♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, July 7, 2010

Doctor O' Brien

Lebih kurang sebulan yang lepas, beberapa hari lepas enche Neezam decide untuk jual ferari merah tu, tetiba suatu tragedi berlaku terhadap kereta kesayangan kitorang tu. Uish... tragedilah sangat! Hehehe...

Masa tu kitorang kat Hume highway. Kereta tak lah laju sangat. Tetiba dari belah kiri, satu batu melantun ke arah cermin kereta! Bam!!!! Terkejut kitorang dibuatnya. Batu tu betul-betul melantun kat cermin depan atas belah kanan dan retak!

Adddoooooiiiiiii... geram betul!

Tapi apa-apa pun, kitorang tetap bersyukur sebab cermin cuma retak sikit jer dan tak retak semua, macam kitorang pernah kena kat Nilai dulu. Cuak sangat!!!

So, hari ni enche Neezam panggil doktor O'Brien untuk datang merawat kereta kitorang tu. O'Brien ni company yang membaiki kerosakkan cermin kereta. So, kalau cermin retak, diorang bolehlah kurangkan kesan retakkan tu.

Inilah kesan retakkan tu. Tak besar pun. Kecik jer... Macam duit 5 sen.

SEBELUM

SELEPAS

Hmmmm... tak lah nampak hilang sangat kan? Kalau kat iklan dia, memang almost visible! Tipu betul! Tapi kesan retakkan yang halus-halus tu memang dah tak der lah. Dan yang bagusnya. Kalau tetiba cermin kereta ni retak untuk kali kedua, O'Brien akan baiki foc with whole life warranty!

No comments :

back to top