♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 7, 2010

Strong boy!

Pagi-pagi lagi dah keluar bawa Naufal dapatkan imunisasinya yang ke setahun kat Reservoir. Ni adalah imunisasi Naufal yang terakhir Naufal dapatkan kat tempat lahirnya ni. Lepas ni imunisasi kat Malaysia lah pulak yer.

Hari ni Naufal dapat 3 injection; rubella, meningococcal dan hib. Yang bagusnya, Naufal tak nangis pun. Just menjerit sikit jer bila mula-mula kena suntik. Masa suntikan ketiga tu lagilah... tak menangis atau menjerit langsung. Uwek sikit pun tak der. Nurse yang bagi suntikan tu pun cam taksub jer tengok Naufal. Siap cakap, Naufal "Strong boy!"

Video kat bawah ni menunjukkan betapa kuatnya Naufal. Hahaha...

video

Macam biasa, lepas dah dapatkan suntikan, kena tunggu 15 minit sebelum boleh balik. So, sempatlah bergambar sekejap *wink*.


3 comments :

MaSLiNa said...

Naufal mmg STRONG la.. selamba je dia.. parut dah hilang ke blm?? mcm dah tak perasan sgt je..

*juliet le sweetheart said...

alhamdulillah... dah tak der dah parutnya...

yulies said...

tembammnyaaaaaaaa. bg sikit gen tembam kat ff :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top