♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 6, 2009

Adik kecilku

6hb Ogos 1987, adik kecilku dilahirkan. Aku sangat gembira sebab kali ni adik aku perempuan. Kini aku dah ada sepasang adik; lelaki dan perempuan. Nanti bolehlah dibuat kawan. Main masak-masak, mak-mak dan macam-macam lagi permainan perempuan. Tetapi aku terasa hairan. Kenapa adik kecilku kehitam-hitaman? Tak seperti aku dan adik lelakiku yang putih rupawan. Hmmmm... mungkin sebab adik kecilku ikut kulit abah yang hitam menawan.

Bila adik kecilku menangis, aku tolong emak buatkan adik kecilku susu. Bila adik kecilku berak, emak yang tukarkan lampin adik kecilku. Ish tak sanggup aku. Huhuhu...

Tahun 1993, adik kecilku masuk sekolah rendah. Adik kecilku sangat popular di sekolah, sebab bakat muziknyer yang menyerlah. Adik kecilku berbakat macam abah. Pandai bermain keyboard, piano dan biola. Adik kecilku jadi pustakawan sekolah. Berbaju biru dan kepimpinannyer nampak terserlah.

Setiap malam aku mengajar adik kecilku buat kerja sekolah. Kalau adik kecilku lambat paham, aku selalu marah. Adik kecilku menangis bila kena marah. Bila adik kecilku menangis, mak pulak yang marah. Mak kata "kakak garang macam singa!" Huhuhu hahaha...

Tahun 1998 aku masuk UTM Skudai, Johor. Adik kecilku sangat sedih sebab kini aku jauh. Hari-hari adik kecilku menangis ingatkan aku.

Tahun 2000 adik kecilku ke sekolah menengah. Adik kecilku tetap popular di sekolah. Tetap jugak jadi pustakawan sekolah.

Lepas SPM adik kecilku dapat sambung belajar kat Matrikulasi Tangkak. Pertama kali duduk berjauhan dengan abah emak. Setiap kali call sure menangis tak agak-agak. Kalau boleh still nak tidur bawak ketiak emak.

Tahun yang sama aku berumah tangga. Adik kecilku rasa gembira. Tapi jauh dilubuk hatinya terasa sedih juga. Sebab takut kakaknya lupakan dia.

Lepas matrik, adik kecilku sambung belajar lagi. Ke UTM Skudai pulak adik kecilku kali ni.

Tahun 2007, aku ke bumi kanggaroo. Bertambah sedih adik kecilku. Kerna aku bertambah jauh beribu batu. Setiap kali aku call mesti kitorang menangis tersedu-sedu. Sebab dua-dua saling merindu.

Kini adik kecilku belajar lagi. Ke UPM pulak adik kecilku sekarang ni. Sambung master dalam jurusan yang diminati. Apa lagi kalau bukan HR dulu dan kini.

Sekarang adik kecilku bertambah jelita. Kulitnya dah bertambah cerah tapi still tak boleh lawan kecerahan kakaknya. Hehehe...

Hari ni harijadi adik kecilku yang ke 22. Tak sangka adik kecilku sudah dewasa. Insya Allah, tahun ni adik kecilku akan berumahtangga. Lepaslah tanggungjawab mak abah terhadap dia. Aku doakan adik kecilku bahagia.

Aku harap adik kecilku tahu aku sayangkan dia. Dulu, kini dan selama-lamanya. Sayang padanya tak ada beza walaupun aku dah bersuami dan beranak dua. Setiap hari aku still rindukan dia.

Walaupun kini adik kecilku telah dewasa... dia tetap adik kecilku for ever and ever...

Happy birthday adik...

Akak luv you sooooo much!

8 comments :

Adik said...

hurmmmm terharu adik....thanks akak....adik SAYANG sgt kat akak....forever n ever....love u n miss u...='(

Adik said...

it is so touching my heart...it's make me cried..

Soulkisser RSix said...

untung laaaa ada kakak macham ini...

Adik said...

emmm tula....jgn jeles la eh voz i dpt kakak yg penyanyang mcm dia...

d__ said...

adik kecil akak kawen sy xdpt dtg... :(

Juliet Le Sweetheart said...

Diana, kenapa tak dapat datang? Sama dengan tarikh Diana kahwin gak ker?

d__ said...

hish xde la kak.klo sy kawen sy bincang lu ngan jaja awl2.u hu.me abang y kawen 23hb..p siyesly tkilan xpat g jaja's wedding

Juliet Le Sweetheart said...

tak der rezeki kan... tak per... :) insya Allah nanti jumpa bila2

back to top