Tips ni aku dapat daripada email salah satu yahoogroups yang aku join. Sangat bagus untuk dikongsi dengan kengkawan samada yang telah berumahtangga juga yang bakal berumahtangga. *Aku ni tak kedekut ilmu tau ;p wink* Dan kebanyakkan daripada tips ni memang aku dan suamiku yang tercinta praktikkan setiap hari dalam kehidupan kitorang yang penuh ceria ni. So, marilah kite sesama cuba tips ni ok.
Tips cinta suami isteri
- Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
- Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian di atas tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. :)
- Walau sesibuk mana sekalipun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walaupun sekadar untuk bertanya "tengah wat pe tu?".
- Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti "I love you" sebelum keluar kemana-mana / berpisah, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
- Cubalah sesekali untuk mencari peluang makan berdua-duaan sahaja dengan pasangan samada di rumah atau keluar ke restoran. Romantik gitu…
- Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan untuk meluahkan perasaan. *Selain cerita pasal progress phD, Neezam selalu cerita pasal mat bangla yang seoffice dengan Neezam. Masalahnya… mat bangla tu busuk yang amaaaattttt… Neezam tak tau cam ner nak tegur. Nak suruh dia berus gigi dan mandi. Hehehe… Any idea?
- Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. *Isu bola? Boring… tapi aku tadah gak telinga bila Neezam citer pasal bola. Huaaaaahhhhh…
- Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biarkan berlarutan walau untuk satu jam sekalipun apatah lagi berhari-hari.
- Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walaupun sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting adalah berada di sisinya. *Aku tak mampu nak teman Neezam bila dia tengok bola pukul 2, 3 pagi. Tidur lagi bessssttttt!
- Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. *Tak pernah berpisah tempat tidur tapi ada ‘pemisah’ antara kitorang… Huhuhu…
- Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. Suami, ciumlah dahi isteri. *Alhamdulillah kitorang amalkan setiap hari bila bendera jepun tak naik.
- Tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
- Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. *Musim sejuk tak leh nak pakai seksi-seksi. Teeeeettttttt… huhuhu…
- Senda gurau dalam rumahtangga amat penting. Ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. *Jatuh cinta kat Neezam sebab Neezam suka berlawak. ;D
- Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak, dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.
- Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. *Tak pernah jemu dengan penampilan suamiku itew.
- Amalkan sikap sentiasa berdandan, wangi, kemas dan bersih demi pasangan samada di rumah dan juga apabila keluar berjalan. Jangan bila keluar bukan main cantik, hensem tapi bila duduk kat rumah bukan main lagi selekehnya. *Ini memang selalu terjadi pada setiap pasangan. Betul tak? I’m trying not to. Huhuhu…
- Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
- Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi pasangan samada suami atau isteri yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. *Salah satu daripada azam aku sejak menjadi isteri...
- Sentiasa memuji pasangan samada dari paras rupa atau masakkan pasangan anda. *Aku yang selalu dipuji. Hehehe…
Cubalah tips-tips kat atas tu ye kengkawan, tapi yang penting kite kena sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dipanjangkan jodoh kite hingga ke akhir hayat dan dikuatkan iman agar tidak terdengar fitnah dan hasutan syaitan yang sentiasa berbisik ke telinga kite. Amin…
*juliet le sweetheart : sayang sangat kat Neezam!
4 comments :
julie…masa wira belajar dulu pun ada mamat jepun yg busuuuk giler! sebelah meja wira pulak tu..tempat duduk dia… jaket yg dia pakai mmg busuk, sid siap bekalkan febreeze kat wira suh semburkan kat jaket dia…
tapi, tak berkesaannnn still busuk gak…hahahaha….
tiap kali wira tengah makan dalam lab then tiba2 dia datang…wira terpaksa bernafas ikut mulut! hihihi kesian……
apa lagi wak…bekalkan ubat gigi dan berus gigi kat neezam…letakkan atas meja mat bangla tu…plus minyak wangi! hihihi good luck to neezam!
Kalau Kak Ema, cakap direct kot…tulih surat, bahasa baik2..
“Dear Bangla,
Please do not get offended, but I am offended with your smell..bla bla bla”
uisshhh..julie tipu jerk. Mr Ferdous is as wangi as Issey miyaki 125 ml. Kewangian tahap cipannya itulah yang menyebabkan saya nak sangat study di office dengan salah satu keadaan/strategi begini:
1. sepit hidung pakai sepit sidai baju
2. spray CK atau Elizabeth Arden dalam kedua2 lubang hidung saya setiap 4 minit sekali
3. duduk at least 1km drpd mr ferdous
4. pergi kat mr ferdous, dan tape/staple/jahit mulutnya yang harum semerbak bagai kasturi di neraka
5. tarik hos bomba, siram badan mr ferdous sambil sabunkan badannya menggunakan frangipani atau bunga kemboja dan disudahi dengan memanjakan tubuh badannya dengan losyen2 wangi seperti johnson&johnson.
6. anggap bahawa udara yang dihirup dan dihembus semasa adanya mr ferdous adalah senyaman dan semerbak ketika berjalan di tengah2 taman bunga2an yang mekar menguntum mengeluarkan bau2 harum dan segar (padahal aku asyik bayangkan tengah duduk dalam jamban yang baru aje digunakan oleh org lain untuk buang air besor, atau senang cite..tengah berendam dalam loji najis…weeekkkkk!!! nak muntah aku masa tgh tulis mende tak berpekdah nih)
p/s: tobat, tobat tak pergi opis kalau ada mr firdous…kesian dia,nak tegur takut dia kecik hati..so pendam jelah perasaan aku neh..ummi je yang betul2 dah rase ape aku rasa, sampai dia pun beli pewangi letak depan pc..wahahahahah!!!
Great tips! Will definitely fwd this to my hubby.. huhu
p/s: Psl Mr. Bangla tuh, the best way is a direct, TACTFUL approach. Good luck!
Post a Comment