♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 29, 2009

Naufal 4 weeks check-up

Semalam kitorang bawak baby Naufal wat pemeriksaan yang ke 4 minggu kat Darebin Maternal and Child Health Service, Kingsbury.

Berat baby Naufal sekarang 3.725 kg berbanding 2 minggu lepas, 3.195 kg. Banyak jugak pertambahan berat Naufal, patutlah baju saiz '00000' dah tak boleh pakai. :) Tinggi Naufal pun dah bertambah 1 cm. Manakala ukuran lilit kepala bertambah lagi 1.5 cm. Alhamdulillah, progres Naufal ok dan normal.


~Baby Naufal bersedia untuk diperiksa oleh ms Kerry~

~Ms Kerry periksa kaki baby Naufal~

~Timbang berat!~

~Berat baby Naufal sekarang~

~Ms Kerry ukur saiz lilitan kepala~

~Buku kesihatan baby Naufal~

~Rekod kesihatan pada 4 minggu~


Sekejap jer pemeriksaan dibuat. Baby Naufal rileks jer masa diperiksa. Tak nangis pun.

Memandangkan rumah tengah tak der air dan alang-alang dah keluar, ayah Khairuns bawak mama Khairuns and the Khairuns gi makan KFC kat Sydney Road. Yummie! Finger lickin' sooooooo good! Ngeh ngeh ngeh...


~Niesreena tunggu ayah order makanan~

~Posing favourite Niesreena; lentok-lentok... hehehe...~

~Banyaknyer makanan... yummie... yummie... Ayah makan apa tu?~

~Naufal tidur jer~

~Mama pun nak enterframe gaksss :)~



*juliet le sweetheart : harap-harap hari ni tak putus bekalan air lagi... susahlah tak der air



4 comments :

Lindah said...

am sedap plak aku 'dego' KFC tu..hehehehehehe..ni kena bagi alamat..next time boleh rasa..eerrrmmm sedap ker Julie?

Juliet Le Sweetheart said...

Kalau nak ikutkan KFC kat M'sia lagi sedap. Adunan rempah dia rasa lain. Tapi kalau dah teringin... belasah jer lah... sedap gaks! :)

GG said...

Pelik la kan saiz baju baby kat sana?? rasanya, kalo kat Mesia Naufal dah pakai saiz M kot?? takpun saiz 14 (6-12 mos)..

Juliet Le Sweetheart said...

Saiz kat sini ikut saiz baby omputeh kot... baby diorang besar-besar... ;p

back to top