♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 13, 2010

Besar punya!

Hear ye! Hear ye!

Wahai warga Melbourne sekalian!

Ini berita yang sangat penting!

World kichen tengah sale! Sale! Sale!

Kalau korang berminat dengan barangan

bolehlah serbu World Kichen sekarang!

Corningware 40% OFF, Pyrex Up to 30% OFF, Corelle Up to 20% OFF, Bakers Secret 30% OFF and much more!

Sales until 28th March 2010

* * * * *

Hahaha! Promote baaaaaeeeekkkk punyer kan? Mesti korang ingat aku ni ejen World Kichen kan. Tidak! Tidak! Aku bukan ejen ke hapa. Owner apatah lagi. Hahahhaha... Sajer jer... nak ajak korang ikut jejak langkah 'kitorang'. ;p

Seperti yang telah lamaaaaa dirancang *cewah! Siap rancang tu... dasyat tak? Huhuhu...* famili aku, famili Isma dan famili Nita, telah bersepakat dengan sehati lagi sejiwanya untuk menyerbu World Kichen hari ni. Ngeh ngeh ngeh...

Sampai jer kat DFO Essendon. Kitorang terus serbu ke World Kichen. Tak boleh nak singgah kedai-kedai lain dulu dah! Lebih-lebih lagi bila tengok ramai orang yang lalu lalang sebelah kitorang bawak Pyrex. Aku dah terbayang, mesti dah licin dah kedai tu... tinggal habuk jer! Hahahha..

Tak kan lah pulak kan ;p Bila sampai, sempatlah menarik nafas lega sebab banyak lagi set pinggan mangkuk dan segala mak nenek dirak-rak yang sepatutnya. Hahahaha...

Masa tengah dok pilih-pilih dan kira-kira budget, *hahaha... wajib kira! Takut terlebih budget!* satu persatu orang Melayu masuk ke kedai tu. Semua nak borong corelle.

Aku memula confuse gak. Corelle mana satulah yang aku nak borong? Aku tengok bunga dia banyak yang cantik-cantik. Tapi kebanyakkannya dah jadi hak milik kengkawan yang lain. Maksud aku, ramai kengkawan aku dah beli dulu. So, tak nak lah sama kan. Akhirnya, aku dan enche Neezam ambil keputusan untuk beli corelle callaway. Cantik jugak! So, set ni lah yang akan kitorang kumpul lepas ni. Lagipun corelle callaway ni banyak jugak saiz pinggan mangkuk dia yang lain. So, bolehlah beli sikit-sikit. Kumpul. Apa pendapat korang? Ok tak? Cantik tak?

~Corelle Callaway~

~@ World Kichen, Essendon~

~Ahli rombongan! Hehehe... Ni kitorang bergambar kat depan kedai Royal Doulton, berdepan dengan kedai World Kichen. Tak Belum mampu nak shopping kat Royal Doulton, so, bergambar jer lah dulu... :)~

~Terserempak dengan kak Jumie dan kak Faridah jugak! Ramai lagi sebenarnya... kalau nak listkan, panjang sangat!~

~Dah berbelanja besar, barulah berselera nak makan... aku berseleralah... enche Neezam tak tau lah berselera atau tak... $$$$$ terbang banyak tadi. Hehehe...~

~A little treat for little Niesreena for a being good girl sepanjang mama shopping tadi~

~Tapi baby Naufal pulak yang mengamuk tadi. Dah penat ngamuk, baru tidur...~

Dan hasilnya

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Penuh dua boot kereta!

Tadaaaaaaaa...

Oooooppppsss! Pembetulan! Bukan setakat dua boot kereta yer... Dalam kereta pun ada jugak!

~Seat belakang~

~Seat depan~

Bayangkanlah macam mana beta duduk dalam kereta sepanjang perjalanan balik. Mencabar sungguh! Tapi... suka! Hahahhahaha!

Selain beberapa set corelle callaway, aku dapat jugak beberapa kotak pyrex dan visions. Suka sangat! Tq abang! :) Ooooo... tak lupa jugak... dapat 2 free gift tadi. Best!!! Inilah antara barang-barang yang memenuhi boot-boot kereta. Bukan aku punya soranglah. Ini termasuklah Nita dan Isma punya.

Seronok berbelanja besar pagi tadi! Malamnya, makan besar pulak di Esteller. Apa lagi... pekena oxtail goreng *menu wajib!* dan pecal lele. Yummilicios!!!

Hari ni jugak 1st wedding anniversary Isma dan Hairil. Happy anniversary, korang! Semoga jodoh korang berkekalan hingga ke akhirat hendaknya dan berbahagia selalu! Amin...

16 comments :

faliq said...

gile banyak shopping.. huhu.. kagum2!!
saya lum mimpi lagi nak beli kitchenware.. sbb lum ada rumah dan tangga sendirik.. ;p

*juliet le sweetheart said...

faliq, barang² tu semua murah kat sini kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia. Tu yang kitorang borong sakan tu. baik faliq borong gak... hahahhahaa... sajer jer nak 'racun' kan... ;p

An said...

syoknya shopping!

*juliet le sweetheart said...

memang syokkkk!!! :)

mas said...

besnya shopping pinngang mangkukss....camaner nak bawak balik t???

*juliet le sweetheart said...

shopping... mana boleh tak best... hehehhehe... insya Allah, sewa kargo balik nanti.

Isma said...

Hahahahaha......Julie......mmg beeeesar punyaaaaaa!!!!!!!!

*juliet le sweetheart said...

isma, nasib baik kereta muat masuk semua barang2... hahahha...

Kak Jumee said...

ape nk kate kan...tuah badan..sekali dpt mmg BESAR punye!!!...seronok nengok gelagat korang belanja besar....hahaha...

*juliet le sweetheart said...

k jumee, lama simpan hajat untuk belanja BESAR tu kak jumee. tunggu diorang sale giler-giler. tu yang kitorang pun hampir 'giler' tu.. macam nak beli satu kedai jer... ;p

Nita said...

tapi bila kita dah beli2 tu..cam tak luak jer kedai tu :p

*juliet le sweetheart said...

dah tu toke dia asyik top-up jer balik barang. eh tapi nita... yang kat luar tu, pyrex aud$15 tu kan licin... nita dapat kotak terakhir kan... hehehehe... licinlah jugak tu... ;p

Isma said...

Kak Jumee;Alhamdulillah.....saya lgler......hubby pn besar.....hihihihi
Julie;Tuler pasai, sib baik blh letak bwh kaki gak,btw terima kasih byk2 ler kat korang.......banyak sgt dh tlg kami!
nita;Tu kena pi beli lgler......

*juliet le sweetheart said...

beli lagi... dapatkan free gift lagi!

Nita said...

hajat di hati nak beli lagi dan lagi dan lagi..tapi acc bank tak top up 2..duk diam2 je la :p

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

mmg harus diborong kan..its like 1/3 harga yg jual kat langkawi...i've got my complete set, so bigboss suh tutup mata & pekakkan telinga. yikess...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top