♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 25, 2010

Fisher-Price Infant Toys

Pagi tadi, bila bukak blog aku ni, tetiba tengok kat Nuffnang tu dah ada iklan. Terkejut gak aku. Tak der plak aku dapat e-mail ke hapa pasal iklan Fisher Price ni. Cumanya pagi tadi ada lah jugak dapat e-mail kedua dari Nuffnang untuk kempen lain plak. Best! Best! Errr... kalau dua iklan tarikhnya overlap macam mana? Nak kena letak dua link Nuffnang ke kat situ? Hmmmm... aku pun confused.

Iklan yang sedang berlansung atau bersiaran *cheh!* dari blog aku sekarang ni ialah iklan Fisher-Price Infant Toys. Ni nak promote sikit ni. Hehehehe...

Permainan-permainan Fisher Price ni macam semua orang sedia maklum memang best. Dan yang penting sesuai dengan perkembangan minda anak-anak. Biasanya permainan-permainan dia ada muzik dan lampu-lampu. Buat budak-budak leka main.

Niesreena dan baby Naufal pun ada beberapa barang mainan daripada Fisher Price.

Fisher-Price Stride-To-Ride Lion ni kitorang belikan untuk Niesreena dulu. Selain boleh wat duduk, boleh jugak dijadikan walker. Sekarang ni baby Naufallah yang guna. Kalau walker ni bergerak, akan keluar lagu, pastu hidung dia akan menyala lampu. Tapi aku rasa bentuk macam ni sekarang dah tak der jual lagi. Kat OZ ni aku dah tak nampaklah. Tak tau lah kat Malaysia. Tapi masa aku balik bercuti yang terbaru ni, aku tengok masih ada dijual lagi kat Jaya Jusco.

Fisher Price kick gym ni pulak enche Neezam belikan untuk baby Naufal. Gym ni jugak akan keluarkan bunyi dan lampu bila disentuh.

Ada banyak lagi barang permainan Fisher Price yang menarik. Harga dia pun tak lah terlalu mahal.

Menarik? Tertarik? Haaa... apa lagi... jom ler klik pada ads Fisher Price tu untuk tengok lebih banyak lagi mainan! :)

Wednesday, March 24, 2010

Koleksi buku Niesreena

Niesreena ada beberapa koleksi buku. Kebanyakan buku-buku Niesreena ni, aku dan enche Neezam belikan atas kehendak Niesreena sendiri. Niesreena memang suka minta beli buku. Nasib baik buku-buku kat sini tak mahal pun. Tak mahal tapi cantik dan menarik.

Niesreena memang suka baca buku walaupun tak reti lagi membaca. :) Niesreena buka buku dan buat-buatlah membaca. Sambil jari telunjuk Niesreena tunjuk atas baris-baris perkataan tu, sambil mulut Niesreena berbunyi-bunyi. Kononnya membacalah tu. Kejap bahasa melayu, kejap bahasa inggeris. Kalau ada gambar, Niesreena akan bina ayat daripada gambar yang dia tengok tu. Contohnya, bila Niesreena tengok gambar arnab macam melompat, Niesreena buatlah ayat "Bunny jumping jumping". Padahal ceritanya lain. Kelakar tengok... Hehehhe...

Yang bagusnya, bila aku bacakan untuk Niesreena, nama-nama watak dalam buku tu, Niesreena akan ingat. Pastu bila Niesreena 'membaca sendiri', Niesreena akan buat ayat sendiri berdasarkan gambar tapi gunakan nama watak sebenar dalam buku tu.

So, ni antara buku-buku Niesreena. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi tak kuasa nak keluarkan semua sebab malas nak kemas semula. ;p

~Niesreena bersama-sama sebahagian daripada koleksi bukunya~

~Buku cerita beserta cd~

~Set buku-buku mini~

~ABC's bergambar dari A ke Z~

~Nursery Rymes~

~Pooh's~

~Hadiah daripada kengkawan~

~Niesreena dengan koleksi buku-buku berdasarkan cerita-cerita haiwan~

~Baby Naufal pun nak membaca jugak~

~Games book~

~Flash card~

~Niesreena suka flash card tapi yang geramnya, bila dah baca, Niesreena tak kemaskan dalam kotaknya semula... mama jugak yang kena buat~

~Buku-buku cerita kenderaan~

~Niesreena's favourite book~

Setakat ni Niesreena masih belum dapat hafal A to Z lagi. Kalau mengira 1 to 10 dah bolehlah. Tapi Niesreena dah kenal beberapa abjad. Abjad pertama yang Niesreena kenal ialah 'W'. Niesreena kenal 'W' sejak usia dia 2 tahun lebih lagi. Entah apa yang dia berkenan sangat dengan 'W' ntah. Hehehe... Tapi sekarang dah banyaklah yang Niesreena kenal.

Aku tak nak paksa-paksa dia cepat sangat membaca ke hapa. Biarlah secara semulajadi. By the time dia sepatutnya boleh membaca, insya Allah dia akan boleh membaca. Buat masa ni biarlah minda dia bermain-main dan berimaginasi sekreatif yang boleh. Tapi walau macamana pun, aku sedikit sebanyak tetap akan mengajar juga Niesreena. Sejauh mana dia boleh terima kan.

Apa-apa pun, aku memang kagum dengan budak-budak bijak yang umur belum masuk 3 tahun dah pandai membaca. Macam enche Neezam dulu. Enche Neezam dah boleh membaca dengan lancar masa umur 3 tahun! Ni bukan enche Neezam citer, ni MIL aku yang cerita. So, memang tak tipulah. Hehehe...

Ok Niesreena, jom membaca!

Tuesday, March 23, 2010

E-mail pertama dari Nuffnang

Yup!

Just got an email from Nuffnang. First email!

Katanya... blog aku terpilih untuk kempen @k@ iklan.

Yeppie!

Iklan akan bermula pada 28 March ni. Maksudnya, bila 28hb nanti, ads Nuffnang kat sidebar aku ni, akan bertukar kepada iklan.

Tapi yang tak bestnyer... eerrrr... iklan tu ialah iklan ********.

Teet...

Tunggulah 28hb nanti.

Tunggu & lihat klik, ok!


You might also like...

1
Nuffnang
.
1
Blog abang
.
1
Mailbox full!
.

back to top