♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, January 1, 2020

Happy New Year 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Selamat Tahun Baru 2020!

Alhamdulillah... dah tahun 2020. Tahun yang dinanti-nantikan. Tahun yang sangat famous dan sentiasa disebut-sebut.

Dulu, ketika PM ke 4 lancarkan Wawasan 2020, umur aku baru 11 tahun. Masa tu tahun 1991. Aku rasa kagum betul dengan nombor 2020 tu.

Masa tu aku fikir, lamanya lagi nak ke tahun 2020. Agak-agak macam dah kiamat jer. Huhuhu... Kalau tak kiamat pun, aku hidup lagi tak masa 2020 tu? Pada tahun 2020 aku akan berusia 40 tahun. Aku rasa 40 tahun tu macam dah panjang umur sangat. Huhuhu...

Alhamdulillah... hari ni aku masih berada di bumi Allah yang luas ni bersama-sama dengan keluarga tercinta.

Semoga tahun 2020 ni menjadi tahun yang terbaik.

Tak nak sibuk nak berazam-azam sangat... takut tak terbuat seperti tahun-tahun sebelum ni. Biasalah... hahahahah... Tapi memang tak boleh lepas, setiap kali tahun baru mesti dalam kepala hotak ni ada list nak start tu, nak buat ni, nak ubah tu, nak jadi ni... kan?

Tak salah pun berazam, kan? Dari angan-angan jadi azam, dari azam jadi cita-cita.... dengan usaha dan doa, insya Allah jadi kenyataan.

Jom buka lembaran baru!

Selamat tahun baru! And happy holiday!

First picture of 2020 ♥

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top