Pagi tadi telah berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah di sekolah Naufal. Bila sekolah buat hari sukan pada hari persekolahan, maknanya memang tak dapatlah aku dan enche Neezam nak pergi walaupun Naufal masuk dalam beberapa acara.
Alhamdulillah... tadi balik dari sekolah Naufal tunjukkan pingat-pingat yang dia dapat.
Tahun ni tak der dapat johan macam tahun lepas. It's ok. Tahun depan cuba lebih baik lagi k.
So, tadi scroll facebook sekolah Naufal, nampaklah aksi-aksi Naufal masa kejohanan. Simpan sini buat kenangan.
Ini acara 200m. Naufal dapat tempat kedua.
Ini acara 4x200 meter dapat tempat ketiga.
Dan ini acara 100m. Dapat tempat ketiga.
Acara penyampaian hadiah.
Selain dari acara balapan, Naufal juga masuk acara lompat tinggi. Tapi dapat tempat keempat jer. But its ok!
Tahniah Naufal. Apapun... mama dan ayah bangga dengan Naufal. Sukan... sukan jugak... belajar jangan leka...
Alhamdulillah... hari ni dah mula bekerja semula setelah 5 hari MC.
Hari ni pun badan masih rasa lesu lagi sebenarnya. Tapi heret jugak ke tempat kerja sebab dah lama sangat MC. Dah boleh bayang banyak kerja-kerja yang menimbun yang kena hadap. Duduk kat rumah pun dah tak rasa tenang. Huhu...
Aku sakit sejak hari Isnin minggu lepas. Lepas tu on & off demam, batuk, selsema dan sakit kepala. Sendi-sendi badan pun menyucuk-nyucuk semacam.
Enche Neezam start demam hari Jumaat. Berjangkit dari aku lah tu.
Sorry sayang...
Tapi hari Sabtu tu enche Neezam gagahkan diri gak gi FM Twincity Marathon. Giler kan... dalam tak sehat tu, dia boleh lari 42km!
Tapi nak buat macam mana... dah lama enche Neezam buat persediaan untuk first full marathon dia ni. Tau tau bila masanya tu tiba, jatuh sakit pulak.
Sesungguhnya kiter yang merancang, tapi Allah dah tetapkan segalanya.
Tapi alhamdulillah... semangat juang tinggi. Habislah 42km tu enche Neezam dapat buat. Balik jer dari marathon tu, apa lagi... melepeklah orang tua tu... Dengan demam... dengan sakit kaki... haiiisshhhh...
Then both aku dan enche Neezam betul-betul flat hujung minggu hari tu. Sian anak-anak kena jaga diri sendiri.
Nasib baik ada Niesreena, dah bolehlah masak sikit-sikit untuk adik-adik.
Tapi alhamdulillah... tengah-tengah rasa 'patah kaki' ni, tetiba mak dan ayah mertua datang melawat. Ya Allah... Allah betul-betul hantar ‘malaikat’ bila memerlukan.
Hari Isnin dan Selasa yang lepas, aku dan enche Neezam sambung lagi MC. Badan memang rasa lesu tak bermaya dan demam masih lagi on and off. Berat badan aku turun 4 kg sebab sepanjang demam memang tekak rasa pahit dan tak selera betul nak makan.
Nasib baik Niesreena ada masakkan bubur nasi dan tomyam ayam. Bangkit jugaklah selera nak makan buat alas perut.
Sepanjang demam, emak dan abah pun asik call jer. Risaukan keadaan kitorang. Aku jawab aku ok jer... sikit jer... tak nak diorang risau dan menyusahkan diorang...
Alhamdulillah... hari ni enche Neezam pun dah beransur sihat. Tapi masih lagi cuti sebab jaga sorang lagi pulak yang berjangkit demam...
My poor baby boy.
Si kecik ni pulak demam. Harap dia oklah hari ni...
Sian tengok Neeyaz lemah lesu tak bermaya... tapi masih permurah senyuman...
Cepat sembuh ye sayang mama...
😭😭😭
Harap-harap abang dan kakak akan dapat terus bertahan, tak berjangkit dan kekal sihat. Ameen...
