♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 19, 2010

Pizza time!

Hari ni aku belanja enche Neezam, Niesreena dan Naufal makan pizza! Siap bagitau lagi aku belanja ek... hehehhe...

Nak tau satu rahsia?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebenarnya...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hari ni aku malas masak... hehehhe... Tu yang tiba-tiba terbisik kat enche Neezam, "nak makan pizza tak? Sayang belanja," Hehehe... So, dapur hari ni memang tak berasap!

Banyak-banyak kedai pizza kat sini, aku suka pizza kat The Mall, sebab doh dia sedap dan topping dia pun best. Dan yang lagi best, kalau nak extra topping, tak kena extra charge pun. Sangat bagus kan...

Biasanya kitorang akan order 2 large pizza dan topping favorite kitorang ialah Hawaiian dan The Lot. Dan biasanya, makan sekali hadap, memang tak pernah habis! Sebab besar sangat! Esoknya yang baki tu akan dibuat breakfast. Senang kerja aku. Hehehe...

~Our favorite Hawaiian pizza~

~Another of our favorites, The Lot! Macam-macam ada kat topping tu... yummeh bebeh!~

~Naufal menunggu untuk makan dengan penuh kesabaran... hehehe...~

~Kakak Niesreena pun suka makan pizza~

~Nyum... nyum... pandai kakak Niesreena makan~

~Naufal makan salami jer~

~Dohnya nipis jer, toppingnyer olalaaaaaa... mewah...~

Erk... alhamdulillah... kenyang... ;p

Balik Malaysia nanti, aku pasti akan merindui pizza ni. Dohnya nipis dan toppingnya mewah. Puas hati sangat! Kalau kat Pizza Hut atau Shakey's, rotinya tebal sangat dan topping pun lebih kurang jer. Tapi ada orang kata, pizza kat Dominos, thin crust. Betul ker? Tak pernah cuba pulak Dominos Pizza kat Malaysia. Hmmmm... balik ni nanti bolehlah cuba kan... :)

6 comments :

DiLLaiLa said...

kak julie..The Mall katne ek?hihi byk lagi tempat xtau ni.. =p

*juliet le sweetheart said...

The Mall ni kat Bell St, Heidelberg West... tak der apa yang menarik pun kat situ kecuali kedai pizza ni. hehehhe...

DiLLaiLa said...

owhh yang macam shopping center tu kan?kat situ ada Sara Lee tu ke?
nama kedainye kak?(soalan bertalu2) hahaha...

The Queen Bee said...

wowieee sedappnyee pizzaaa

*juliet le sweetheart said...

dilla, akak tak tau lah kedai Sara Lee tu kat mana. TApi pernah dengarlah kat area2 situ. Kedai pizza tu sederet dengan restaurant Subway, sebelah Subway ada kedai sewa dvd, pastu pusat tekwandoo. nama kedai tu the mall pizza. owner dan pekerja dia orang somali.

*juliet le sweetheart said...

memang yummeh!!! hehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top