♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, July 8, 2010

Dinner @ Alamaro

Alamaro ni satu-satunya restoran steak kegemaran kitorang kat sini. Malam ni, malam terakhirlah kitorang dinner kat sini sebelum kitorang balik ke Malaysia.

Kononnya, enche Neezam nak bawak aku dinner kat sini masa malam birthday aku yang lepas tapi tetiba ada surprise birthday party plak untuk aku. Hehehe... memang best! So, malam ni kitorang lepaskan hajat dinner kat sini... untuk keakhir kalinya... huhuhu...

~Happy dan lapar! Hehehe... Bersabar menunggu makanan~

~Naufal hampir kebosanan menunggu makanan tiba~

~My favorite! Steak deavola... yummie...~

~Enche Neezam's favorite, luxurious steak seafood~

~Niesreena's favorite, juicy spaghetti bolognese. Dak comot!~

Sedapnya... burrrrrpppp... alhamdulillah...

You might also like...

1
Pizza time!
.
1
Apa lagi...
Esteller ler!!!
1
Lepas hajat
.

Wednesday, July 7, 2010

Doctor O' Brien

Lebih kurang sebulan yang lepas, beberapa hari lepas enche Neezam decide untuk jual ferari merah tu, tetiba suatu tragedi berlaku terhadap kereta kesayangan kitorang tu. Uish... tragedilah sangat! Hehehe...

Masa tu kitorang kat Hume highway. Kereta tak lah laju sangat. Tetiba dari belah kiri, satu batu melantun ke arah cermin kereta! Bam!!!! Terkejut kitorang dibuatnya. Batu tu betul-betul melantun kat cermin depan atas belah kanan dan retak!

Adddoooooiiiiiii... geram betul!

Tapi apa-apa pun, kitorang tetap bersyukur sebab cermin cuma retak sikit jer dan tak retak semua, macam kitorang pernah kena kat Nilai dulu. Cuak sangat!!!

So, hari ni enche Neezam panggil doktor O'Brien untuk datang merawat kereta kitorang tu. O'Brien ni company yang membaiki kerosakkan cermin kereta. So, kalau cermin retak, diorang bolehlah kurangkan kesan retakkan tu.

Inilah kesan retakkan tu. Tak besar pun. Kecik jer... Macam duit 5 sen.

SEBELUM

SELEPAS

Hmmmm... tak lah nampak hilang sangat kan? Kalau kat iklan dia, memang almost visible! Tipu betul! Tapi kesan retakkan yang halus-halus tu memang dah tak der lah. Dan yang bagusnya. Kalau tetiba cermin kereta ni retak untuk kali kedua, O'Brien akan baiki foc with whole life warranty!

Tuesday, July 6, 2010

Kereta kecil, warna merah

Insya Allah kereta kecil, warna merah kitorang akan mempunyai tuan baru minggu hadapan. Last weekend, ada pembeli yang berminat untuk membeli ferari merah kitorang ni dan semalam memang diorang comform nak. Alhamdulillah...

Kitorang sayang sangat dengan kereta kecil kitorang ni. Sepanjang 2 tahun lebih kitorang pakai kereta ni, tak pernah langsung meragam. Kitorang tak pernah keluar duit beratus-ratus untuk membaiki kereta. Bersyukur sangat!

Hmmmm... sedih nak jual kereta ni sebenarnya... tapi apa kan daya... tak kan nak bawak balik Malaysia pulak kot...? :p

back to top