Hari ni kitorang di Australia ni dapat extra satu jam.
25 jam sehari!
???????????????
Tak paham?
Australia ni merupakan salah satu negara yang mengamalkan Daylight Savings. Biasanya negara-negara yang mempraktikkan Daylight Savings ni ialah negara-negara empat musim. Tapi tak semua negara-negara empat musimlah. Bila Daylight Savings bermula, biasanya bila dah dekat Spring, jam akan dicepatkan satu jam. Dan hari ni, Daylight Savings berakhir, so kena lambatkan jam semula satu jam.
Pada pukul 3 pagi tadi, jam akan dipusingkan semula pada pukul 2 pagi. Biasanya Daylight Savings berakhir bila masuk Autumn. So sekarang ni beza waktu antara Australia dan Malaysia ialah 2 jam, bukan lagi 3 jam.
Pelik kan? Tapi Daylight Savings ni memang praktikal di negara-negara empat musim macam Australia ni. Sebab bila winter, waktu siang akan jadi sangat pendek. Memang best kalau nak puasa. Dan bila tiba summer, waktu malam pulak yang pendek. Siang sangat panjang. Masuk subuh pukul 4 lebih dan mangrib dekat pukul 9 malam. Dapat bayang tak betapa panjang hari tu! Masa tu, biasanya nak tunggu isya' memang tak larat sebab hampir pukul 11 malam. Kadang-kadang tu, tidur dulu, pastu bangun semula tengah malam untuk solat isya'. Dan waktu subuh pulak selalu buat 'subuh gajah' sebab terlewat bangun! Huhuhu...
Masa tahun pertama kitorang kat Melbourne ni, rasa confuse dan pelik jugak. Tapi lama-lama baru paham kenapa diorang praktikkan Daylight Savings ni. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Daylight Savings ni, sila klik kat sini. Biar Mr. Wiki memberikan jawapan! :)
So, hari ni, kitorang memang bangun awallah. Selalunya kalau tak jejak pukul 8 pagi memang tak bangun. Tapi hari ni, pukul 7.30 pagi, Niesreena dan Naufal dah terpaku depan tv. Breakfast awal, lunch pun siap awal!
Ha kengkawan *kengkawan di OZ!*! Waktu solat pun cepat satu jam tau! Sila update! Sesaper yang selalu solat di akhir waktu tu, jangan sampai terlepas waktu solat pulak! ;p
No comments :
Post a Comment