♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, April 16, 2009

Lakes Entrance

Hari ni kitorang join rombongan anak-anak dara Barnesway; Umi, Tipah, Kak Fizoh, Zulfa & Kak Roz, ke Lakes Entrance. Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun dan bersiap. Kitorang bertolak dari Waterdale lebih kurang pukul 10.30 pagi. Neezam bertindak sebagai 'pilot', Umi sebagai 'naviguesser', kak Fizoh sebagai ajk makanan, aku dan yang lain-lain sebagai ajk makan & ajk tidur. Best... best... best... Hehehe...

Perjalanan ke Lakes Entrance mangambil masa lebih kurang 3 jam. Terasa lamaaaa sangat dalam kereta. Tidur... bangun... makan... tidur... bangun... makan... tak jugak sampai-sampai. Tapi permandangan sepanjang jalan sangat cantik. Banyak kawasan padang ragut. Banyak lembu dan kuda. Alpakas pun ada.

Destinasi pertama kitorang bila tiba kat Lakes Entrance ialah kat Lakes Entrance North Arm Boat Ramp. Memula tu ingat tak nak turun kat kawasan ni, sebab nak makan dulu sebab semua orang dah kelaparan. Tapi tetiba jer terpandang kat sekumpulan burung pelikan yang tengah dok relax melepak kat sungai. So, kitorang pun decided untuk turun dan bergambar dengan burung-burung pelikan tu...


~Zulfa & Neezam~

~Posing favourite Niesreena; depang tangan. Comel jer...~

~Kitorang dengan burung pelikan yang tengah relax melepax kat belakang nun~

Lepas bergambar, barulah kitorang cari tempat untuk makan. Memula tu ingat nak makan kat kawasan yang sama ada burung-burung pelikan tu. Tempat tu memang cantik, tapi aku tak tahan dengan bau ikan. Kuat sangat baunyer. Nasib baik aku tak muntah jer. Hehehe... So, kitorang cari park lain untuk makan. Kat pekan Lakes Entrance ni. Cantik gak tempatnya. Lepas makan, kitorang round ler pekan kecik ni.

Lepas solat, kitorang ke Main Beach Lakes Entrance ni. Memang cantik! Air lautnya cantik berwarna biru kehijauan. Ombak sangat kuat sebab pantai ni mengadap laut lepas. Airnyer sejuk gilos. Kitorang tak mandi pun. Just main-main kat tepian pantai jer. Lagi pun hari pun dah lewat petang. Tapi dapatlah jugak tengok sunset. Best sangat! Niesreena pun seronok main-main air dan bergambar. Bukan main lagi Niesreena posing. Siap tiru cara mama dan ayah serta untie-untie bergambar. Bukan main lagi anak dara mama sorang tu...

Lebih kurang pukul 7 malam, kitorang bergerak ke rumah Lindah & Kamal kat Gippsland. Kitorang tiba kat rumah diorang lebih kurang pukul 9 malam. Tuan rumah dah sediakan makan malam yang sangatlah sedapnyer dan berbagailah jenisnyer. Mata aku yang ngantuk dan penat pun jadi segar tengok makanan yang ada. Memang sedap. Terutamanya ikan dan udang yang fresh tu. Yummie!

Lepas makan... apa lagi... tidur lah... penat gilos. Esok nak sambung jalan lagi!


*juliet le sweetheart : kaki jalan...



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top