♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 13, 2009

Amazing Race & Jon and Kate plus 8

Setiap hari Khamis, 7.30 malam, biasanya aku mengadap tv, channel 7, tengok 'Amazing Race 14'. Aku memang minat rancangan Amazing Race ni dari dulu lagi. Tetiba... minggu ni ada rancangan baru plak kat channel 10 pada hari dan waktu yang sama; 'Jon and Kate plus 8'. Arrggghhhh!!! Aku memang tunggu-tunggu sangat citer ni. Akhirnyer ada gak kat sini. Best! Best! Tapi masalahnyer, dua cerita pada masa yang sama. Cam ner ni? Mana satu nak tengok?

Aku tahu tentang rancangan 'Jon and Kate plus 8' ni daripada rancangan 'Entertainment Tonight'. Diorang selalu review tentang citer ni. So, aku tahulah serba sedikit pasal famili diorang ni. In fact, aku dah tau dah endingnyer camner. Huhuhu... Very sad ending... Kalau tak salah aku kat Malaysia dah ada citer ni kat Astro. Channel berapa, aku tak pasti. Kalau kat sini, maybe kat Foxtel dah ada kot.

Hmmmm tadi baru 1st episod 'Jon and Kate plus 8'. Pada masa yang sama aku nak tengok gak Amazing Race. So, apa lagi... asyik bertukar channel jer lah. Hehehhe... Kalaulah ada dua tv. Mahu aku tengok kedua-duanya sekali gus! Kan best! Ngeh ngeh ngeh... Giler kuasa sungguh!!!

'Jon and Kate plus 8' ni citer pasal realiti hidup sepasang suami isteri ni; Jon dan Kate. Kate ni American dan Jon Korean. Kate asalnyer tak boleh mengandung. Lepas gi rawatan kesuburan, Kate terus mengandung dan dikurniakan sepasang twin girl yang comel. Lepas 5 tahun, diorang rancang untuk ada SEORANG anak lagi. Tapi, rezeki diorang lebih dari tu, bak kata Kate tadi "I buy one, get five free..." Hehehe... Diorang dikurniakan sixtuplets; 3 lelaki dan 3 perempuan.

So, tadi tunjuk cam ner diorang organise hidup diorang dengan 8 orang anak. Enam orang baby pada waktu yang sama! Bayangkanlah! Aku nak handle dua ni pun dah rasa kelam kabut sangat. Ni pulaklah 8 orang kan. Nasib baik yang twin tu dah besar. Bolehlah tolong diorang sikit-sikit. Tapi nampaklah si kembar enam tu dari kecik memang survivor. Lahir masa tak cukup bulan; 29 minggu. Kurang 10 minggu tu! Pastu dalam 18 bulan pandai turun naik tangga sendiri. Berderet-deret turun tangga. Comel betul. Pastu sangat well behave. Nampak baik sangat. Mak ayah dia bawak gi mana-mana, semua dok diam jer dalam stroller masing-masing. Pandai diorang tak nak menyusahkan lagi mak ayah. Terharu aku tengok.

'Amazing Race' plak baru jer episod 4. Favorite team aku kali ni ialah Tammy dan Victor. Diorang ni adik-beradik dan kedua-duanya lawyer. Aku suka sangat kat team ni sebab diorang saling-menghormati dan terima pendapat masing-masing. Kesian tengok diorang masa episod 3, last week. Dari awal race sampailah diorang sampai ke pit stop ada jer yang tak kena. Macam jatuh ditimpa tangga. Mula race kat tempat pertama terus ke second last. Nasib baik tak last. Kalau tak mesti kena eliminate. Harap-harap diorang menang.

Hmmmm... nampak gayanyer next week pada hari dan waktu yang sama, aku akan bertukar-tukar channel lagi. Haiya! Harap-harap salah satu daripada rancangan ni tetiba tukar waktu siaran. Hehehhe... jangan harap! ;p



*juliet le sweetheart : penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Asri, meninggal dunia pagi tadi akibat sakit jantung. Takziah buat keluarga allahyarkam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... amin...


5 comments :

Zai said...

Kalaulah ada masa utk tgk TV ..hehehehe

Juliet Le Sweetheart said...

hehehhe... kiter plak, tak der masa untuk tak tengok tv... ;p

Kak Amy said...

apa ending jon&kate+8 julie?

Juliet Le Sweetheart said...

nak tau ke kak ami? nanti tak best ler tengok... hehehhehe... endingnyer jon & kate bercerai... sian anak-anak diorang...

Defina said...

Julie, aku masa pregnant, tengok gak citer tu tapi dah ade Kashful, syik duk melayan dia jer, time dia tido, berkejar buat kije mana yang sempat...
Diaorang cerai ke? Siannyer anak2....ape kes tu?

back to top