♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, June 5, 2009

Round Victoria in 3 days

Seperti yang telah dirancang, perjalanan untuk round Victoria dalam 3 hari pun bermula! Hari ni kitorang rancang untuk ke Great Ocean Road dulu. Actually kitorang dah pernah pergi GOR ni 2 tahun lepas *masa tu Niesreena 4 bulan! :)* tapi tak puas. Memandangkan PIL ada kat sini, so kitorang pun bawaklah diorang dan nak enjoy puas-puas kat sana! :)

Kitorang bertolak dari Waterdale agak lewat. Pukul 10.30 pagi baru jalan. Aku tidur dari start jer enjin kereta sampailah ke Geelong. Penat kenduri malam tadi tak hilang lagi. Hehehe... Oh ya... Kitorang berconvoi dengan Diana. Diana bawak adik-adik dia yang datang bercuti dari Malaysia jugak.

Destinasi pertama kitorang ialah Jan Juc Beach kat Torquay. Pantai ni terkenal sebagai tempat surfing. Memang masa kitorang sampai tu ramai sangat surfer yang dok tunggu ombak, tapi ombak tak sampai-sampai pun. So, diorang dok berenang jer atas surfing board tu. Agak diorang ni tak sejuk ke ek? Cuaca sangat sejuk. Lebih-lebih lagi bila berangin.

Pantai Jan Juc ni memang cantik. Pasir pantai dan air sangat bersih. Permandangan luas saujana memandang. Aaaarrrrhhhhh... tenang jer rasanyer... :)

Kemudian kitorang meneruskan perjalanan ke Lorne. Perjalanan memakan masa lebih kurang 35 minit. Perjalanan dari Torquay ke Lorne sangat cantik sebab sepanjang 45 km tu kitorang lalu kat tepi pantai. Tapi yang tak tahannyer sebab jalannyer berbelok-belok macam ular. Niesreena siap muntah lagi! Aku pun hampir muntah gak tapi cuba lelapkan mata untuk elakkan muntah. Hehehhe... berhasil! Nasib baik tak muntah!

Tiba di Lorne, kitorang berhenti untuk makan dan solat.

Selesai makan dan solat dan snap gambar *wajib!* serta beli sedikit cenderamata, kitorang teruskan perjalanan ke Twelve Apostles; lebih kurang 130km dari sini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Bila kitorang sampai kat Twelve Apostles hampir pukul 5, dah nak masuk maghrib. So, hari dah agak gelap. Tapi alang-alang dah sampai kitorang pergi gak ke sana. Aku tunggu dalam kereta jer sebab sejuk dan baby Naufal kelaparan nak menyusu.

Malam ni kitorang bermalam kat Stawel. Tak berapa jauh dari Twelve Apostles sebab esok kitorang akan ke sana semula.

*Lagi gambar kat *juliet le sweetheart's Picasa Web Album



*juliet le sweetheart : mabuk jalan



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top