Nop! Hari ni rasa macam mebebel... Nak ketuk-ketuk kekunci laptop ni. So, hari ni Writing Wednesday! Tapi... wordless title... tak tau nak letak tajuk apa... *sigh*
Aku tahu, korang pun tahu... pada saat ini, rakyat Malaysia masih berduka atas kehilangan pesawat MAS MH370. Aku pun! Sedih sangat...
Walaupun tak der sedara mara atau kenalan dalam flight tu, tapi aku tetap rasa sedih dan asyik terkenangkan nasib diorang dalam flight tu. Apa yang boleh kiter buat... berdoa je lah... Berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah swt. Semoga Allah swt membuka jalan buat kiter semua menemui semula pesawat malang tu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" – [Al-Baqarah:153]
Kesian Malaysia... Rasanya, sejak beberapa bulan kebelakangan ni, Malaysia tak sudah-sudah ditimpa musibah. Daripada musim kemarau, keadaan jerebu, air tak cukup, kes denggi yang naik mendadak dan sekarang ni kehilangan MH370 yang penuh misteri.
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." – [At-Taghabun:11].
Petang semalam, keluar jer dari office, terbau asap kebakaran. Bila lalu Elite, kat kiri kanan simpang ke Putrajaya ada kebakaran! Even rumput kat tepi jalan pun terbakar. Asap hitam dari kebakaran berkepul-kepul naik ke udara. Kat R&R Dengkil tu jangan cakaplah... hari-hari terbakar!
Kat sekitar Nilai-Sepang ni, bukan setakat hutan-hutan kecil terbakar, malah pokok-pokok tepi jalan pun dah mula terbakar. Betapa panasnya cuaca sekarang ni kan?
Paling mengejutkan, bila abu-abu kebakaran beterbangan sampai ke laman rumah!
Nampak tak hitam-hitam tu... Daun yang hitam terbakar terbang sampai ke laman rumah...
Keadaan jerebu di Nilai-Sepang pun semakin teruk. IPU di tahap tidak sihat. Hari ni tahap IPU kat Nilai dah meningkat ke 108! Tekak aku pun dah mula rasa sakit. Risau sangat pasal kesihatan anak-anak bila keadaan cuaca tak sihat macam ni.
Kat area rumah dah hampir 2 bulan tak hujan langsung! Rumput dekat laman pun dah semakin kering. Air pulak kena catu; alternate 2 hari. Bila tak der air, kesian sangat kat rumput. Mesti kehausan... So, bila ada air, enche Neezam akan siram rumput lama-lama sikit.
"Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda."
Aku percaya, semua musibah ni adalah ujian dari Allah swt. Kiter, umat manusia, mungkin semakin leka dengan segala nikmat yang Allah swt bagi sebelum ni dan terlupa dan malas untuk berasa syukur.... Lalai dan terlupa pada rukun Islam dan rukun Iman yang sepatutnya sentiasa menjadi asas dan pegangan hidup kita. Terlalu fokus pada kekayaan dan kehebatan di dunia! Sehingga kita lupa yang semua ni hanya pinjaman. Semuanya milik Allah yang agong!
"Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)" - (QS. Al A’raaf [7]:168)
Sedih tengok keadaan dunia sekarang. Dunia semakin tua... Manusia pun semakin leka...
Semalam aku dan enche Neezam sempat bercerita pada Niesreena dan Naufal.
Dulu masa mama kecik-kecik, tengok keadaan macam ni (luar yang berjerebu), mama suka sangat sebab tu adalah kabus, bukan jerebu. Cuaca sejuk dan segar. Seronok tarik nafas dalam-dalam. Pagi-pagi ada embun...
Ayah dulu suka main embun kat daun.
Tetiba Niesreena tanya "embun tu apa?"
Hmmmm... mana nak cari embun sekarang? Malam hingga ke pagi cuaca panas. :(
Bilalah keadaan akan menjadi sedia kala, kan?
Cuaca tak terlalu panas...
Hujan turun membasahi bumi...
Tak der lagi jerebu...
Langit biru terbentang luas...
Tak der lagi aedes dan denggi...
Dan yang paling penting sekarang... kembalinya MH370...
Seriously, aku takut sangat bila ada kuasa-kuasa besar yang nak campur tangan dalam masalah negara kita. Lebih-lebih lagi US yang suka mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh.
Berusaha dan berdoalah, agar semuanya kembali baik seperti dulu... Berdoalah, Allah swt sentiasa melindungai Malaysia... Berdoalah... Berdoalah bersungguh-sungguh!
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
No comments :
Post a Comment