♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, July 3, 2010

Surprise!!!!!!!! Happy birthday to you!

Ok! Sambungan post yang lepas. Pasal birthday aku lagi! Yup! Tak habis cerita lagi! ;p Sila jangan bosan! This is the best part! Hehehe...

Sesampainya di rumah, kitorang solat Asar dan berehat sekejap. Lepas solat Maghrib, kitorang keluar lagi. Plan kitorang *sepatutnya plan aku dan enche Neezam sama, tapi rupanya tanggapan aku meleset!* nak gi dinner kat Alamaro. Kononnya nak pekena steak deavola kegemaranku. Tapi sebelum ke Alamaro, enche Neezam kata nak ke rumah Hairil dan Isma dulu sebab nak ambil barang.

Dalam perjalanan ke rumah diorang, enche Neezam tanya aku, "nak makan apa malam ni?". Enche Neezam siap kata nak mintak special treat kat Alamaro tu memandangkan itu adalah dinner terakhir kitorang kat sana. Yo lah tu!!!

Sampai kat rumah Hairil dan Isma, enche Neezam suruh aku jer naik ke rumah diorang, ambil barang. Enche Neezam tunggu dalam kereta jer. *Konon!* Dalam perjalanan naik ke rumah diorang tu, aku ternampak sebiji Nimbus biru, sebijiiiiiiik macam kereta Cik Din, kat parking lot! Dalam hati aku, "eh ada orang kat sini beli kereta macam Cik Din". Ye lah... sebelum ni, berpuluh-puluh kali aku ke rumah diorang, tak pernah nampak pun Nimbus biru tu. Huhuhu...

Sampai jer pintu rumah diorang, aku pun cam biasa, ketuk dan bagi salam. Bila pintu dibuka jer.....

Surprise!!!!

Happy Birthday to you!
Happy Birthday to you!
Happy Birthday to Julieeeeeeee!
Happy Birthday to you!

Ya Allah!!!!! Aku sangat-sangat-sangat-sangat terkejut!!! Sampai tak terkata! Errr... mungkin ada yang aku kata kot, tapi tak ingat apa. Hehehe...

Ramainya orang dalam rumah, selain tuan rumah, ada famili Nita, famili kak Jumee, famili kak June dan famili Cik Din! Rupa-rupanya kereta yang aku nampak tadi tu, memang kereta Cik Din pun! Chet! ;p

Masa diorang ramai-ramai tengah nyanyikan lagi birthday untuk aku, enche Neezam sampai bersama-sama Niesreena dan Naufal. Muka enche Neezam bukan main lebaq senyum! Obviously, enche Neezam sangat gumbira kerana plannya menjadi!!!

Ya Allah! Aku sangat terkejut, gembira dan terharu sangat! Aku sangat tak sangka dan tak dapat hidu pun plan diorang ni! Memang diorang sangat pandai menyimpan rahsia.

Dan pada malam itu, aku dapat makan makanan-makanan yang lebih sedap daripada steak deavola di Alamaro! Isma, Nita dan kak Jun bersusah payah menyiapkan juadah nasi kerabu yang sangat sedap! Selain tu ada mee goreng dan baklava kak Gee dan macam-macam lagilah. Tambah special lagi dengan adanya dua kek air tangan kakak-kakakku; kak Gee dan kak Jumee. Oh! Aku sangat terharu! :')

~Muka happy+terkejut!~

~Kek dua tingkat tu... jangan jeles! Special dari kak Gee! Tq kak Gee!~

~Special kek dari kak Jumee. Siap pakai nama penaku lagi! First time! Tq kak Jumee!~

~Sessi potong kek~

~Eche Neezam siap bersusah payah buat backdrop lagi dan kengkawan pulak bersusah payah menampalnya... sangat terharu!~

~Lengkapkan majlis dengan membaca doa~

~Penuh istana Isma dan Hairil :)~

~The Gentleman; semua masam jer kecuali Hairil... ;p~

~The Ladies~

~The juniors~

~Kak Jumee dan Kak Gee; kakak-kakakku yang rajin di dapur~

~Kak Jun dan Nita; sudi juga luangkan masa walaupun tengah bz study~

~Kitorang bersama Isma de tuan rumah~

~Niesreena also enjoy the day!~

Alhamdulillah... aku happy dan enjoy sangat hari ni! Inilah hari jadi yang paling best sepanjang 30 tahun aku hidup. Bersyukur sangat kerana dikurniakan kengkawan yang supper dupper sporting!

Terima kasih buat Isma dan Hairil, Kak Gee dan Cik Din sekeluarga, Kak Jumee dan abang Ashraf sekeluarga, Nita dan Zaf sekeluarga dan Kak June dan heronya, kerana telah membantu enche Neezam dan bersusah payah dalam menjayakan majlis ni. Julie sangat terharu!

Dan buat abang,

terima kasih kerana membuatkan tarikh yang bermakna ni lebih bermakna. Terima kasih atas segala kejutan. Terima kasih atas segala susah payah. I love you so much!!!

Bersyukur sangat dikurniakan suami yang sangat romantik dan memahami. Alhamdulillah... syukur...

No comments :

back to top