Hari ni enche Neezam pertama kali pergi untuk larian full marathon. Dari tahun lepas lagi enche Neezam dah register dan buat persediaan untuk fm kali pertama dia ni.
Tapi tu lah... walau macam mana pun dah buat persediaan, Allah jua yang menentukan segalanya.
Tup-tup semalam enche Neezam demam pulak. Dah rasa tak sedap badan.
Ya Allah... berjangkit dari akulah tu. Aku dah beberapa hari demam, batuk dan selsema. Walaupun dah cuba elak dan tak nak bagi jangkit, tapi kalau Allah dah kata kena... akan kena jugak...
Aku cakap dengan enche Neezam jangan pergi. tapi dia nak pergi jugak.
Pagi tadi pukul 2 pagi enche Neezam dah gerak dari rumah. Pukul 4 pagi start lari.
Kat sini aku kongsikan coretan pengalaman enche Neezam, pertama kali join full marathon 42km!
Semoga menjadi inspirasi atau sebaliknya... huhuhu...
Ha... menyesal tak menyesal?
Aku memang lambat lagilah nak join marathon-marathon ni... fun run pun tak lepas lagi... huhuhu...
Alhamdulillah... iollsss dah dapat claim. Uollsss dah claim ke belum?
Aku claim kat TnG ewallet.
Program ni bermula hari ni, jam 8 pagi tadi. Try kat apps pagi tadi kemain susah. Macam-macam problem keluar. Network problemlah... tulah... inilah...
Tetiba masa lunch tadi tengok baki ewallet bertambah pulak. Rupa-rupanya dah automatik masuk akaun.
Alhamdulillah...
Korang boleh claim melalui 3 saluran. Samada kat TnG ewallet, Boost atau kat GrabPay. Aku memang ada akaun TnG dan Boost. Tapi yang verified cuma TnG jer. Sebab tu aku guna TnG ewallet untuk claim.
Kalau korang dah ada akaun ewallet ni, korang boleh klik jer pada e-Tunai Rakyat tu.
Semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan keatas yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun layak untuk claim. So, cepat! Program ni tamat pada 14 Mac 2020 atau sehingga semua peruntukan dah fully redeemed.
Haiii uollsss... dah lama tak review pasal movie atau drama kegemaran kan. So, kali ni tak boleh tidak... kali ni nak cerita jugak pasal 'Kampung People'!
Aku memang jarang sebenarnya ikut drama bersiri. Kecuali yang viral-viral jer. Selalunya aku ikut bila dah lepas 3-4 episod. Bila viral orang kata best, baru tengok.
Sebelum cerita Kampung People ni, aku tengok 'Cemburu Seorang Perempuan'. Pun best! Sedih sangat...
Dan kali ni layan 'Kampung People' pulak! Lain giler genre dia... Lawak dia memang jenis lawak masuk air... aneh-aneh jerrsss...
Memula tengok episod 3 sebab bila baru episod 1 & 2 orang dah mula bising kata best... best... kan... Pastu trending. So kali ni cepatlah sikit follow. Bila tengok episod 3 best... terus marathon episod 1 & 2 kat youtube. Memang kelakar uolls! Lawak-lawak dia semua lawak masuk air... memang tak boleh terima dek akal... tapi entah macam mana aku boleh hadam jugak. Huhuhu...
Dari perangai si Minah... ke Lailer... OMG! Absolutely correction!
Si Razif yang lurus... dan Yummy yang menamakan perutnya sebagai Darwish! OMG!
Dan Jekfer... ehem...
Dari TP ke si Badrul Bisu... Semuanya watak aneh-aneh... huhu...
Aku paling suka episod 3 yang geng TP konon nak tolong Abu kat ladang jagung, tapi buat kerja tak sampai berapa saat dah ajak gi minum... dengan riang gembira... huhuhu... Pastu si Abu ni punyalah susah hati tak reti macam mana nak tolak ajakan TP and the gang untuk gi minum setiap hari. But at the end of the day, geng TP pulak yang cakap dulu kat Abu yang diorang sebenarnya tak boleh nak layan Abu gi minum hari-hari sebab diorang pun ada urusan lain. Bukan nak layan Abu jer... pulak?! Hahahaha... memang best!
Ni episod favorite aku...
