♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, July 9, 2008

Resepi laksa johor istimewa

Sajer jer letak perkataan ‘istimewa’ kat tajuk tu. Apa yang istimewanya ek? Istimewa sebab ini resepi aku dan lebih istimewa bila aku yang memasaknyer. Hehehehhe…

Malam tadi ada ceramah agama di rumah kak Tasha. Macam biasa setiap kali ada ceramah mesti kitorang akan buat potluck. Malam tadi aku wat laksa johor istimewa. Ramai yang minta resepi. Sedaplah tu… Huhuhu…

Actually aku dapat resepi asal laksa johor *yang belum istimewa* ni dari adik ipar aku, Aireen. Aireen dapat dari suratkhabar mana ntah. Aireen ajak aku sama-sama try buat laksa johor tapi aku ni tak reti kalau masak ramai-ramai kat kat dapur apatah lagi kalau ramai-ramai kat periuk. So, Aireen dengan senang hati menjadi pembantu chef dan tolong potong dan kisar apa yang patut.

First time buat, lengkap semua bahan, maklumlah kat Malaysia senang jer nak cari bahan. Alhamdulillah, hasil air tangan kitorang ni amat memberangsangkan tekak dan perut. Hehehe… Lebih seronok bila ayah mertua aku pun dok puji-puji laksa kitorang ni. Katanya, "tak payah dah nak pergi jauh-jauh cari laksa sedap. Kat rumah dah ada chef pandai buat laksa." Bangga tu… Sebab tu aku ingat kata-kata pujian ayah mertua ku itew. Hehehhe…

So, I dedicated this entry to miss G and some other friends yang aku tak ingat, yang meminta resepi laksa johor malam tadi. Aku tak tau nak bagi resepi macam mana malam tadi sebab bahan-bahannya tersangatlah banyak. So, idea menulis resipi laksa Johor kat blog aku ni datang dari miss G.

Oooo… sebelum tu, just nak inform, aku ni kalau memasak tak reti nak sukat-sukat berapa cm, berapa gram. Aku setiap kali masak main campak-campak jer. Kalau terkurang… tambahkan… kalau terlebih… oterlah apa yang patut. So, sukatan kali ni aku bagi mengikut apa yang aku guna untuk hidangan malam tadi k!

Selamat mencuba!


Laksa johor istimewa (Sajian 2 liter)

Bahan-bahan A (dikisar)

Bawan merah besar 1 biji, bawang putih 5 ulas, halia sebesar 2 ibu jari, cili kering <> 15 biji, cili boh

* kalau suka pedas letaklah cili lebih k!

Bahan-bahan B (dikisar)

2 tin ikan markarel in oil (boleh beli kat Safeway), ikan markarel masin sebesar tapak tangan (boleh beli kat kedai Viet kat Preston), sengenggam udang geragau, sengenggam udang fresh kecil-kecil dibuang kulit

Bahan-bahan C (ulam-ulaman dan dipotong-potong)

Daun kesum, timun, bawang, kacang panjang, cili merah, bawang goreng, bunga kantan dan limau nipis (kalau jumpa)

* Timun untuk laksa johor ni ada cara potong dia. Tak sama macam cara potong untuk makan rojak atau sumbat dalam tahu sumbat. Tapi aku tak reti nak describe cam ner. Yang bahagian tengah dalam timun tu memang tak pakai. Pandai-pandai koranglah yer… Malam tadi ada tengokkan macam mana rupa timun tu? ;p

Bahan-bahan lain

Rempah kari daging 2 pek kecil, 2 sudu besar kerisik kelapa, 1 sudu petis, santan 2 tin, gula dan garam secukup rasa, asam keping, jus lemon * boleh ganti dengan tamarin.

Sambal belacan istimewa Neezam.

Cara-caranya…

Bila minyak dah panas, tumiskan bahan-bahan A sampai garing, jangan sampai hangit ye tuan-tuan dan puan-puan.

Then masukkan rempah kari daging. Goreng sekejap.

Masukkan bahan-bahan B bersama-sama petis dan kerisik kelapa. Bila petis dan kerisik dah cair dengan kuah tadi baru masukkan garam dan gula secukup rasa, asam keping, dan lemon juice. Sukatan manis, masin dan masam ikutlah citarasa masing-masing yer.

Oh ya… masukkanlah jugak daun kesum, tambah sedap kalau ada bunga kantan. Tapi kat sini aku tak pernah jumpa bunga kantan.

Last sekali masukkanlah santan. Bila dah mendidih tutuplah api.

Untuk speghetti nyer. Just rebus macam biasa. Tapi jangan lupa masukkan minyak dalam air rebusan tu supaya speghetti tu tak melekat-lekat bila dah masak nanti.

Siap untuk dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman dan sambal belacan! Sedap ketika dimakan panas-panas. Yum yum…


*juliet le sweetheart : mula aktif memasak bila dah duduk kat sini. Kat M’sia dulu malasssss…


6 comments :

Nat said...

Hehehe..mcm tau2 aje akak teringin nak makan laksa johor original.

Selalunya if kat M’sia, mak akak guna ikan tenggiri or ikan parang. Tu yg kat sini confuse tu nak guna apa..rupanya mackarel in oil pun sedap gak…

Satu lagi, org johor letak gak lobak asin jeruk as garnish..

Apa2 pun mmg terangkat lah laksa Julie. Siap muka tak malu cedok kuah nak mkn utk hari ni..hehehehe

*juliet le sweetheart said...

hehehehehe... :)

Zuraida said...

Laksa Johor memang sedap tu.. Start kenal laksa Johor ni masa kenal husband la.. Last2 setiap tahun kalau kita wat paper majlis menu tu tak pernah tinggal..

*juliet le sweetheart said...

Kat Msia dulu selalu makan laksa kat ‘Laksa Shack’. Sedapnya… Macam-macam jenis laksa ada

cik sz said...

wahh sedapnya... bahan2 tu sumer mmg senang nak dpt ye kat sane? cam daun kesum tu beli ke tanam tuh?

*juliet le sweetheart said...

X lah senang sangat nak dapat. Nasib-nasib jer. Kalau nasib baik, jumpa; kalau tak, selai daun kesum pun tak nampak bayang. Tapi kalau bunga kantan tu memang tak pernah jumpa lah kat sini. Sedapnya kalau ada bunga kantan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top