♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 29, 2014

Neb dan balik!!!!

Hari ketiga Naufal kat sini.

Alhamdulillah... sejak dari subuh tadi suhu badan Naufal normal. Tak panas dah.

Cumanya, kata doktor, macam ada bunyi kat paru-paru. So, takut ada jangkitan kuman.

Petang tadi Naufal diberi neb.

Lepas pemeriksaan oleh doktor, doktor kata Naufal dah ok!

~Baju Naufal 'I'm on vacation'. Hehe... Ha ah... Vacay kat hospital! ~

Alhamdulillah...

Naufal boleh discharge hari ni!

Naufal dah boleh balik!

Lega rasanya...

3 hari 2 malam kat hospital... Penat rasanya... Macam nak bengkok tulang belikat!

Tak dapat bayang orang yang sampai seminggu lebih 'check-in'. Mesti penat giler!

Apa pun...

Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah atas dugaan yang engkau berikan ini. Terima kasih kerana makbulkan doa kami agar Naufal diberikan kesembuhan...

Terima kasih atas doa semua jugak.

Harap-harap Naufal akan semakin sihat, kuat dan lasak macam biasa!

Amin...

Mama sayang sangat kat Naufal!

No comments :

back to top