♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 17, 2010

Hitam Putih

Hari ni kitorang dijemput ke majlis makan-makan-makan dan makan lagi oleh resident #63 BarnesWay.

Tema hari ni ialah tema hitam dan putih. Ala-ala taik cicak gitu... Hahahhaa... Tapi semua tetamu anggun dan elegant dengan pakaian hitam putih masing-masing. Jangan main-main. Hitam tu kan menawan. =)

Majlis hari ni sebenarnya untuk 'menyambut kepulangan' cik Awin yang bakal pulang bercuti ke tanah air minggu depan. *Betul ke ayat aku ni?* Di samping itu jugak, diorang wat surprise sambutan hari lahir untuk Zulfa.

*Terima kasihlah kerana sudi menjemput kitorang. Kitorang memang suka makan... Hehehhe...*

~Cik Awin sibuk mencucuk lilin~

~Bacaan doa oleh ostad Hairil~

~Surprise! Happy birthday, Zulfa!~

~Menu istimewa; yummilicious nasi ayam~

~Cik Ummie diapit oleh Wawa & Naufal~

~Black and white polka dot dot me!~

~Naufal minum dulu!~

~Sessi borak-borak~

~Kak Pijoh & Zulfa. Dan yang nasib baik terselit dalam gambar, Niesreena... Kalau tak terselit, tak der langsunglah gambar dia masa majlis ni ;p~

~Kami yang cun! Hahaha... jangan jelous!~

Beberapa keping gambar di sini aku kiben dari fb cik Ummie. Tq yer Ummie!

Friday, April 16, 2010

It’s time to get ‘Lost’ in ‘FlashForward’

'Lost' dah sampai ke penghujung. Sekarang ni aku tengah meniti episod-episod terakhir siri kegemaran aku ni. Kat Melbourne sekarang ni dah siarkan Lost season finale, season 6. Kat Malaysia, kawan aku kata masih season 5 lagi. Sabarlah korang yer!

Tak sabar nak tahu apa kesudahan 'Lost' ni. Tinggal beberapa episod lagi sebelum 'Lost' berakhir tapi masih banyak lagi pertanyaan yang masih belum terjawab!

Kalau korang nak tahu, aku memang minat sangat dengan drama 'Lost' ni. Aku ikut dari first season, sampai ke season 6 ni tanpa miss! Bila tak paham, aku mula bukak wiki. Hahahaha... biasanya kalau dah tengok 'Lost' memang lost lah... tak paham jer manjang! Tapi nak tengok gaks!

Kepada semua peminat-peminat 'Lost', memandang 'Lost' bakal berakhir, aku nak cadangkan kat korang satu siri baru; 'Flashforward'.

'Flashforward' ni pun best! Unik dan misteri macam 'Lost' gak. Banyak pertanyaan satu persatu timbul bila tengok 'Flashforward' ni. Dan starting dia pun best!

Malam tadi, tv 7 baru siarkan premier 1st episode season 2. Yup! Kat sini dah second season. Last year, 1st season pun aku ikut gak, tapi separuh jer sebab pastu aku bercuti balik Malaysia. Tapi tak per... nanti cari kat internet jer... hehehhe...

Tapi aku rasa 'Flashforward' ni tak lah berat atau lost sangat dari 'Lost'. Tak pening dan tak tensionlah kalau tengok. Tapi tetap misteri! Dan salah sorang cast 'Lost' pun berlakon dalam 'Flashforward' ni; Dominic Monaghan. Dalam 'Lost', dia berlakon sebagai Charlie seorang ahli band kumpulan rock, manakala dalam 'Flashforward' ni, dia berlakon sebagai Dr. Simon Campos seorang ejen FBI pulak.

Oh ya! Ada satu lagi siri baru yang ala-ala misteri ni iaitu 'Survivors'. Oooo ini bukan survivors realiti tv tu yer. Tapi ini satu drama bersiri yang baru.

Aku tengok 1st episod jer. Memang misteri. Tapi pada aku tak best. Kenapa ek? Jalan cerita dia sebenarnya macam best, misteri dan unik gak. Cuma sebab ni cerita dari United Kingdom. So, dia punya slanga inggeris tu lain sikit. Jadinya macam tak best... hehheheheh... boleh tak cam tu... Tapi kalau saper-saper yang minat siri misteri, bolehlah ikuti siri 'Survivors' ni.

Wow... dah macam penganalisis siri tv plak aku ni kan? Hahahha... ni sajer jer lah... ikut pengamatan aku. Dan sajer jer nak cadangkan kat korang. =)

Hmmmm... obvious sangat tak aku ni kaki tengok tv? "p

Thursday, April 15, 2010

Bila Niesreena bersolek sendiri

Tengoklah budak bertuah sorang ni... Tengah aku sibuk buat kerja, dia pun sibuk mengerjakan muka dia. Adoiiii!!!

Terkejut aku bila tengok 'hasil seni' Niesreena ni. Tapi tak sampai hati nak marah sebab silap aku tak simpan handbag betul-betul sehingga diselongkar dan dijumpai oleh Niesreena semua alat-alat solek aku. Nak marah pun tak mampu sebab kelakar!

Adoiiii ai Niesreena...

Yang tak tahan tu bila dah siap 'bersolek', Niesreena siap tangkap gambar sendiri tu... Bila aku dengar bunyi kamera, tu yang menyebabkan aku tengok, apa yang Niesreena tengah buat. Aku ingatkan Niesreena diam-diam tengok tv.

Tapi nasib baik sangat barang-barang aku yang Niesreena guna tu tak rosak. Dan nasib baik sangat Niesreena conteng muka dia, tak conteng dinding! Dan nasib baik Naufal tengah tidur. Kalau tak, aku rasa, mau Niesreena solekkan Naufal sekali tu... Huhuhuhu...

Anak... anak... *sigh*

~Niesreena tangkap gambar sendiri~

~Niesreena sempat tangkap gambar baby Naufal tengah tidur dalam cot~

~Amacam? Cantik tak?~

~Ni lah hasil kerja Niesreena berdasarkan pemerhatiannya... bagus betul!~

back to top