Macam manalah penulis skrip tu boleh buat lawak masuk air macam ni? Adoi aiii!
Tapi dalam lawak-lawak cerita ni sebenarnya banyak bagi pengajaran dalam isu-isu kekeluargaan jugak. Terutamanya ada beberapa adegan sebelum tidur antara si Minah dan Abu. Masing-masing bercerita apa terjadi pagi tu dan kongsi masalah diorang. Walaupun kadang-kadang sorang cerita pasal hal lain, sorang lagi cerita pasal hal lain, but at the end diorang akan support each other sebelum si Minah berdengkur tidur dengan mata terbuka. Huhuhu...
Apapun... cerita 'Kampung People' memang terbaik! Lain daripada yang lain... Malam ni dah masuk episod terakhir. Rasanya macam tak puas tengok lagi diorang ni. Mungkinkah ada season 2???
Sedikit trivia pasal 'Kampung People':-
Iqamah yang si Abu mainkan dari handphone dia ialah suara Razak Ahmad atau TP.
Badrul Bisu betul-betul sebenarnya tak bisu.
Novel yang si Yummy baca dalam 'Kampung People' tu memang betul-betul wujud tapi tak der kat pasaran.
Penulis novel-novel ni semuanya si Badrul Bisu atau nama fb dia Shahril Sarjen.
Produk BioJen yang si Badrul jual tepi jalan tu memang wujud dan memang si Shahril Sarjen ni jual.
Kek pandan dan fake birthday cake yummy setiap tahun tu ialah si Badrul Bisu yang buat. Berbakat betul si Badrul ni rupanya kan...
Pengarah cerita ni ialah Wan Hasliza. Pengarah yang sama mengarahkan cerita 'Keluarga Iskandar'. Cerita 'Keluarga Iskandar' pun aku suka tengok. Tapi ending season 2 macam tergantung. Tunggu 'Keluarga Iskandar 3' tak keluar-keluar... sadis...
Haaa... ladang jagung dalam cerita tu... memang dia tunjuk dari bersihkan tanah sampailah dah berbuah... memang betul-betul diorang tanam jagung ke??? Ini eden tak tau... huhuhu...
Jangan lupa tau... episod akhir 'Kampung People' malam ni...
Mulai 1 January 2020 semua kanak-kanak di bawah ketinggian 135cm kena pakai baby car seat.
Si Neeyaz ni, memula dulu memang duduk kat baby seat sebab enche Neezam hantar dia gi taska sendiri. Sejak awal tahun lepas, Neeyaz duduk kat kerusi biasa tanpa baby seat sebab leceh asik nak bukak dan pasang baby seat setiap kali aku nak naik kereta. Kalau nak letak kat tempat duduk belakang, sempit pulak nak duduk dengan kakak dan abang dia lagi kan... So, Neeyaz duduk jer kat seat depan tak pakai baby seat. Tapi kitorang pastikan Neeyaz pakai seat belt.
Dan lepas tu, setiap kali aku naik jugak kereta, baby Neeyaz nak berpangku jer lah... Penat jugak weh... Dengan Neeyaz yang semakin melasak dalam kereta dan berat dia pun semakin berat. Lenguh aku dibuatnya. Nak nak kalau perjalanan yang panjang. Huhuhu...
So, hujung minggu hari tu keluar, dah start kena duduk kat baby seat semula. Alhamdulillah... nasib baik Neeyaz ok. Tapi dengan syarat, aku kena duduk belakang dengan dia.
Nak jugak tatap wajah mama dia yang comel ni kan... huhuhu...
Terpaksalah mama duduk seat belakang sekarang.
Alhamdulillah... nasib baiklah dah tukar kereta panjang sikit. Tak lah sempit sangat berbanding CRV dulu.
Bagi aku, penggunaan baby seat ni memang bagus untuk keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan. Tapi aku concern jugak, macam mana dengan keluarga besar yang ramai anak-anak yang kecik-kecik lagi. Aku rasa kalau kereta kecil even Honda City pun, boleh letak 2 baby seat jer kat belakang. Dan harga baby seat ni pun bukannya murah. Lebih-lebih lagi kalau nak cari yang berkualiti.
