♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, June 25, 2010

Handsome boy

Hari ni dengan tekad dan tawakalnya, aku telah meng'alter' rambut Naufal. Selamba... aku dah rimas tengok rambut Naufal panjang. Kalau tak, kadang tu aku ikat jer rambut Naufal, tapi dah macam perempuan plak aku tengok. Comel pulak tu! Kiut miut! Pastu tetiba terdetik kat hati aku ni nak pakaikan Naufal skirt Niesreena yang dah kecik. Ish! Tak boleh jadi ni! Mau jadi sutun anak jantan aku sorang ni kang kan?

So, mau tak mau... aku decide untuk potong jer lah rambut Naufal yang dah panjang tu. *Sebelum imaginasi aku memperempuankan Naufal menjadi lebih parah! Hahaha...*

Dengan hanya berbekalkan gunting pemotong ikan dan jari-jari yang masih ekzema, aku dengan tekadnya telah menggunting pendek rambut anak jantan aku! Muahahahhaha...

SEBELUM

Dan SELEPAS hasil tangan aku yang amatur dan kreatif... Muahahhaha...

Layaaaaaaannn...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ready?

Jeng... jeng... jeng...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Taaaadaaaaa!!!

*Harap maaf. Kualiti gambar sangat tidak memuaskan sebab si kecik ni tak retilah nak duduk diam ketika mama dia berusaha nak tangkap gambar dia. Harap maklum!

Habis pendek! But not so bad, kan? Hehehe...Yang penting, Naufal still comel, handsome, kiut dan miut... Hahaha... Sila jangan jelous! ;p

So, ada sesaper nak cari barber? Meh aku guntingkan! Ada berani???!!!

Thursday, June 24, 2010

All the way from France!

HE is sooooo happy today! Woot! Woot!

HE

adored

admired

dreamed of

looking for

this thing for a long long time...

And now, at last, jatuh terjelepuk on his arms!

Just arrived this morning, all the way from France.

Guess what in it?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Levi's

501 BIG E

Selvedge @k@ kepala kain

And the love letter!


Wednesday, June 23, 2010

Si dia ke Canberra

Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun. Goreng bihun untuk suami tercinta wat bekalan ke Canberra. Sebenarnya, bukan tak der makanan halal kat Canberra tu, tapi enche Neezam nak makan air tangan isteri jugak... hehehhe... so sweet...

So, pukul 3 pagi tadi, enche Zafiri dengan baik hatinya telah menghantar enche Neezam ke Tullamarine Airport. Enche Neezam ke Canberra sebab nak ke Kedutaan Malaysia kat sana. Nak renew passport. Enche Neezam balik hari jer. Tak tidur kat sana pun. So, enche Neezam ambil first flight dari Melbourne ke Canberra dan akan balik dengan flight terakhir, tiba kat Melbourne lebih kurang pukul 8 malam nanti. Insya Allah...

Sebenarnya, kesian kat enche Neezam sebab ke sana sorang-sorang jer. Hati ni rasa melonjak-lonjak jer nak ikut, nak temankan. Tapi pada masa yang sama, tak sampai hati pulak nak tinggalkan si comel duorang ni kat orang. Huhuhu... So, tak perlah... Enche Neezam pun tak kesah nak ke sana sorang-sorang. Aku jer yang over. Hehehe...

Pagi ni jer dah beberapa kali enche Neezam call, bagitau status terkini dia kat sana *cewah* dan jugak bertanyakan pasal budak-budak.

Semoga segala urusan enche Neezam kat Canberra tu dipermudahkan dan berjalan lancar. Dan yang penting, aku doakan semoga perjalanan enche Neezam selamat, pergi dan balik. Amin...

Ps: beginilah jadinya kalau isteri jarang berpisah dengan suami. Si suami baru outstation sehari, dekat jer pulak tu, tapi si isteri dah risau dan tak keruan macamkan berpisah berminggu-minggu! Layankan jer lah... huhuhu...

back to top