Hari ni masuk hari ke-tiga kehilangan MH370. Aku percaya... bukan sahaja aku... tapi seluruh rakyat Malaysia merasa resah dan gelisah dengan kehilangan tanpa jejak ni.
Pagi Sabtu lepas, first time mengetahui kehilangan pesawat Boeing 777-200 melalui status fb yang dikongsi rakan, rasa macam tak percaya.
"Betul kerrrrr???"
Memang tak percaya... Tapi bila buka tv... headlines semua mengenai kehilangan pesawat MAS yang dari perjalanan dari KLIA ke Beijing! Ya Allah! Rasa macam bermimpi! But sadly... it's NOT a dream!
Dada tiba-tiba rasa berdegup kencang! Macam tak percaya perkara ni terjadi pada Malaysia Airlines!
Beberapa minit kemudian, ada kawan kongsikan status fb yang pesawat tersebut dah mendarat di Nanning, China. Rasa lega sangat!
Tapi kemudiannya dapat tahu yang berita pendaratan tu sebenarnya fake!
Sepanjang 2 hari lepas kitorang menonton tv, terutamanya saluran Astro Awani untuk dapatkan maklumat terkini. Nak tengok cerita lain pun tak der selera. Kepala otak pun asik terfikir, "Kat manalah diorang?", "Apalah nasib diorang?", "Entah hidup, entahkan mati".
Sedihnya...
Yang pastinya kerajaan Malaysia dan negara-negara lain, ramai yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamatkan MH370. Semoga Allah permudahkan segala usaha dan melindungi diorang yang terlibat dalam misi ni.
Kehilangan HM370 bukan saja menjadi headlines di Malaysia, malah diseluruh dunia! Lebih-lebih lagi terdapat penumpang dari 14 buah negara lain yang terlibat.
Kat fb dan twitter, jangan cakaplah... terdapat banyak bukti, teori dan andaian telah dikongsikan. Entah betul, entah tidak. Ada bukti-bukti atau kemungkinan-kemungkinan dengan harapan membawa penemuan pesawat malang ni. Ada jugak yang 'berusaha' buat fake pictures, fake videos, fake watsapp, status melampau! Giler! Ada banyak betul spekulasi!
Tak payahlah nak printscreen kat sini kan... Korang pun mesti dah baca sendiri status-status bodoh kat fb dan twitter kan? Mainkan perasaan keluarga yang terlibat, salahkan kerajaan dan yang paling sakit hati bila mainkan nama Allah! Haiiisssshhhhh... stupido betul diorang tu! Ya Allah... kau lakhnatlah mereka yang kurang ajar tu! Turunkanlah bala pada diorang pulak. Biar diorang rasa bila diorang pulak yang terkena!
Brainless!
Haaaiiisshhhh...
Walaupun apa yang terjadi ni tak melibatkan ahli keluarga mahupun rakan-rakan kebanyakkan dari kita, tapi aku percaya, ramai rakyat Malaysia yang turut bersedih dan terlalu ingin sangat nak tahu tentang misteri kehilangan pesawat MH370 ni. Janganlah kiter berputus asa untuk berdoa yer...
Hingga ke saat ni, masih tak der bukti dimana dan apa terjadi dengan pesawat malang ni. Aku harap sangat diorang masih hidup dan akan ditemui tak lama lagi. Sama-samalah kita doakan agar diorang selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing... Amin...
3 comments :
let us together pray for their safety..MH370 please coming back safely...
Amin... :(
Amin... :(
Post a Comment