♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 4, 2010

Hitam putih kehidupan

Malam tadi, kitorang menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Malaysian Student Association (MSA) La Trobe University. Tema makan malam ialah hitam dan putih atau malam tadi diorang sebut tema 'taik cicak'! Eeeeeeyuuuuuu... ;p Hehehe... Walaupun bertemakan 'taik cicak', tapi ramai jer yang tampil vogue dengan pakaian masing-masing! :)

Majlis malam tadi jugak merupakan majlis bagi meraikan kengkawan yang bakal terbang pulang ke tanahair. Back for good! Dan kitorang sekeluarga merupakan antara tetamu yang diraikan malam tadi selain Hamzah dan Fiza sekeluarga, Faliq, Diana, Zulfa, Fiza, Baya, Mila dan Mahathir, Nawawi dan Nora sekeluarga dan ramai lagi. Semuanya bakal pulang ke tanahair dalam masa terdekat ni. Insya Allah...

Selain makan-makan, ada banyak lagi aktiviti malam tadi. Ada persembahan nyanyian daripada kengkawan yang sangat sporting, ada tarian hip hop dari The Fatins, ada cabutan bertuah, anugerah pakaian terbaik dan ada juga sessi karaoke! Makanan pun sangat sedap! Terutamanya popia goreng. Mengancam!

Dinner MSA kali ni ialah kali kedua aku join dan kali ketiga untuk enche Neezam sebab last year aku balik Malaysia, enche Neezam stay. Last year enche Neezam siap buat persembahan lagi. Berlakon jadi si Tanggang moden. Memang best! Pastu siap dapat cabutan bertuah dan menang best dress lagi! Kemain!

Tahun ni, enche Neezam tak wat aper-aper persembahan pun, cuma tolong bacakan doa jer. Oh ya... enche Neezam jugak menang tempat ketiga dalam pertandingan mencipta logo MSA. Tahniah! Hehehe...

Aku jadi sayu dan sedih sangat bila diorang siarkan powerpoint yang dipenuhi gambar-gambar kenangan kitorang yang nak balik ni. Memang sedih sangat! Sempatlah mengalir air mata aku. Walaupun telah sedaya upaya untuk menahan air mata tapi tetap tak berjaya. Sedih pulak... Banyak betul kenangan kat sini... :( Perasaan bercampur baur sekarang ni; gembira sangat sebab nak balik Malaysia, tapi pada masa yang sama sedih sangat nak tinggalkan Melbourne! Terutamanya kengkawan yang dah aku anggap macam keluarga aku sendiri. :(

Ooooopppp! Ok! Ok! Dah sedih! Malas nak cerita cerita sedih-sayu-pilu dan sewaktu dengannya sekarang ni... Kiter layan gambar-gambar malam tadi dulu yer... :)

~Malam hitam putih kehidupan 2010~

~Enche Neezam menerima hadiah menang tempat ketiga pertandingan mencipta logo MSA LTU~

~Enche Neezam membacakan doa~

~Keluargaku~

~The youngest Fatins, Mila, with my little princess, Niesreena~

~Naufal boleh demam pulak malam tadi. Rupa-rupanya ada 7 batang giginya nak tumbuh serentak! Sian anak mama! Tengoklah muka Naufal tu, tak bermaya jer~

~Aku dan enche Neezam bersama-sama Asra, Wadi dan little Marissa. Marissa menang best dress untuk kategori puteri. Memang comel dan bergaya sangat!~

~Bersama Nita dan Rina~

~Kak Amy, juliet le sweetheart dan kak Tasha. Kiter jumpa lagi kat USIM nanti yer... :)~

~Enche Neezam bersama-sama Arman dan Hamzah dengan heronya, Hakim~

~Rakan sebaya... hehehe... aku dan cikgu Ain~

~Dari kiri: Awin, kak Tasha, kak Faridah, kak Gee, aku dan Naufal, kak Shidah, kak Azwan dan kak Farizal. *wajib tulis nama. Takut jumpa lagi beberapa tahun akan datang tak ingat nama plak kan. Heheheh... boleh rujuk kat sini semula. Jangan marah aaaa... ;p~

~Nawawi, bro Jai, Mahathir, enche Neezam dan bro Syafique~

~Bro Rizal dan enche Neezam~

~Aku dan Dr. Rafidah~

~Enche Neezam bersama-sama Baya dan little Marissa~

~Kak Fadz bersama Faliq yang cuuuunnnn sangat!~

~Enche Neezam, kak Amy, kak Nani, kak Fadz dan Umi~

~Enche Neezam diapit oleh Mila dan Mahathir~

~Me and my love~

~Sessi karok!~

Tahniah buat semua ajk Malam Hitam Putih Kehidupan 2010 kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang meriah, ceria dan vogue da vass!!!

2 comments :

Anonymous said...

ewah, dlm tak sihat tu pegi dinner berseri2 aje. :P

Juliet Le Sweetheart said...

hehe.. susah i tacap hidung bg hilang merah tau ;)

back to top