♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 7, 2014

Timun laksa johor

Assalamualaikum wbt

Salam hari Jumaat uolls! Aku rasa sekejap jer minggu ni dah hari Jumaat balik.

Haaaaa... hujung minggu ni ada saper-saper plan nak buat laksa johor tak? Nak jemput aku datang makan tak? Huhuhu... Teringin plak nak makan laksa johor tapi tak cukup bahan. Masa nak buat pun tak der sebenarnyer.

~ Laksa johor dalam gambar-gambar ni aku buat last time kat rumah emak abah~

I ❤ laksa johor! Lebih-lebih lagi kalau aku yang masak sendiri. Yummeh... Hahahha... Sedap tau aku buat. Jangan tak caya. Adddooiii... nyampah kan... masuk bakul, angkat sendiri!

Tapi serius... resepi laksa johor yang aku jumpa dulu memang perfect! Jumpa kat majalah kot. Tak ingat dah. Aku buat first time terus jatuh cinta sebab memang sedap giler. Kalau nak resepi tu, boleh klik sini.

Sebenarnya hari ni, selain nak kongsi resepi laksa johor *lagi* dengan korang, aku jugak nak kongsi tips atau cara-cara potong timun laksa johor ni. Actually, ada kawan-kawan yang tanya. Tapi tak pandai nak explain secara teori. Cewaaahhhh...

So, hari ni, aku nak kongsi cara-cara potong timun laksa johor secara praktikal. Hahaha... praktikallah sangat kan... Praktikal dalam gambar jer lah yer...

Cara potongan timun laksa johor memang lain sikit. Unik! Bukan main potong panjang-panjang macam sumbat kat tahu tu.

So, memula, kenalah buang kulit dan bersihkan timun tu terlebih dahulu. Pastu belah timun seperti gambar di bawah ni.

Kemudian, potong atau hiris timun perlahan-lahan seperti gambar bawah ni. Putuskan bila dah panjang dalam 4 cm. Sambung potong atau hiris 4 cm lagi hinggalah sampai ke empulur timun tu.

Empulur/tengah timun tu bolehlah dibuang. Kemudian, susun kepingan timun tadi seperti gambar di bawah ni dan hiris halus.

Siap! Senang kan? Bolehlah hidangkan timun dengan bahan-bahan laksa yang lain.

Selamat mencuba!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top