♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 5, 2008

It's Spring!

Akhirnya berakhir jugak musim sejuk dan tiba pulak musim bunga. Sukanya spring… Best! Best! Actually musim sejuk pun best jugak; badan tak melekit, bleh mandi sehari sekali jer *hehehhe…*, boleh main-main salji, dapat tengok hujan air batu, tak der nyamuk, lalat, atau segala macam serangga. Memang best. Tapi yang tak bestnya, sebab sejuk yang teramat sangat dan cuaca asyik mendung jer, membuatkan aku yang berdarah jawa ni tak tahan dan mudah sangat selsema, terutamanya pagi-pagi. ‘Hidung berlari-lari dan kena blok!’. Pastu kena pakai baju tebal-tebal, so, nak wat kerja rumah macam susah jer nak bergerak, macam robot pun ada. Baju yang berjemur pun ambil masa 5 - 6 hari nak kering. Terpaksa pulak guna dryer.

Yang paling tak best masa musim sejuk ni bila bil elektrik yang melambung tinggi. Phhheeeewwww… Mana taknya… siang malam pasang heater, dryer lagi, air panas lagi… Menggigil-gigil nak tengok bil elektrik akan datang ni. Huhuhu...

Sejak 1hb yang lepas, masuklah musim bunga. Kat kiri kanan jalan semua pokok-pokok yang dulunya togel masa winter dah mula berbunga. Pokok prun kat sekitar appartment tempat tinggal aku ni pun dah berbunga dengan cantiknya. Cantik sangat bunganya yang berwarna pink tu. Pokok ‘apa-ntah’ kat depan balkoni rumah aku ni pun dah mula berbunga dengan lebatnya. Cantik! Tapi keran pulak semakin banyak berterbangan.

~Niesreena dan ayah Niesreena kat pokok-pokok prun yang lebat berbunga~

~Pokok 'apa-ntah' depan balkoni apparment kitorang~

Hujan pun sekarang ni dah makin berkurangan dan matahari dah mula terpancar terang. Kadang-kadang terasa jugak kehangatan matahari, membuatkan aku dan Niesreena dok berjemur kat ruang tamu sebab sinaran matahari masuk straight ke dalam rumah. Best! Walau macam manapun hari ni nampak gayanya mendung semula. Mungkin tempias-tempias winter masih ada lagi.

Actually inilah first time kitorang nak mula merasa musim bunga kat sini sebab last year kitorang balik Malaysia. So, tahun ni sebelum balik semula lagi ke Malaysia beberapa hari lagi ni *yey!*, sempatlah nak tengok bunga-bungaan berkembangan kat sini dan balik ke Malaysia dengan hati yang berbunga-bunga. Hehehehe…



*juliet le sweetheart : allergi bunga


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top