♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 15, 2009

Meeting warga desa

Buat julung-julung kali Desa Bundoora mengadakan menyuarat formalnya untuk kali pertama. Mesyuarat kali ni bertempat di rumah kak Hada. Ramai sangat warga desa yang datang. Nasib baik rumah kak Hada ni besar dan betul-betul berdepan dengan parking lot awam. So, sangatlah sesuai untuk majlis-majlis besar macam ni.

Mesyuarat Desa Bundoora ni bertujuan untuk membentuk jawatankuasa untuk Desa Bundoora memandangkan usia pembentukkan Desa Bundoora dah berusia setahun lebih dan warga desanya pun semakin hari semakin ramai.

Selama setahun lepas, enche Neezam, suamiku yang comel itew, diiktiraf sebagai penghulu tak rasmi selepas sekembalinya penghulunita, kak Ema, ke tanahair. Enche Neezam terasa lega gak sebab nak buat mesyuarat ni sebab enche Neezam nak lepaskan jawatan penghulu yang dipegang selama setahun lebih ni dan nak tumpukan perhatian pada study. Maklumlah, sekarang ni enche Neezam di tahun akhir pengajian. Harap-harap tahun depan kitorang akan balik ke tanahair! Insya Allah...

Seperti biasa, enche Neezam menjadi mc majlis dan pengerusi mensyuarat. Sebelum mesyuarat start, majlis tahlil ringkas dibuat atas permintaan tuan rumah. Then majlis perlatikan jawatankuasa desa diadakan mengikut undian. Memula enche Neezam tanya gak kat warga desa, ada sesaper tak nak volunteer jadi penghulu desa tercinta ni? Tapi tak der saper pun yang sudi... huhuhu... akhirnya undian diadakan... kena angkat tangan! Huh... dah lama tak ngundi cam ni. Teringat masa meeting kelab sekolah. Hehehhe... Dan seperti yang telah aku jangka, nama enche Neezam naik gak diantara empat nama yang menjadi calon untuk penghulu.

Sebelum undian diadakan, enche' Neezam mohon untuk tarik diri. Sian laki aku tu, merayu-rayu untuk tarik diri tapi tak dapat. Warga desa tak kasi. Kena tengok jugak keputusan undian nanti. Akhirnya enche' Neezam merayu plak kat warga desa supaya jangan vote dia. Hehehe... sian... Akhirnya bila keputusan vote dibacakan, enche Neezam dapat undian terendah. Alhamdulillah... aku rasa lega sangat sebab itulah yang enche Neezam nak sangat dan nampak gayanya warga desa sangat memahami... Dan yang mendapat undian tertinggi tu bagi aku dan jugak warga desa yang lain memang sangat layak untuk menjadi penghulu, memandangkan usianya yang lebih matang dari kitorang yang muda beli ni. Cewah... masih perasan muda lagi. Hehehe...

Tapi.... hmmmm... nak cerita pun panjang sangat, so, aku pendekkan ajer lah yer. Akhirnya, jawatan dan tanggungjawab sebagai penghulu tu berbalik semula pada Neezam. ???? Pelik? Jeng jeng jeng... panjang ceritanya. Dipendekkan cerita, calon-calon yang mendapat undian tertinggi tu tak sudi untuk ambil tanggungjawab tu. Hmmmm... undi kitorang, warga desa, tak laku. Penat jer kitorang angkat tangan untuk diorang tadi tau. Huhuhu... Tapi tak per lah... maybe diorang ada reasons diorang masing-masing... dan reasons enche Neezam untuk tarik diri tu tak laku... So, secara rasminya, kini enche Neezam dilantik secara rasminya sebagai penghulu desa Bundoora. Harap-harap kata-kata dan keputusan enche Neezam lepas ni janganlah tak laku plak yer...

Hmmmm... aku tak tau lah nak ucap tahniah atau takziah kat laki aku tu. Heheheh... sebab enche Neezam memang tak mau sangat dah jawatan penghulu tu. Actually, bukannya berat sangat kerja jadi penghulu ni. Aku rasalah... ;p Sekadar pembuat keputusan dan nak menggerakkan aktiviti warga desa kat bumi kanggaroo ni. Selama enche Neezam jadi penghulu sebelum ni pun cam ok jer. Tak lah terbeban sangat. Cumanya sekarang ni enche Neezam dah kat tahun akhir. So, paham-paham jer lah kan...

Tapi tak per lah... mungkin tanggungjawab tu bukan ajer amanah daripada kengkawan warga desa kat sini. Tetapi jugak amanah dari Allah. So, buatlah seikhlas mungkin ye sayang... Tapi walau apapun, belajar comes first! Betul tak murid-murid?

Ops! Panjang plak aku tulis... Ok... dipendekkan cerita lagi... majlis akhirnya berjalan lancar. Jawatankuasa Desa Bundoora akhirnya terbentuk. Alhamdulillah...

Macam biasa, lepas sessi cakap-cakap, tekak pun dah haus, perut pun dah lapar, so diteruskan pulaklah dengan majlis makan-makan. My favourite part! Makan time! Hahaha... Banyak giler makanan. Sampai rambang, tak tau nak makan aper. Biasalah... bila dah kumpul gini, kitorang memang buat konsep pot luck. So, banyak giler lah makanan. Aku bawak lompat tikam. First time buat! Menjadi dengan jayanyer. Sedap plak tu. Ngeh ngeh ngeh... masuk bakul angkat sendiri. Tapi ada orang yang 'angkatkan bakul aku tadi'. Ramai orang kata sedap. Saper tak rasa rugi woooo... hehehhe...

Niesreena dan baby Naufal, alhamdulillah, well behave. Niesreena duduk jer waktu orang tengah sebuk meeting, makan waktu makan dan main bila mama dan ayah sebuk bersembang dan mengemas aper yang patut. Baby Naufal plak tidur jer, pastu bila berjaga pun senyap jer, tak mengaruk pun sebab seronok kena dokong berpass-pass. :)

So, ni gambar sekitar majlis untuk dikongsi dan seperti yang dijanjikan dengan kengkawan. Silalah copy mana yang nampak comel tu yer...

Nway...

Kepada enche Neezam,

Tahniah kerana dilantik secara rasminya sebagai penghulu desa Bundoora tercinta ni. Sayang akan sentiasa menyokong abang. Insya Allah...


*juliet le sweetheart : sian kat dia...

2 comments :

jai usman said...

Enche Neezam was among the smallest in size but withot a doubt he has been the bigger man that day! You must be proud of him. Congrats Neezam, tanpa kau.. tak ke mana kami di Desabundoora ni. I'm just two steps behind.. no worries

Zai said...

Comelnyer Baby Naufal! Geram nk cubit ..cepat2 balik Malaysia ek ..auntie nk dukung..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top