♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, April 8, 2010

[Day 2] Love is in the air!

Pukul 5 pagi lagi dah bangun pagi ni. Sediakan breakfast dan lunch dengan Isma. Oh ya... Nita tak sampai lagi sebab semalam Nita ada presentation. Tengahari ni baru Nita sampai.

So, lepas breakfast, kitorang pusing-pusing lagi kat Launceston ni. Kat sekitar Tamar Valey ni ada banyak sangat kawasan menara pemerhati atau lookout area. Kat situ boleh tengok kawasan Launceston ni dari atas. Sangat cantik!

~ Us @Brady's Lookout. Sungai kat belakang tu ialah Tamar River~

Pastu kitorang singgah kat Devonport. Gi naik Spirit of Tasmania. Jangan jeles uolllssss!!!

Hahahahahaha...

Acah jer! Mimpi jer lah nak naik. Kitorang ari tu plan nak naik Spirit of Tasmanialah konon nak datang sini. Tapi tengok tiket yang 'agak mahal' so cancellah. Nanti balik Malaysia, naik cruise jer lah dari Johor ke Sarawak ke kan... jadilah... berangan jer... ;p

Tapi rezekilah jugak, sebab masa ke Devonport tu, ada lah sebiji Spirit of Tasmania yang tengah parking kat situ. So, tak dapat naik, tangkap gambar jer pun jadilahhhhh...

~Us with the famous Spirit of Tasmania~

Masa kat Devonport tu, kitorang terjumpa sebiji rumah tepi jalan ni; Gingerbread House. Sangat unik. Kat tepi rumah tu ada Jack and the bean stalk. Rumah ni dijadikan restoran. Tapi masa kitorang lalu tu dia tutup. So, bergambar dari luar je lah.

~Niesreena dengan The Gingerbread House~

Destinasi seterusnya ialah ke House of Anvers, sebuah kilang coklat kat Latrobe. Samalah pulak nama tempat ni dengan nama universiti enche Neezam tengah wat phd kan; La Trobe University. Kat sini, boleh tengok macam mana diorang buat coklat yang diorang jual tu. Kilang coklat ni taklah besar sangat, tapi coklat dia memang sedap. Lebih-lebih lagi ada free chocolate sebagai tester. Ngaplah! Apa lagi! Hehehe...

On the way ke airport untuk jemput Nita, kitorang sempat singgah pulak kat kilang cheese. Ada macam-macam jenis cheese dijual kat sini. Aku sempatlah jugak try lavender cheese dan wasabi cheese. Sangat tidak sedap! Yuck!

Lepas jemput Nita kat Launceston airport kitorang terus ke Cataract Gorge Reserve. Kat sini ada basin chairlift. Basin chairlift ni bawa kitorang dari bawah ke atas bukit. Memula tu aku rasa macam seram jugak. Kerusi dia macam tak selamat jer. Tali pinggang keselamatan pun tak der! Takutnyer nak naik... tapi kalau tak naik macam rugi pulak sebab dah sampai kan. So beranikan diri jugaklah untuk naik dan memang tak rugi! Sebab memang best!

~Kat Launceston Basin Chairlift, Cataract Gorge Reserve~

~Chairlift yang best!~

~Pemandangan dari atas pun sangat cantik~

~Naufal jer bosan... siap tidur lagi... boleh?~

~Niesreena, mama & ayah... Mana kaki Naufal?~

~Sangat tinggi! Seram!~

~Hampir ke garisan penamat~

~Cataract Gorge Reserve~

~Naufal pun happy!~

~Si comey Naufal~

~Si comel Niesreena kat jambatan gantung~

~Niesreena dan ayah... cantik kan pemandangan~

~Love is in the air!~

2 comments :

Anonymous said...

waaa bestnye!!! now dah dpt idea nak gi mana bila my parents dtg tahun ni. kang dia komplen asyik round victoria aje..

Juliet Le Sweetheart said...

hahhahaha... tasmania best... bolehlah pergi :)

back to top