~Cikgu Julie ;p~
Semalam merupakan hari terakhir aku berkhidmat SMCC. Aku terpaksa meletakkan jawatan seminggu lebih awal daripada tarikh terakhir aku sepatutnya berkhidmat. Kelmarin aku dah hantar surat perletakan jawatan aku sebagai KGSK kepada Puan Pengetua. Dan pagi semalam baru aku sempat jumpa dia. Dia terima perletakan jawatan aku dan mengucapkan semoga aku berjaya.
So, sebelum aku meninggalkan sekolah, aku sempat menyiapkan beberapa kerja. Yelah... takkan nak tinggalkan gitu jer kan? Tak sedaplah pulak...
Sempatlah jugak aku kemaskini markah-markah sukantara dan acara akhir hari sukan, memandangkan aku ialah penyelaras markah pada hari sukan nanti; kemaskini rekod bacaan NILAM pelajar-pelajar aku; kemaskini SMM kelas aku dan macam-macam kerja lagi.
Kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu tingkatan 1 pun sempat aku siapkan dan simpan ke dalam almari keselamatan. Yang aku tak sempat ialah menanda sebahagian besar buku-buku pelajar-pelajar aku. Huhuhu... tak larat lah! Biarlah cikgu yang seterusnya nanti yang menanda yer... huhuhu...
So, melangkah keluar untuk kali terakhir, sempat jugaklah aku berjumpa dan bermaaf-maafan dengan guru-guru dan kakitangan SMCC. Ye... terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pengalaman selama sebulan lebih aku berkhidmat di sini... :)
Selama aku menjadi GSTT dan guru KGSK ni, aku berpengalaman mengajar 3 buah sekolah yang berlainan kategori. Aku pernah mengajar sekolah menengah campur + teknik, sekolah rendah dan yang terakhir ni sekolah perempuan sahaja. Ketiga-tiga sekolah ni banyak memberikan aku pengalaman mengajar yang berbeza-beza.Kalau dulu, ramai yang menyangka yang kerja guru ni adalah satu tugas yang mudah. Deal dengan budak-budak, kerja separuh hari, banyak cuti! Tapi sebenarnya, tugas mendidik anak bangsa ni bukanlah satu tugas yang mudah. Kena banyak sangat bersabar dengan budak-budak, kena pandai mengacu dan membentuk diorang, kena cari 'suis' untuk membuka mata dan minda diorang! Sangat susah! Dari pra sekolah hinggalah ke sekolah menengah, semuanya dengan perangai, ragam dan dugaan yang berbeza-beza! Lebih-lebih lagi budak-budak zaman sekarang ni, bukan boleh ditegur apatah lagi disentuh. Silap-silap cikgu pulak yang kena saman! Huhuhu...
Insya Allah... lepas ni aku tak kan mengadap budak-budak sekolah lagi! Tak kan membahasakan diri aku 'cikgu' lagi! Tak kan berpening-pening nak cari bahan mengajar lagi! Selamat tinggal semua tu! Muahahhahaha...
Insya Allah beberapa hari lagi aku akan berdepan pulak dengan cabaran dan persekitaran kerja yang baru. Aku harap, inilah yang terbaik untuk aku.
Chaiyok Julie!!!
You might also like...
|
|
|
No comments :
Post a Comment