Quote from my husband fb. Let us keep praying for MH370. #day6
Ya Allah, yang maha luas kuasaNya, yang maha pengasih, yang maha penyayang, yang maha mengetahui.
Kami hambaMu yang hina ini dalam kekalutan, kesedihan, kebingungan, dan tidak ada daya melainkan izinMu ya rabb. Tercari-cari terkapai-kapao lantas mencipta andaian mencipta teori mencipta prasangka bahkan mencipta musuh dan pembenci tanpa disedari.
Kami redha segala ujian yang dianugerahkanMu ini Ya zal jalaali wal ikram. Kerana itu kami semua berusaha dengan kemampuan yang berbeza-beza. Kami mencari, kami menjelajah, kami dampingi mereka yg bersedih kehilangan keluarga di dalamnya, atau sekurang2nya kami bersimpati dan berdoa semampu dan sedaya.
Ya rabb,
Kami mohon padaMu walau tahu betapa hinanya kami dengan dosa-dosa yang tidak terhitung kepadaMu, Ya Latif, serlahkanlah, tunjukkanlah, pulangkanlah MH370 dan seisi perut kapal pesawat itu dengan selamat, amin ya rabb, berkat hari Jumaat, penghulu sekalian hari.
Amin
No comments :
Post a Comment