♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 3, 2010

Break-pot-pic Desa Bundoora

Semalam, Malaysian Students Association(MSA), La Trobe University dengan kerjasama Desa Bundoora telah menganjurkan Welcoming Breakfast Picnic, macam biasa berkonsepkan potluck! Tu yang tajuk jadi Break-pot-pic tu... hehehhehe... Breakfast-potluck-picnic!

~Kata-kata aluan dari Enche Neezam selaku penghulu Desa Bundoora. Bakal bersara tak lama lagi. Saper berminat nak gantikan jawatan beliau, sila angkat tangan! Dan disebelah enche Neezam ialah Cik Ummi Salwa, president MSA LTU 2010.~

~Antara juadah yang ada. Memang sangat banyak dan variety! Macam makan kat hotel. Serious! Sedap-sedap plak tu. Aku bawak nasi lemak. Licin...~

Tujuan utama program ni diadakan adalah untuk memperkenalkan jawatankuasa baru MSA LTU yang baru dilantik. Dan president baru MSA 2010 ialah Cik Ummi Salwa.

Macam biasa, acara sebegini memang ramai sangat yang hadir. Orang lama dan juga orang baru. Alhamdulillah... dapatlah mengeratkan silraturahim sambil berkenal-kenalan dengan kengkawan baru.

Kitorang jugak mengambil kesempatan menyambut ulangtahun kelahiran 2 orang ahli desa Bundoora yang jugak kedua-duanya best friends kitorang. Kebetulan tarikh lahir diorang sama, semalam. Cuma usia jer berbeza. Haaa... cuba teka, saper yang lebih muda, saper yang lebih tua berumur?

~Birthday boys; Zafiri dan Hairil~

~Kak Jumee dan kek buatannya yang cantik di mata, sedap dimakan :)~

Selain acara utama *makan-makanlah... apa lagi! ;)*, ada juga beberapa acara sukaneka untuk pelbagai peringkat usia. Bukan budak-budak jer seronok bermain, mak abah budak pun seronok!

~Sukaneka kanak-kanak; isi air dalam botol~

~Sessi penyampaian hadiah oleh Ustazah Hidayah~

Ok! Acara wajib, mestilah acara 'click-click-click'! Sejak semalam ramai kengkawan yang dah tag gambar kat facebook! Hehehehhe... Tq semua! Tag jangan tak tag!

~Kak Tasha, juliet le sweetheart, kak Amy dan Asra~

~Mommies-to-be!~

~Our gorgeous Naufal with kak Mira~

~USIMian~

~Enche Neezam's family~

~Antara warga Desa Bundoora yang hadir memeriahkan program break-pot-pic!~

Alhamdulillah, program semalam berjalan sangat lancar dan meriah! Tq MSA dan semua ajk yang telah bersusah payah menjalankan program ni. Insya Allah, kalau ada rezeki boleh berkumpul ramai-ramai lagi! (^^)

4 comments :

DiLLaiLa said...

hehe memang meriah sakan...
emm kak julie saye grab gambar mak buyong and gambar ramai2 tu boleh?aritu xbawak kamera pulak..boleh ye?

Juliet Le Sweetheart said...

bolehlah sangat... silalah ambil... :)

Anonymous said...

rajinnye kak julie update selalu.
saya malas tul.. hehe..
nice sume pics!

Ummi Ab said...

thanx everyone 4 d participation, lepas ni MSA akan organise lebih banyak aktiviti menarik..kena join la yea..;p

back to top