Tapi alhamdulillah... kerajaan ada sediakan subsidi car seat untuk keluarga golongan B40. Bolehlah ringankan sedikit bebanan ibubapa yang terpaksa beli car seat ni.
Dah ada orang dapat ke subsidi car seat ni? Dah 2020 ni... kalau masih tak diagihkan, kesian pulak, takut kena saman pulak nanti sebab tak pakai car seat lagi.
Guardian 50% off for all cosmetics sales is back uooolllssss!
Aku memang selalu tunggu waktu macam ni. Memang murah sangat!
So, semalam grablah sikit kosmetik untuk diri sendiri dan untuk kakak Niesreena.
Yang aku beli ni semua memang barang yang aku tengah pakai pun. So, simpan stok. Lip tint tu untuk kakak Niesreena. Seronok dia, mama belikan lip tint sampai dua. Tapi bila tengok bedak, terus Reena kata "mama, Reena punya bedak tak bukak lagi ada dua"! Aiyoooo... simpan jer lah Reena. Dah mama mu terambang mata tengok barang murah. Huhuhu...
We olls pakai barang mur mur jer. Asal sesuai dengan kulit, tak der alergi ke hapa, then why not kan?
Actually aku jenis kulit sensitif. Kalau pakai lipstik salah sikit, habis bibir gatal. Keluar biji-biji air. Sadis...
Last year, masa guardian sale aku sajer beli Matte Junkie Silky Girl sebab murah, RM 8 jer satu. Cantik warna dia. Alhamdulillah... sesuai dengan bibir - tak alergi! Kod Matte Junkie kegemaran aku ialah 01, 04 & 12. Tapi warna-warna lain pun cantik jugak. Haaaiiissshhh... ni yang rasa nak gi memborong lagi nih!
Guardian sales ni tengah berlangsung sehingga hujung minggu ni. Memang berbaloi-baloi.
Hari ni dah start sekolah. Rutin harian berubah semula seperti sebulan yang lepas. Masa cuti sekolah hari tu pukul 6 lebih baru bangun. Sediakan makanan Niesreena dan Naufal dan terus gi kerja. Tinggalkan rumah begitu jer sebab ada Niesreena dan Naufal tolong buat kerja rumah.
Balik kepada rutin mula semula sekolah, pukul 5.30 dah nak kena bangun dan mengemas rumah. Keperluan sekolah Niesreena dan Naufal, diorang dah pandai uruskan sendiri. Alhamdulillah... So, tak der lah sibuk tolong diorang gosok baju ke, susun buku sekolah ke macam 3 tahun lepas... semua dah pandai buat sendiri dan Niesreena tolong gosokkan baju sekolah Naufal.
Aku ni kalut bangun pukul 5.30 pagi semata nak mengemas rumah jer. Hati tak senang kalau tak kemas rumah sebelum pergi kerja. Huhuhu...
Niesreena dan Naufal bangun pukul 6 pagi. Biasanya baju sekolah dan buku sekolah semua dah siap malam sebelum sekolah. Neeyaz pulak pukul 6.25 pagi baru dikejutkan dan mandi. Mesti kena mandi dan bersiap sebelum ke taska.
Tahun ni, Naufal akan menduduki UPKK. So, kena fokus lebih pada Naufal tahun ni. Naufal ni banyak main. Tu yang risau sikit. Tapi kalau sit down dengan dia, fokus kat dia masa study, guide dia... haaa... memang dia okay. Tapi kalau suruh dia belajar sendiri. Hmmmm... tak sampai 10 minit dah tidur.
Risau... risau... aku risau aku tak mampu nak focus mengajar dia sebab balik kerja dah penat. Huhuhu... bertabahlah! Kenalah sacrifices sikit.
🍴 Ikan Bawal Masak Taucu
-
السلام عليكم
Hari ni aku nak kongsikan resepi yang pertama kali aku cuba. Resepi ni aku
dapat dengan google jugak tapi ada banyak sangat version. Jadiny...
Welcome to Juliet le Sweetheart ♡ Blogs List
-
Blog ini khas dibina untuk mengumpul blog-blog yang aku suka terjah dikala
ada masa lapang. Semua link ada dibahagian bawah blog ini.
Kalau anda seorang...