarankan agar umatnya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai kebajikan pada hari ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith : “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Tasua’) dan kesepuluh (‘Asyura).” (Hadith Riwayat Muslim)
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang puasa hari ‘Asyura : “Ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Muslim).
Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasulNya. Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini adalah :
* Penciptaan Nabi Adam AS
* Bahtera Nabi Nuh tersadai di atas Bukit Al-Judi
* Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim AS daripada api yang membakarnya
* Allah SWT melepaskan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS daripada Firaun dan Haman
* Allah SWT membelah laut untuk nabi musa dan menenggelamkan Firaun beserta bala tenteranya
* Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan nun setelah sekian lama ditelan ikan tersebut
* Allah SWT mengeluarkan Nabi Yusof AS daripada telaga yang dalam
* Allah SWT mengembalikan penglihatan Nabi Ya’qub AS
* Allah SWT menganugerahkan kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS
* Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayub AS
* Allah SWT mengangkat Nabi Idris AS dan Nabi Isa AS ke langit
Selain daripada peristiwa-peristiwa ini, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang menunjukkan betapa istimewanya hari ‘Asyura ini.
Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
1. Melapangkan masa dan berbelanja untuk keluarga. Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan kemarahan. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjuk jalan yang lurus kepada orang yang telah sesat iman dan akidahnya. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya dari neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) sepanjang tahun itu.
Lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata sepanjang tahun itu.
10. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas sebanyak sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Berpuasa. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Lafaz niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Wallahualam...
Dulu, kat rumah famili aku kat Setapak, ada juga jiran-jiran yang rajin buat bubur Asyura pada 10 Muharram ni. Surau pun ada buat gotong royong masak bubur Asyura. Jiran-jiran pun rajin bersedekah dan berkongsi bubur Asyura pada hari ni. So, macam-macam jenis dan rupa bubur Asyura yang kitorang terima.
Korang pernah makan bubur Asyura tak?
Bubur Asyura ni ada banyak version. Biasanya berbeza mengikut negeri dan citarasa. Ada yang bentuk dia macam bubur dan ada jugak yang bentuk dia macam kuih talam. Ada yang manis, ada yang berlemak dan ada jugak yang berempah. Dan aku lebih suka bubur Asyura berlemak dan berempah dalam bentuk bubur. Macam bubur lambuk. Yummie!
Kelainan bubur Asyura ni daripada bubur nasi atau bubur lambuk adalah special ingredients dia. Ingredient utama dalam bubur Asyura yang aku maksudkan ni ialah kekacang. Ada macam-macam jenis kacang dalam bubur tu. Ada kacang dal, kacang kuda, kacang tanah, kacang soya, kacang merah dan macam-macam jenis kacang lagi. Selain kekacang ada juga dicampurkan dengan ayam dan sayuran. Sedap!
Ini antara rupa bubur Asyura yang aku sempat google. Mintak halal yer tuan punyer gambar... :)
~Bubur Asyura dalam bentuk bubur. Nampak menyelerakan kan?~
~Ni pulak bubur Asyura macam kuih talam. Biasanya yang bentuk macam ni rasanya manis.~
Aku tak berkesempatan lagi nak try buat bubur Asyura ni. Insya Allah, kalau ada rezeki aku nak try. Nanti bila dah buat, aku tepek resepi dan gambar kat sini yer kengkawan!
Kalau sesiapa berminat nak tau tentang asal usul bubur Asyura ni, bolehlah baca kat sini.
Kepada kengkawan yang berpuasa hari ni, selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa!
You might also like...
|
|
|
4 comments :
terliur pulak fadh tgk bubur tu.. nyum nyum..
oo yg macam kuih talam tu pun pggl bubur asyura ye...macam penah makan masa tadika dulu...tapi ingat2 lupa nih... (30-4=26 tahun lepas..muahaa)
Afadh... akak pun sama... huhuhu...
Suzi, lama tu... ;p
Post a Comment