♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 1, 2009

Kakak Niesreena

Petang d-day, Niesreena datang ke hospital. Kebetulan masa Niesreena tiba, aku tengah dokong baby. Niesreena tengok jer kat kitorang. Aku panggil-panggil Niesreena supaya datang kat aku tapi Niesreena tak nak datang pun. Aku pulak tak boleh nak pergi ke Niesreena sebab tak boleh nak bergerak lagi. Neezam pun puas suruh-suruh dan dokong Niesreena kat aku tapi Niesreena tak nak gak. Niesreena lari atas katil satu lagi. Dari jauh Niesreena tengok jer aku dan baby. Aku suruh Niesreena tengok baby Naufal pun Niesreena tak nak. Niesreena duduk terbaring jer atas katil, perhatikan kitorang.

Sampailah malam Niesreena dan hubby nak balik ke rumah, Niesreena masih tak nak datang dekat ke aku. Nak cium Niesreena pun tak dapat. Ditolak-tolaknya muka aku. Aku rasa sedih sangat... Niesreena tak pernah buat macam tu kat aku. Niesreena seakan-akan merajuk jer... Merajuk sebab mama ada baby baru ker?

Malam tu aku rasa sedih sangat sebab tak der Niesreena disamping aku. Dah lama tak berpisah dengan Niesreena macam ni.

Keesokkan paginya tu, Neezam sms, katanya Niesreena demam sikit. Sedih aku bertambah-tambah lagi sebab tak der di sisi Niesreena masa Niesreena tak sihat. Tak tau lah kenapa tetiba Niesreena demam. Demam dapat adik kot ek?

Petang tu Niesreena datang melawat aku kat hospital. Kesian Niesreena demam. Lemah jer dia. Mata Niesreena pun nampak lesu jer. Sian puteri mama sorang ni. Still macam semalam gak, Niesreena masih tak nak dengan aku. Puas aku umpan macam-macam; buah, coklat, biskut, juices, tapi Niesreena tetap tak nak dengan aku. Tapi Niesreena nak dah jenguk baby Naufal. Niesreena tatap jer baby Naufal tapi tak nak cium atau sentuh pun. Kitorang pun tak berani nak bagi Niesreena dekat-dekat sangat dengan baby Naufal sebab takut jangkit.

Malam tu lepas diorang balik aku menangis. Entah kenapa rasa sedih sangat bila Niesreena tak nak dengan aku. Kalau tak akulah yang selalu dia peluk-peluk dan cium-cium. Tapi dah dua hari ni Niesreena tak nak pun aku sentuh dia. Niesreena tolak lagi tangan aku ada lah. Rasa rindu sangat dengan Niesreena. Rindu sangat nak belai-belai Niesreena.

Hari ketiga, demam Niesreena dah agak kebah. Dan alhamdulillah, Niesreena dah nak datang dekat-dekat aku. Dah nak duduk sekatil dengan aku. Dah nak borak-borak dengan aku. Dapatlah aku usap-usap dan kucup Niesreena puas-puas. Baru aku dengar suara Niesreena memanggil aku, "mama... mama..." Seronok rasanya...

Macam biasa... Niesreena dan ayah Niesreena akan balik malam ke rumah. Kesian aku tengok diorang berulang-alik ke hospital setiap hari; datang tengahari, balik lewat malam. Mesti diorang letih. Terutamanya hubby. Sian kat dia. Nampak sangat penat. Mungkin sebab banyak sangat urusan yang terpaksa disettlekan sejak akhir-akhir ni dan kurang rehat.

Setiap kali diorang balik mesti aku rasa sedih sangat. Rasa nak ikut diorang balik. Beberapa kali aku cakap kat hubby, nak mintak balik awal. Tapi hubby tak kasi. Dia suruh aku stay kat hospital supaya aku boleh lebih banyak berehat.

Alhamdulillah, semalam Niesreena dah sihat. Niesreena pun dah nak tengok-tengok dan sebut-sebut baby. Dah nak cium-cium baby Naufal. Siap bercakap dengan baby Naufal masa diorang tengok tv. "The wiggles" kata Niesreena kat Naufal sambil Niesreena pandang kat Naufal dan jarinya tunjuk ke arah tv. Konon-konon bagitau kat adiknya yang kat tv sekarang tu ialah citer 'The Wiggles'... Pandai betul kakak Niesreena...

Pagi ni, macam biasa aku call Neezam kat rumah. Neezam kata Niesreena asyik tanya jer mana mama. Sedih aku dibuatnya. Aku terus menangis. Kebetulan midwife masuk kat bilik aku lah pulak. Tapi seriously aku tak boleh nak cover nangis. Lepas habis cakap kat tepon, midwife tu tanya kat aku, kenapa aku sedih sangat. Aku pun cakap kat dia "my daughter looking for me and how i wish i could be there". Then dia tanya aku nak balik ke? Terkejut gak aku dengar dia tanya cam tu. Boleh ke? Terus ler aku kata nak. Tapi midwife tu kata kena tengok keadaan Naufal dulu cam ner. Kalau berat badan Naufal naik, so boleh balik, tapi kalau berat badan Naufal turun, so terpaksalah stay. Malangnya, bila timbang, berat Naufal turun. So, terpaksalah stay.

Pukul 2, tukar midwife lain. Kebetulan midwife tu tanya, "Are you ready to go back home tomorrow?" Aku pun jawablah, "I'm ready to go back home even today". Macam tadi gak, midwife tu tanya gak kat aku, betul ke nak balik hari ni? Mestilah aku jawab yes kan. Then midwife tu call gyne aku bagitau aku nak balik.

Petang tu gyne datang untuk tengok tempat bedah kat perut aku ni. Then dia kasi balik tapi kena datang jumpa dia lagi next Tuesday.

Seronoknya dapat balik! Neezam pun nampak seronok aku dah dapat balik. Mesti Neezam lega sikit lepas ni tak lah berulang alik ke hospital lagi dengan Niesreena.

Alhamdulillah, nampak gayanya Niesreena dah boleh nak terima baby Naufal. Seronok bila tengok Niesreena belai-belai dan cium-cium Naufal. Sayangnya kat anak-anak aku... Teringat kat mak. Mesti mak sayangkan aku dan adik-adik aku sebagaimana aku sayangkan anak-anak aku jugak kan. Rindu kat mak! Rindu sangat!


*juliet le sweetheart : tak suka berpisah dengan orang-orang tersayang. Kalau boleh nak ada bersama-sama jer setiap masa.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top